Persidangan Umum
Dengarkanlah Dia
Persidangan Umum April 2020


2:3

Dengarkanlah Dia

Bapa kita tahu yang ketika kita dikelilingi oleh ketidakpastian dan ketakutan, apa yang akan paling membantu kita adalah untuk mendengar Putera-Nya.

Saudara dan saudari yang dikasihi, saya sangat bersyukur kita dapat bertemu bersama untuk menyembah pada pagi Ahad ini melalui penggunaan teknologi. Kita sangat diberkati untuk tahu yang injil Yesus Kristus telah dipulihkan ke bumi!

Dalam beberapa minggu yang lalu, kebanyakan kita mengalami gangguan dalam kehidupan peribadi kita. Gempa bumi, kebakaran, banjir, wabak, dan akibatnya telah mengganggu rutin dan menyebabkan kekurangan makanan, keperluan penting, dan simpanan.

Di tengah-tengah semua ini, kami puji anda dan terima kasih kerana pilih untuk dengar firman Tuhan semasa waktu kekacauan ini dengan menyertai kami untuk persidangan umum. Kegelapan yang semakin meningkat yang menemani kesusahan membuat cahaya Yesus Kristus bersinar semakin terang. Fikirkan tentang kebaikan yang setiap kita boleh lakukan pada waktu pergolakan global ini. Kasih dan iman anda kepada Juruselamat boleh membawa seseorang untuk mengetahui Pemulihan kegenapan injil Yesus Kristus.

Dalam dua tahun yang lalu, Sister Nelson dan saya telah bertemu dengan ribuan anda di seluruh dunia. Kami telah bertemu dengan anda di arena luar dan dalam dewan hotel. Di setiap lokasi, saya merasakan yang saya berada dalam hadirat umat pilihan Tuhan dan saya sedang melihat pengumpulan Israel berlaku di depan mata saya.

Kita hidup dalam zaman yang “nenek moyang kita telah menunggu dengan harapan yang bersemangat.”1 Kita ada tempat duduk depan untuk saksikan secara langsung apa yang nabi Nefi hanya nampak dalam penglihatan, yang “kuasa Anak Domba Tuhan akan turun “ke atas umat perjanjian Tuhan, yang telah dicerai-beraikan ke seluruh permukaan bumi; dan mereka disenjatai dengan kesolehan dan dengan kuasa Tuhan dalam kemuliaan yang agung.”2

Anda, saudara dan saudari, adalah antara lelaki, wanita, dan kanak-kanak yang Nefi nampak. Fikirkan itu!

Tidak kira mana anda tinggal atau apa keadaan anda, Tuhan Yesus Kristus ialah Juruselamat anda, dan nabi Tuhan, Joseph Smith, ialah nabi anda. Dia telah ditahbiskan sebelumnya pelandasan dunia ini untuk menjadi nabi zaman keagamaan terakhir ini, ketika “tiada apa yang akan disembunyikan”3 daripada para Orang suci. Wahyu terus mengalir daripada Tuhan semasa proses Pemulihan yang sedang berjalan ini.

Apakah maknanya bagi anda bahawa injil Yesus Kristus telah dipulihkan ke bumi?

Ini bermakna anda dan keluarga anda boleh dimeteraikan selamanya! Ini bermakna kerana anda telah dibaptiskan oleh seseorang yang mempunyai kuasa daripada Yesus Kristus dan telah ditetapkan sebagai ahli Gereja-Nya, anda boleh menikmati penemanan berterusan daripada Roh Kudus. Dia akan bimbing dan lindungi anda. Ini bermakna anda tidak akan dibiarkan tanpa hiburan atau tanpa akses kepada kuasa Tuhan untuk bantu anda. Ini bermakna kuasa imamat boleh memberkati anda ketika anda menerima tatacara penting dan membuat perjanjian dengan Tuhan dan mentaatinya. Kebenaran ini menjadi sauh bagi jiwa kita, terutama pada waktu kekacauan ini.

Kitab Mormon mencatat sejarah kebangkitan dan kejatuhan dua tamadun utama. Sejarah mereka menunjukkan betapa mudahnya bagi kebanyakan orang untuk lupakan Tuhan, tolak amaran para nabi Tuhan, dan cari kuasa, pengaruh, dan kuasa daging.4 Berulang kali, para nabi dahulu telah nyatakan “hal-hal yang besar dan menakjubkan kepada bangsa itu, yang mana mereka tidak mempercayainya.”5

Ia tidak berbeza di zaman kita. Selama bertahun-tahun, hal-hal yang besar dan menakjubkan telah didengar dari mimbar gereja di seluruh dunia. Tetapi kebanyakan orang tidak memeluk kebenaran tersebut—sama ada kerana mereka tidak tahu mana untuk carinya6 atau kerana mereka mendengar orang yang tiada kebenaran penuh atau kerana mereka telah tolak kebenaran untuk mengejar hal duniawi.

Musuh sangat pandai. Beribu tahun dia telah membuat kejahatan nampak baik dan kebaikan itu jahat.7 Pesanan dia selalunya kuat, berani dan bercakap besar.

Sebaliknya, pesanan daripada Bapa Syurgawi kita sangat berbeza. Dia berkomunikasi secara jelas, senyap, dan dengan kejelasan sehingga kita tidak boleh salah faham Dia.8

Contohnya, apabila Dia telah memperkenalkan Putera Tunggal-Nya kepada manusia di bumi, Dia telah lakukannya dengan sangat sedikit perkataan. Di Gunung Perubahan Rupa kepada Petrus, Yakobus, dan Yohanes, Tuhan berkata, “Inilah Anak-Ku yang Aku kasihi. Dengarkanlah Dia.”9 Perkataan-Nya kepada bangsa Nefi di Kelimpahan purba adalah “Lihatlah Puteraku yang Kukasihi, kepada-Nyalah Aku sangat berkenan, di dalam-Nyalah Aku telah memuliakan nama-Ku—dengarkanlah Dia.”10 Dan kepada Joseph Smith, dalam pernyataan yang mendalam yang membuka zaman keagamaan ini, Tuhan hanya berkata, “Inilah Putera-Ku yang Kukasihi. Dengarkanlah Dia!11

Sekarang, saudara dan saudari dikasihi, pertimbangkan fakta yang dalam ketiga-tiga keadaan yang disebutkan tadi, sebelum Bapa perkenalkan Putera, orang-orang yang terlibat berada dalam keadaan ketakutan dan juga terdesak.

Para rasul takut apabila mereka melihat Yesus Kristus dikelilingi oleh awan di Gunung Perubahan Rupa.

Bangsa Nefi takut kerana mereka telah melalui kemusnahan dan kegelapan selama beberapa hari.

Joseph Smith sangat terjejas oleh kegelapan sebelum syurga terbuka.

Bapa kita tahu yang ketika kita dikelilingi oleh ketidakpastian dan ketakutan, apa yang akan paling membantu kita adalah untuk mendengar Putera-Nya.

Kerana apabila kita cari untuk dengar—benar-benar dengar—Putera-Nya, kita akan dibimbing untuk tahu apa yang harus dilakukan dalam apa jua keadaan.

Perkataan pertama dalam Ajaran dan Perjanjian adalah dengarlah.12 Ia bermaksud untuk mendengar dengan niat untuk patuh.13 Untuk dengar bermaksud untuk “dengarkanlah Dia”—untuk dengar apa yang Juruselamat katakan kemudian beri perhatian kepada nasihat-Nya. Dalam dua perkataan tersebut—“Dengarkanlah Dia”—Tuhan memberikan kita pola untuk kejayaan, kebahagiaan, dan kegembiraan dalam kehidupan ini. Kita perlu dengarkanlah firman Tuhan, dengar [nasihat-Nya], dan beri perhatian kepada apa yang Dia beritahu kita!

Apabila kita mencari untuk jadi pengikut Yesus Kristus, usaha kita untuk dengarkanlah Dia perlu lebih disengajakan. Ia memerlukan usaha yang sedar dan konsisten untuk penuhi kehidupan harian kita dengan kata-kata, ajaran-ajaran, kebenaran-Nya.

Kami tidak boleh hanya bergantung kepada maklumat yang kami temui di media sosial. Dengan berbilion kata dalam talian dan dalam dunia iklan yang berterusan diresapi oleh usaha bising, jahat daripada musuh, di mana kita boleh pergi untuk dengarkanlah Dia?

Kita boleh pergi ke tulisan suci. Ia mengajar kita tentang Yesus Kristus dan injil-Nya, kebesaran Korban tebusan-Nya, dan rancangan kebahagiaan dan penebusan Bapa kita. Bacaan harian firman Tuhan dengan mendalam sangat penting untuk kehidupan rohani, terutama pada hari-hari pergolakan yang semakin meningkat. Semasa kita berjamu pada firman Kristus harian, firman Kristus akan beritahu kita bagaimana untuk bertindak balas kepada kesukaran yang kita tidak pernah fikir kita akan hadapi.

Kita juga boleh dengarkanlah Dia dalam bait suci. Rumah Tuhan ialah sebuah rumah pembelajaran. Di sana Tuhan mengajar menurut cara-Nya. Di sana setiap tatacara mengajar tentang Juruselamat. Di sana kita belajar cara untuk buka tirai dan berkomunikasi dengan syurga dengan lebih jelas. Di sana kita belajar cara untuk menegur musuh dan menggunakan kuasa imamat Tuhan untuk menguatkan kita dan orang yang kita kasihi. Betapa bersemangatnya setiap kita untuk mencari perlindungan di sana.

Apabila sekatan sementara COVID-19 ini diangkat, sila rancangkan waktu yang kerap untuk menyembah dan melayani dalam bait suci. Setiap minit masa itu akan memberkati anda dan keluarga anda dengan cara yang tidak boleh dilakukan oleh hal lain. Luangkan masa untuk merenungkan apa yang anda dengar dan rasa apabila anda berada di sana. Minta Tuhan untuk ajar anda cara membuka syurga untuk berkati kehidupan anda dan kehidupan orang yang anda kasihi dan layani.

Sementara penyembahan dalam bait suci tidak boleh dilakukan, saya jemput anda untuk tingkatkan penglibatan anda dalam sejarah keluarga, termasuk penyelidikan sejarah dan pengindeksan keluarga. Saya berjanji yang semasa anda tingkatkan masa anda dalam pekerjaan bait suci dan sejarah keluarga, anda akan tingkatkan dan perbaikkan keupayaan anda untuk dengarkanlah Dia.

Kita juga dengarkanlah Dia lebih jelas kerana kita menyempurnakan keupayaan kita untuk mengenali bisikan Roh Kudus. Ia tidak pernah begitu penting untuk ketahui bagaimana Roh berbicara kepada anda daripada sekarang. Dalam Kesatuan Ketuhanan, Roh Kudus ialah utusan. Dia akan bawa fikiran kepada minda anda yang mana Bapa dan Putera mahu anda terima. Dialah Penolong. Dia akan bawa perasaan kedamaian kepada hati anda. Dia bersaksi tentang kebenaran dan akan mengesahkan apa yang benar ketika anda dengar dan baca firman Tuhan.

Saya perbaharui rayuan saya untuk anda lakukan segala yang diperlukan untuk tingkatkan keupayaan rohani anda untuk terima wahyu peribadi.

Melakukannya akan bantu anda ketahui cara meneruskan kehidupan anda, apa yang perlu dilakukan semasa krisis, dan bagaimana untuk membezakan dan mengelakkan godaan dan penipuan musuh.

Dan, akhirnya, kita dengarkanlah Dia ketika kita beri perhatian kepada kata-kata para nabi, pelihat, dan pewahyu. Para Rasul Yesus yang tahbiskan sentiasa bersaksi tentang Dia. Mereka menunjukkan jalan semasa kita berjalan melalui kesukaran pengalaman fana kita.

Apakah yang akan berlaku apabila anda lebih sengaja dengarkanlah, dengar, dan beri perhatian kepada apa yang Juruselamat telah katakan dan apa yang Dia katakan sekarang melalui para nabi-Nya? Saya berjanji yang anda akan diberkati dengan kuasa tambahan untuk atasi godaan, pergelutan, dan kelemahan. Saya berjanji mukjizat dalam perkahwinan anda, hubungan keluarga, dan pekerjaan harian. Dan saya berjanji yang keupayaan anda untuk merasakan kebahagiaan akan meningkat walaupun pergolakan meningkat dalam hidup anda.

Persidangan umum April 2020 ini adalah masa kita untuk memperingati peristiwa yang mengubah dunia. Semasa kami menantikan ulang tahun ke-200 Penglihatan Pertama Joseph Smith, Presidensi Utama dan Majlis Dua Belas Rasul merenungkan apa kami boleh lakukan yang bersesuaian untuk memperingati peristiwa ini.

Kemunculan Bapa dan Putera ini memulakan Pemulihan kegenapan injil Yesus Kristus dan membawa zaman keagamaan kegenapan zaman.

Kami tertanya-tanya jika sebuah monumen harus didirikan. Tetapi ketika kami pertimbangkan kesan unik bersejarah dan antarabangsa daripada Penglihatan Pertama, kami merasa didorong untuk mencipta sebuah monumen bukan daripada granit atau batu tetapi dalam bentuk kata-kata—kata-kata perisytiharan khusyuk dan kudus—ditulis, bukan diukir pada “batu tulis” tetapi diukir lebih dalam “pada hati manusia” dalam hati kita.14

Sejak Gereja dibentukkan, hanya lima perisytiharan pernah dikeluarkan, yang terakhir ialah “Keluarga: Suatu Perisytiharan kepada Dunia,” disampaikan oleh Presiden Gordon B. Hinckley pada tahun 1995.

Kini ketika kita merenungkan masa yang penting ini dalam sejarah dunia dan perintah Tuhan untuk mengumpulkan Israel yang cerai-berai sebagai persediaan untuk Kedatangan Kedua Yesus Kristus, kami, Presidensi Utama dan Majlis Dua Belas Rasul, mengeluarkan perisytiharan berikut. Tajuknya ialah “Pemulihan Kegenapan Injil Yesus Kristus: Perisytiharan Ulang Tahun Kedua Ratus kepada Dunia.” Ia ditulis oleh Presidensi Utama dan Majlis Dua Belas Rasul Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir. Ia bertarikh April 2020. Untuk persediaan hari ini, saya merakam perisytiharan ini di Sacred Grove sebelum ini, di mana Joseph Smith pertama kali nampak Bapa dan Putera.

6:15

“Kami sesungguhnya mengisytiharkan bahawa Tuhan Bapa mengasihi anak-anak-Nya dalam setiap bangsa di dunia ini. Tuhan Bapa telah memberikan kita kelahiran ilahi, kehidupan yang tiada bandingannya, dan korban tebusan abadi oleh Putera-Nya Yang Dikasihi, Yesus Kristus. Dengan kuasa Bapa, Yesus bangkit lagi dan memenangi kematian Dia ialah Juruselamat kita, Teladan kita, dan Penebus kita.

“Dua ratus tahun yang lalu, di waktu pagi musim bunga pada tahun 1820, Joseph Smith yang masih muda, ingin mengetahui gereja manakah yang harus diikuti, telah pergi ke dalam hutan untuk berdoa berdekatan dengan rumahnya di bahagian utara New York, Amerika Syarikat. Dia mempunyai persoalan tentang keselamatan jiwanya dan percaya bahawa Tuhan akan membimbingnya.

“Dengan rendah hati, kami mengisytiharkan bahawa sebagai jawapan kepada doanya, Tuhan Bapa dan Putera-Nya, Yesus Kristus, telah muncul kepada Joseph dan memulakan “pemulihan segala sesuatu”(Kisah Rasul-Rasul 3:21) seperti yang dinubuatkan dalam Alkitab. Dalam penglihatan itu, dia mempelajari bahawa selepas kematian para Rasul yang asal, Gereja Perjanjian Baru Kristus telah hilang dari muka bumi. Joseph akan menjadi alat dalam mengembalikannya.

“Kami mengesahkan bahawa di bawah bimbingan Bapa dan Putera, para utusan syurgawi telah datang untuk mengarahkan Joseph dan menubuhkan semula Gereja Yesus Kristus. Yohanes Pembaptis yang sudah bangkit telah memulihkan hak kuasa untuk membaptis melalui pencelupan bagi pengampunan dosa. Tiga daripada dua belas Rasul yang asal–Petrus, Yakobus, dan Yohanes–telah memulihkan kerasulan dan kunci-kunci kuasa keimamatan. Ada yang lain juga telah datang, termasuklah Elia, yang telah memulihkan hak kuasa untuk menyatukan keluarga bersama selamanya dalam hubungan-hubungan kekal yang melebihi kematian.

“Kami seterusnya bersaksi bahawa Joseph Smith telah diberikan kurnia dan kuasa Tuhan untuk menterjemahkan sebuah catatan kuno—Kitab Mormon: Satu Lagi Kesaksian Tentang Yesus Kristus. Halaman-halaman catatan kudus ini mengandungi sebuah laporan mengenai pelayanan peribadi Yesus Kristus di kalangan orang-orang di Hemisfera Barat sejurus selepas Kebangkitan-Nya. Ia mengajarkan tujuan kehidupan dan menjelaskan ajaran Kristus, yang merupakan pusat utama tujuan tersebut. Sebagai sebuah gandingan tulisan suci pada Alkitab, Kitab Mormon bersaksi bahawa semua umat manusia ialah putera dan puteri bagi seorang Bapa Di Syurga yang penyayang, bahawa Dia mempunyai rancangan ilahi bagi kehidupan kita, dan bahawa Putera-Nya, Yesus Kristus, berbicara hari ini seperti di zaman dahulu.

“Kami mengisytiharkan bahawa Gereja Yesus Kristus Dari Orang Suci Zaman Akhir, yang telah diorganisasikan pada 6 April 1830, adalah Gereja Perjanjian Baru Kristus yang telah dipulihkan. Gereja ini ditambatkan pada kehidupan sempurna batu penjurunya, Yesus Kristus, dan dalam Korban Tebusan-Nya yang abadi dan kebangkitan-Nya yang nyata. Yesus Kristus sekali lagi telah memanggil para Rasul dan memberikan kepada mereka kuasa keimamatan. Dia mengundang kita untuk datang kepada Dia dan Gereja-Nya, untuk menerima Roh Kudus, tatacara-tatacara Keselamatan, dan mendapatkan kebahagiaan yang berterusan.

“Dua ratus tahun telah berlalu sejak Pemulihan ini dimulakan oleh Tuhan Bapa dan Putera-Nya Yang Dikasihi, Yesus Kristus. Berjuta orang di dunia ini telah menerima pengetahuan tentang kejadian-kejadian yang telah dinubuatkan ini.

“Kami dengan gembiranya mengisytiharkan bahawa Pemulihan yang telah dijanjikan ini akan terus maju melalui wahyu yang berterusan. Bumi tidak akan pernah sama lagi, kerana Tuhan akan ‘menyatukan segala sesuatu dengan Kristus’ (Efesus 1:10).

“Dengan penuh takzim dan kesyukuran, kami sebagai Para Rasul-Nya mengundang semua untuk mengetahui–seperti kami juga tahu–bahawa syurga itu terbuka. Kami mengesahkan bahawa Tuhan sedang memberitahu kehendak-Nya kepada para putera dan puteri-Nya yang dikasihi. “Kami bersaksi bahawa mereka yang mengkaji pesanan Pemulihan dengan penuh doa dan bertindak dengan iman akan diberkati untuk memperoleh kesaksian mereka sendiri tentang ketuhanan dan matlamatnya untuk menyediakan dunia bagi Kedatangan Kedua Tuhan dan Juruselamat kita Yesus Kristus.”15

Saudara dan saudari yang dikasihi, itulah perisytiharan ulang tahun ke-200 kita kepada dunia tentang Pemulihan injil Yesus Kristus dalam kegenapannya. Ia telah diterjemahkan ke dalam 12 bahasa. Ia akan diikuti oleh bahasa-bahasa lain tidak lama lagi. Ia boleh didapati dengan segera di laman web Gereja, di mana anda boleh mendapatkan satu salinan. Kajinya secara peribadi dan bersama ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Renungkan kebenaran dan fikirkan kesannya yang akan ada dalam hidup anda jika anda akan dengarkannya serta patuhi perintah dan perjanjian yang menemaninya.

Saya tahu yang Joseph Smith adalah nabi yang ditahbiskan sebelumnya yang Tuhan pilih untuk buka zaman keagamaan terakhir ini. Melaluinya, Gereja Tuhan dipulihkan ke bumi. Joseph memeteraikan kesaksiannya dengan darahnya. Saya sangat kasihi dan hormati dia!

Tuhan hidup! Yesus ialah Kristus! Gereja-Nya telah dipulihkan! Dia dan Bapa-Nya, Bapa Syurgawi kita, sedang menjaga kita. Saya bersaksi dalam nama kudus Yesus Kristus, amin.