Tarikan Sesama Jantina
Bagaimanakah saya melayani “seseorang” dalam kes ahli-ahli LGBTQ?


“Bagaimanakah saya melayani “seseorang” dalam kes ahli-ahli LGBTQ?” Tarikan Sesama Jenis: Pemimpin-pemimpin Gereja (2020)

“Bagaimanakah saya melayani “seseorang” dalam kes ahli-ahli LGBTQ?” Tarikan Sesama Jenis: Pemimpin-pemimpin Gereja

Bagaimanakah saya melayani “seseorang” dalam kes ahli-ahli LGBTQ?

Angkat dan Kuatkan

“Apabila anda fokus pada seseorang, anda benar-benar dapat mengangkat dan menguatkan. Saya berkesempatan mengunjungi pelbagai kawasan di dunia. Kami telah menghadiri gereja di banyak bahagian dan cabang yang berbeza. Sehinggalah anda melihat orang yang berbeza daripada anda, dalam pelbagai cara, saya rasa senang untuk bertumpu pada segmen yang sangat sempit dan merasakan itulah satu-satunya cara. Saya rasa ketika kita keluar daripada diri kita sendiri, ketika kita mempertimbangkan orang lain, itu akan membantu kita menyedari bahawa kita semua merupakan sebuah keluarga, keluarga Bapa Syurgawi kita. …

“Seseorang mungkin berkata, “Baiklah, saya tidak memerlukan orang lain”. Tetapi mungkin mereka memerlukan anda. Apabila anda memilih untuk mengambil berat tentang orang lain, anda memberkati kehidupan orang lain.

“Saya fikir salah satu perkara yang boleh kita lakukan adalah dengan fokus pada seseorang. Bolehkah anda menemukan seseorang yang kelihatan suka mengunjung atau mereka memerlukan seseorang untuk mendengar mereka? Bolehkah anda mencari orang yang duduk di luar, duduk di pinggir? Itu memberi saya tujuan. Itu memberi kita tujuan, ketika kita berasa tidak begitu selesa dengan kumpulan besar tetapi kita hanya fokus pada seseorang.

“Salah satu cara terbaik untuk membentuk hubungan yang baik, adalah dengan tidak membuat andaian atau tanggapan pratanggap, berfikiran terbuka serta hati terbuka. Kadangkala kita cenderung untuk beranggapan, atau kita menganggap bahawa mereka menjadi begitu disebabkan oleh keadaan tertentu dalam hidup mereka atau keluarga mereka. Perkara yang sentiasa mengejutkan; jika anda berfikiran terbuka dan hati anda terbuka, anda akan menemukan banyak perkara menakjubkan tentang orang-orang yang mungkin tidak anda sangka. Apabila anda telah mengalami, apabila anda telah melihat, apabila anda telah membuka hati anda kepada orang lain, anda akan mendapati bahawa kita semua tergolong” (Jean B. Bingham, ”Focus on the One”, ChurchofJesusChrist.org).

Memupuk Hubungan dengan Kristus

“Penting bagi setiap individu untuk memiliki hubungan dengan Kristus kerana penyelamatan merupakan pengalaman peribadi dan individu.

“Kita tidak menyelamatkan orang secara besar-besaran. Kita sendiri diselamatkan, seorang individu pada satu masa. Ini merupakan hubungan yang sangat peribadi dengan Kristus. Juruselamat memahami kita kerana Dia bukan suatu konsep yang abstrak. Dia ialah Putera Tuhan sebenar yang hidup dan bernafas. Putera yang hidup daripada Tuhan yang hidup. Orang yang menganggap mereka telah terlalu banyak berdosa atau menyimpang terlalu jauh atau menjauhi gereja terlalu lama dan bagaimanapun tidak dapat kembali ke dalam kelompok, perisytiharan saya adalah tidak ada orang yang boleh jatuh lebih rendah daripada cahaya Kristus yang bersinar. Itu tidak mungkin.

“Saya rasa … dengan datang setiap minggu untuk mengambil bahagian dalam sakramen, perjamuan Tuhan, ialah cara yang paling dramatik kita dapat menunjukkan bahawa kita mahu mengaitkan diri dengan-Nya dan sebenarnya akan saling adanya kurnia dan kuasa yang kembali daripada itu. Ketika kita datang untuk mengambil bahagian dan bersikap tegas dalam tindakan itu dengan Juruselamat, keteguhan dan penglibatan itu akan kembali kepada kita, dan kita meninggalkan umat itu, kita meninggalkan pertemuan itu, dengan kekuatan dan kuasa serta pemahaman daripada-Nya yang tidak pernah kita miliki sebelum ini. Sebahagiannya adalah kerana kita lebih memahami-Nya. Tetapi jelas sekali, itu menggambarkan kenyataan bahawa Dia memahami kita. Pengalaman peribadi saya, dan juga panggilan kerasulan saya, adalah untuk menyatakan secara peribadi bahawa Kristus memang mengenali kita. Dia telah menempuh jalan hidup kita yang berduri, sukar dan berbatu. Saya tidak tahu cara Dia telah melakukan hal itu. Saya tidak tahu. Dia tidak pernah bercerai. Jadi anda mungkin mengatakan, “Baiklah, bagaimana Dia tahu tentang saya, kerana saya pernah berbuat demikian?” Saya tidak tahu cara Dia melakukan hal itu. Tetapi jika seseorang di luar sana telah bercerai, Dia mengerti.

“Kedengarannya janggal, tetapi Tuhan mengasihi saya, dari satu segi, sama seperti Dia mengasihi Putera Tunggal-Nya. Sekurang-kurangnya saya boleh mengatakan ini: Dia memberikan Putera Tunggal-Nya kepada saya. Itu mengatakan sesuatu tentang nilai saya di mata-Nya dan nilai saya di mata Juruselamat dan kesediaan-Nya untuk pergi ke Getsemani dan tempat yang dipanggil “Tengorak” untuk saya. Saya tidak akan perlu berbuat demikian. Saya tidak perlu berdarah. Saya tidak perlu mati kerana dosa orang lain. Saya tidak perlu bersendirian. Tetapi saya memahami tindakan-Nya. Saya mengasihi-Nya. Saya menghargai tindakan-Nya. Ertinya bagi saya adalah bahawa Dia memahami saya, Dia mengasihi saya dan Dia menjangkau saya. Oleh itu, saya tidak dapat menjelaskan cara ia berlaku. Saya hanya tahu bahawa ia berlaku” (Jeffrey R. Holland, “The Savior Understands Me”, ChurchofJesusChrist.org).