“Saya mempunyai janji temu dengan ahli yang dikenali pasti sebagai lesbian, gay atau biseksual, atau mengalami tarikan sesama jenis. Apakah yang harus saya lakukan atau katakan?” Tarikan Sesama Jenis: Pemimpin-pemimpin Gereja (2020)
“Saya mempunyai janji temu dengan ahli yang dikenali pasti sebagai lesbian, gay atau biseksual, atau mengalami tarikan sesama jenis. Apakah yang harus saya lakukan atau katakan?” Tarikan Sesama Jenis: Pemimpin-pemimpin Gereja
Saya mempunyai janji temu dengan ahli yang dikenali pasti sebagai lesbian, gay atau biseksual, atau mengalami tarikan sesama jenis. Apakah yang harus saya lakukan atau katakan?
Tunjukkan Kesabaran dan Kasih
“Reaksi awal adalah sangat kritikal. Kecenderungan dan godaan yang sering dilakukan orang ramai ialah kemarahan atau penolakan. Kadangkala ia merupakan penolakan pada kedua-dua pihak, apa jua keadaannya. Penting untuk mengawal diri secukupnya agar semua ini diketepikan dan berilah sedikit kesabaran dan mula berbual serta mula mendengar dan mula berusaha untuk memahami dengan lebih baik. Kita tidak kerugian apa-apa dengan meluangkan masa bersama-sama, dengan berusaha untuk memahami. Walaupun tiada persetujuan untuk mengikut arahan pada masa ini atau cara untuk respons atau bertindak balas, kita tidak perlu melakukan semuanya hari ini. Kita tidak perlu menyelesaikan semuanya dalam masa sebulan atau seminggu atau setahun. Perkara-perkara ini merupakan persoalan penyelesaian dari masa ke masa dan penyesuaian dari masa ke masa serta mencari kehendak Tuhan dari masa ke masa dan dibimbing oleh-Nya dari masa ke masa. Oleh itu, saya berharap kita memberikan masa kepada diri kita sendiri dan mempunyai kesabaran untuk mendengar dan memahami serta tidak mendesak agar semuanya dapat diselesaikan dalam kerangka masa tertentu” (D. Todd Christofferson, “Purpose of This Website”, ChurchofJesusChrist.org).
Mengesahkan Realiti Perasaan
“Salah satu perkara yang sentiasa penting adalah untuk menyedari bahawa perasaan seseorang adalah nyata dan asli serta kita tidak menafikan bahawa seseorang mempunyai perasaan tertentu. Kita menerima kenyataan sebagaimana adanya, dan kita bermula dari situ. Kita mahu orang berasa bahawa mereka selesa di sini, bahawa kita mempunyai banyak persamaan berbanding dengan perbezaan antara kita. Beberapa pengalaman yang berkaitan di sana, kita membincangkan perkara itu di laman web ini. Saya percaya bahawa sangat penting untuk kita terus berasa demikian, untuk menyatakan perasaan itu, mengakui realiti perasaan dan keadaan orang serta bermula dari sana” (D. Todd Christofferson, “Purpose of This Website”, ChurchofJesusChrist.org).