Tarikan Sesama Jantina
Bagaimanakah saya boleh menyokong ahli-ahli dan keluarga mereka yang mungkin mengalami kemurungan atau fikiran membunuh diri?


“Bagaimanakah saya boleh menyokong ahli-ahli dan keluarga mereka yang mungkin mengalami kemurungan atau fikiran membunuh diri?” Tarikan Sesama Jenis: Pemimpin-pemimpin Gereja (2020)

“Bagaimanakah saya boleh menyokong ahli-ahli dan keluarga mereka yang mungkin mengalami kemurungan atau fikiran membunuh diri?” Tarikan Sesama Jenis: Pemimpin-pemimpin Gereja

Bagaimanakah saya boleh menyokong ahli-ahli dan keluarga mereka yang mungkin mengalami kemurungan atau fikiran membunuh diri?

Rasa Kasihan dan Kepercayaan

Orang yang mengalami tarikan sesama jenis atau mengenal pasti diri mereka sebagai gay mungkin berisiko lebih tinggi untuk mengalami kemurungan atau bunuh diri. Orang yang mengalami kemurungan atau yang mungkin ingin membunuh diri perlu mengetahui bahawa mereka dikasihi dan harus dirujuk kepada profesional kesihatan mental yang kompeten. Perasaan murung adalah nyata dan boleh membebankan serta melemahkan.

Elder Jeffrey R. Holland berbicara dengan penuh kasih tentang menangani kemurungan:

“Walau apa pun pergelutan anda, saudara dan saudariku—mental atau emosi atau jasmani atau apa sahaja—jangan memilih untuk menamatkan hidup yang berharga ini! Percayalah kepada Tuhan. Berpegang pada kasih-Nya. Ketahuilah bahawa suatu hari nanti subuh akan menerangi dan semua bayangan kefanaan akan berakhir. Walaupun kita mungkin berasa kita “bagaikan bejana yang rosak”, seperti yang dikatakan oleh Pemazmur, kita harus ingat, bejana itu berada di tangan tukang tembikar yang kudus” (“Like a Broken Vessel”, Liahona, Nov. 2013, 42).

Alat Dan Sumber

Apabila perasaan kemurungan beralih kepada fikiran membunuh diri, ia sangat penting untuk berbincang dengan seseorang. Orang yang hendak membunuh diri mengalami penderitaan jasmani, mental atau emosi yang ketara; sering terpencil; dan mungkin berasa mereka tidak mempunyai harapan untuk masa depan. Mereka mungkin berasa tidak ada cara lain untuk mengakhiri penderitaan yang melumpuhkan kecuali dengan meragut nyawa mereka sendiri. Fikiran tentang kematian dengan membunuh diri sering difikirkan, dipertimbangkan dan dipertimbangkan semula sebelum apa-apa usaha dilakukan. Semasa tempoh renungan ini, campur tangan dapat menyelamatkan nyawa.

  • Talian Bantuan Krisis.

  • Kaunseling dan rawatan perubatan profesional dapat membantu orang mengatasi kemurungan.

  • Mencegah bunuh diri bermula dengan mengenali tanda-tanda amaran.

  • Sekiranya seseorang kelihatan berisiko, perkara terbaik yang boleh dilakukan ialah berbincang tentangnya dengan mereka. Ia mungkin kelihatan janggal atau terlalu berani, tetapi orang yang mengalami kemurungan sering kali sangat memerlukan seseorang untuk bercakap, seseorang untuk menolong mereka memproses pemikiran dan perasaan. Perbualan ini mungkin sukar, tetapi sangat penting dalam mengurangkan perasaan terasing dan putus asa yang boleh menyebabkan bunuh diri.