“Haruskah saya mengesyorkan kaunseling profesional kepada ahli-ahli gay dan/atau keluarga mereka?” Tarikan Sesama Jenis: Pemimpin-pemimpin Gereja (2020)
“Haruskah saya mengesyorkan kaunseling profesional kepada ahli-ahli gay dan/atau keluarga mereka?” Tarikan Sesama Jenis: Pemimpin-pemimpin Gereja
Haruskah saya mengesyorkan kaunseling profesional kepada ahli-ahli gay dan/atau keluarga mereka?
Terapi Boleh Menguatkan Pola Hidup yang Sihat
Ibu bapa, pemimpin atau penasihat profesional tidak harus menjangkakan atau menghendakkan perubahan tarikan sebagai kesudahan. Namun, mendapatkan pandangan daripada penasihat profesional merupakan tanda kekuatan dan kerendahan hati. Jika seseorang memilih untuk meminta bantuan sedemikian, orang lain harus menghormati haknya untuk memutuskan hasil yang dikehendaki.
Kadangkala sukar untuk melihat diri sendiri secara objektif. Mendapatkan pandangan daripada penasihat profesional dapat membantu dalam banyak aspek kehidupan—daripada menangani pola kemurungan dan kegelisahan hingga memperkukuh perkahwinan. Seperti yang dinyatakan oleh Penatua Jeffrey R. Holland, bantuan profesional kadang-kadang sama pentingnya dengan pertolongan rohani (lihat “Like A Broken Vessel”, Liahona, Nov. 2013, 40–42).
Apabila seseorang mencari terapi, Gereja mengesyorkan pendekatan yang menghormati “penentuan nasib sendiri klien”. Dengan kata lain, individu tersebut berhak memutuskan hasil yang dikehendaki, dan ahli terapi serta penasihat harus menghormati keinginannya. Bagi seseorang yang mengalami tarikan sesama jenis atau dikenal pasti sebagai gay, kaunseling boleh membantu orang tersebut mendekati keseksualannya dengan cara yang lebih sihat dan memuaskan. Walau bagaimanapun, kaunseling dan terapi tidak diperlukan oleh semua orang.
Walaupun peralihan keseksualan boleh dan memang berlaku bagi sesetengah orang, adalah tidak beretika untuk memfokuskan rawatan profesional dengan andaian bahawa perubahan dalam orientasi seksual akan atau mesti berlaku. Sekali lagi, individu tersebut berhak menentukan hasil yang dikehendaki.