Tarikan Sesama Jantina
Bagaimanakah saya boleh memasukkan atau menjangkau kepada orang yang mengalami tarikan sesama jenis dalam bahagian atau pancang saya?


“Bagaimanakah saya boleh memasukkan atau menjangkau kepada orang yang mengalami tarikan sesama jenis dalam bahagian atau pancang saya?” Tarikan Sesama Jenis: Pemimpin-pemimpin Gereja (2020)

“Bagaimanakah saya boleh memasukkan atau menjangkau kepada orang yang mengalami tarikan sesama jenis dalam bahagian atau pancang saya?” Tarikan Sesama Jenis: Pemimpin-pemimpin Gereja

Bagaimanakah saya boleh memasukkan atau menjangkau kepada orang yang mengalami tarikan sesama jenis dalam bahagian atau pancang saya?

Memimpin melalui Teladan

“Sebagai gereja, tiada sesiapa yang harus menjadi lebih pengasih dan penuh rasa kasihan. … Marilah kita berada di hadapan dari segi menunjukkan kasih, rasa kasihan dan memberikan bantuan. … Jangan mengecualikan keluarga atau tidak menghormati orang yang memilih gaya hidup yang berbeza disebabkan oleh perasaan mereka tentang kejantinaan mereka.”

“Jelas sekali, perkara paling sukar yang saya hadapi ketika saya seorang presiden pancang… [dahulu] ketika komuniti perubatan mula-mula menyedari tentang penyakit AIDS dan kami mempunyai sebilangan besar ahli kami yang mendapati bahawa mereka menghidap penyakit AIDS. Sebahagian daripada mereka tidak aktif di Gereja—kebanyakan daripada mereka; sebilangan kecil adalah aktif—dan kami mendapati bahawa kami mempunyai 17 ahli yang menghidap AIDS. Tiada penawar pada ketika itu. Kemudian, kesemua 17 orang akhirnya meninggal dunia akibat AIDS semasa saya masih presiden pancang.

“Saya pelajari beberapa pengajaran yang besar dalam proses itu: Bahawa sebagai komuniti [Orang Suci Zaman Akhir], ia merupakan komuniti yang penyayang dan penuh rasa kasihan. Saya memerhatikan para uskup membuat pengorbanan yang luar biasa untuk menjaga beberapa remaja putera ini yang sedang tenat. Saya melihat para uskup berusaha bersungguh-sungguh untuk menghubungkan semula remaja putera ini dengan keluarga mereka dan agar keluarga remaja putera ini menjaga mereka. Sekali lagi, pada masa itu tiada penawar dan cara kawalan. Saya melihat mereka saling menjaga. Saya melihat beberapa daripada mereka—khususnya, salah seorang daripada mereka yang terlintas dalam fikiran, yang, dengan penginjil yang baru habis misi dan satu kejadian tingkah laku, memikul tanggungjawabnya sendiri untuk mengurus situasi yang paling sukar serta orang yang paling tenat, dan dialah orang yang terakhir meninggal.

“Saya fikir pengajaran yang saya pelajari adalah sebagai gereja, tiada seorang pun yang harus menjadi lebih penyayang dan penuh rasa kasihan. Keluarga yang mempunyai mana-mana orang yang mempunyai isu sesama jenis tidak harus mengecualikan mereka daripada kalangan keluarga. Mereka perlu menjadi sebahagian daripada keluarga” (Quentin L. Cook, “Let Us Be at the Forefront”, ChurchofJesusChrist.org).

Menyatakan Kasih, Rasa Kasihan dan Jangkauan

“Adakah kita mengajarkan perisytiharan pada keluarga? Adakah kita mengajarkan rancangan Bapa Syurgawi? Adakah kita mengajarkan bab pertama dalam buku panduan kedua? Ya, kita ada. Kita mempunyai rancangan keselamatan. Anak yang datang ke dalam hidup kita merupakan sebahagian daripada rancangan Bapa Syurgawi. Tetapi marilah kita berada di hadapan dari segi menunjukkan kasih, rasa kasihan dan memberikan bantuan kepada mereka. Jangan mengecualikan keluarga atau tidak menghormati orang yang memilih gaya hidup yang berbeza disebabkan oleh perasaan mereka tentang kejantinaan mereka. … Saya berpegang kuat pada perkara ini, seperti yang anda tahu. Saya rasa ini merupakan asas yang sangat penting” (Quentin L. Cook, “Let Us Be at the Forefront”, ChurchofJesusChrist.org).