Tarikan Sesama Jantina
Adakah tarikan sesama jenis berdosa?


“Adakah tarikan sesama jenis berdosa?” Tarikan Sesama Jenis: Pemimpin-pemimpin Gereja (2020)

“Adakah tarikan sesama jenis berdosa?” Tarikan Sesama Jenis: Pemimpin-pemimpin Gereja

Adakah tarikan sesama jenis berdosa?

Perasaan Adalah Tidak Berdosa

Perasaan tarikan sesama jenis bukanlah satu dosa. Presiden M. Russell Ballard telah menyatakan:

“Biar kita jelaskan: Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir percaya bahawa “pengalaman tarikan sesama jenis merupakan realiti yang kompleks bagi orang ramai. Tarikan itu sendiri bukanlah satu dosa, tetapi bertindak ke atasnya merupakan dosa. Walaupun individu tidak memilih untuk mempunyai tarikan seperti itu, mereka boleh memilih cara untuk memberikan respons terhadapnya. Dengan kasih dan pengertian, Gereja menjangkau semua anak Tuhan, termasuk [orang yang mempunyai tarikan sesama jenis]”” (“The Lord Needs You Now!Liahona, 15 Sep. 2015).

Walaupun tarikan sesama jenis bukanlah satu dosa, ia boleh menjadi satu cabaran. Walaupun seseorang mungkin tidak memilih untuk memiliki perasaan ini, dia boleh berkomitmen untuk mematuhi perintah Tuhan. Ibu bapa kanak-kanak yang mengalami tarikan sesama jenis atau dikenal pasti sebagai gay harus memilih untuk mengasihi dan merangkul anak itu. Sebagai komuniti ahli Gereja, kita harus memilih untuk mewujudkan komuniti yang mengalu-alukan.