“Bagaimanakah saya boleh membantu ahli dalam bahagian atau pancang saya supaya mereka berasa dikasihi, dihargai dan diperlukan?” Tarikan Sesama Jenis: Pemimpin-pemimpin Gereja (2020)
“Bagaimanakah saya boleh membantu ahli dalam bahagian atau pancang saya supaya mereka berasa dikasihi, dihargai dan diperlukan?” Tarikan Sesama Jenis: Pemimpin-pemimpin Gereja
Bagaimanakah saya boleh membantu ahli dalam bahagian atau pancang saya supaya mereka berasa dikasihi, dihargai dan diperlukan?
Orang Perlu Berasa Diperlukan
Sebagai ahli-ahli Gereja, kita semua mempunyai tanggungjawab untuk mewujudkan persekitaran yang menyokong dan penuh kasih bagi semua saudara dan saudari kita. Sokongan sedemikian menjadikannya lebih mudah untuk menjalani injil dan mencari Roh sambil mengharungi mana-mana aspek kefanaan.
“Saya tidak percaya bahawa saya pernah bertemu dengan orang yang tidak mahu menjadi milik kepada sesuatu yang membuat mereka berasa berharga, yang membuat mereka berasa mereka mempunyai nilai.
“Ketika orang tertanya-tanya, Adakah terdapat tempat untuk saya? Mungkin ada banyak perkara di sebaliknya, dan sekarang mereka bertanya pada diri sendiri, Adakah saya sesuai? Adakah saya tergolong di sini? Adakah mereka benar-benar memerlukan saya? Saya mahu mengatakan dengan tegas, ‘Ya!’
“Saya memikirkan kiasan Paulus, yang sangat saya gemari, [iaitu] Gereja ialah badan Kristus. Dia mengatakan bahawa kita dibaptiskan ke dalam badan itu. Dia juga mengatakan itu adalah satu badan. Ramai ahli tetapi satu badan.
“Kadang-kadang saya memahami perasaan orang apabila mereka mungkin tidak diperlukan. Kadang-kadang orang lain rasa bersalah kerana mengatakan kita tidak memerlukan orang ini; kita tidak memerlukan orang itu; kita baik-baik sahaja seperti ini. Tiada satu pun yang benar. Itu bukan cara Kristian. Itu bukan cara Kristus melihat kita. Dia melihat kita semua dengan nilai yang tidak terhingga. Apa pun keadaan kita pada sesuatu masa, tubuh Kristus berada di situ untuk menyokong setiap ahli. Apabila seseorang berasa terpinggir—saya tidak menafikan realiti perasaan itu dan sebab perasaan seperti itu begitu semula jadi—tetapi setiap daripada kita, pada bila-bila masa perasaan itu datang kepada kita, perlu berhenti dan berfikir, Yesus Kristus mati untuk saya. Yesus Kristus menganggap saya layak untuk darah-Nya. Dia mengasihi saya. Dia mempunyai harapan bagi saya. Dia boleh membuat perbezaan dalam hidup saya. Rahmat-Nya dapat mengubah saya. Mungkin orang yang duduk di sebelah saya ini, tidak menghiraukan saya, bahkan mahu berpindah, mungkin dia tidak mengasihi saya, tetapi itu tidak mengubah realiti perasaan Kristus terhadap saya dan kemungkinan yang saya miliki dalam Kristus.
“Ia menghancurkan hati saya apabila seseorang datang dengan sangat lemah dan berkata, “Saya mahu mencuba. Saya mahu berada di sini,” dan kemudian mendapat layanan dingin atau kurang minat. Itu tragik. Sesungguhnya tragik. Kita harus menjadi lebih baik daripada itu.
“Kepelbagaian yang kita dapati sekarang di Gereja mungkin hanya permulaan. Terus terangnya, saya rasa kita akan melihat kepelbagaian yang lebih besar. Di Gereja kuno terdapat kepelbagaian yang luar biasa. Bukan hanya kepelbagaian demi kepelbagaian tetapi hakikat bahawa orang boleh membawa kurnia dan perspektif yang berlainan, serta pelbagai pengalaman, latar belakang dan cabaran yang dihadapi orang akan menunjukkan kepada kita perkara yang benar-benar penting dalam injil Kristus. Selain itu, sebilangan besar yang lain, yang mungkin diperoleh dari masa ke masa dan lebih bersifat budaya daripada ajaran, boleh hilang dan kita benar-benar boleh belajar menjadi pengikut” (D. Todd Christofferson, ”Is There a Place for Me?” ChurchofJesusChrist.org).