“Mengapakah pemimpin-pemimpin tidak harus menggalakkan perkahwinan heteroseksual bagi orang yang mengalami tarikan sesama jenis atau dikenal pasti sebagai gay?” Tarikan Sesama Jenis: Pemimpin-pemimpin Gereja (2020)
“Mengapakah pemimpin-pemimpin tidak harus menggalakkan perkahwinan heteroseksual bagi orang yang mengalami tarikan sesama jenis atau dikenal pasti sebagai gay?” Tarikan Sesama Jenis: Pemimpin-pemimpin Gereja
Mengapakah pemimpin-pemimpin tidak harus menggalakkan perkahwinan heteroseksual bagi orang yang mengalami tarikan sesama jenis atau dikenal pasti sebagai gay?
Perkahwinan Bukanlah Penyelesaian
“Kita tidak menasihati orang bahawa perkahwinan heteroseksual merupakan penyelesaian. Anda akan melihat dalam beberapa pengalaman ini yang berkaitan di laman web ini, yang merupakan pengalaman yang berjaya dalam beberapa kes, atau ada yang menyatakan kejayaan yang telah diperoleh mereka dalam perkahwinan dan dalam membangunkan keluarga serta kegembiraan dan semuanya yang telah memenuhi dan memberkati kehidupan mereka sebagai hasilnya. Tetapi itu, kita tahu, tidak selalunya benar. Itu juga tidak selalunya berjaya. Malah, kadangkala ia merupakan bencana. Kami berpendapat bahawa ia merupakan sesuatu yang boleh dinilai oleh setiap orang, dan mereka boleh membincangkan dengan kedua-dua pemimpin imamat dan keluarga serta orang lain dan membuat keputusan. Tetapi kita tidak mengambil pendirian yang seragam dengan mengatakan, “Ya, selalunya” atau “Tidak, selalunya”” (D. Todd Christofferson, “Purpose of This Website”, ChurchofJesusChrist.org).