Tarikan Sesama Jantina
Apakah nasihat tentang bertindak terhadap dorongan seksual?


“Apakah nasihat tentang bertindak terhadap dorongan seksual?” Tarikan Sesama Jenis: Pemimpin-pemimpin Gereja (2020)

“Apakah nasihat tentang bertindak terhadap dorongan seksual?” Tarikan Sesama Jenis: Pemimpin-pemimpin Gereja

Apakah nasihat tentang bertindak terhadap dorongan seksual?

Menjalani Kehidupan yang Murni

“Tentu kamu tahu bahawa kamu tempat kediaman Tuhan, kerana Roh Tuhan tinggal di dalam kamu!” (1 Korintus 3:16).

Badan kita ialah kurniaan istimewa daripada Tuhan. Ia menyediakan roh kita satu cara untuk mengalami dunia jasmani. Ia merupakan kunci kepada permuliaan berpotensi kita. Belajar menguasai tubuh kita ialah bahagian penting untuk menjadi seperti Bapa Syurgawi kita. Penguasaan memerlukan masa, latihan dan kesabaran, tetapi ia mempunyai kesan yang abadi.

Tuhan telah memerintahkan kita untuk “mengekang segala nafsu [kita], agar [kita] dipenuhi dengan kasih” (Alma 38:12).

Menjalani hukum kemurnian akhlak merupakan sumber berkat yang besar. Seperti yang dinyatakan oleh Presiden Marion G. Romney: “Saya tidak dapat memikirkan berkat yang lebih dikehendaki berbanding dengan yang telah dijanjikan kepada yang suci dan mulia. Yesus berbicara tentang ganjaran khusus bagi hemah yang berlainan tetapi menyimpan yang terbaik, pada pendapat saya, bagi yang murni hati, “kerana mereka”, katanya, “akan mengenal Tuhan” (Mat. 5:8). Mereka bukan sahaja akan mengenal Tuhan, bahkan mereka akan berasa selesa bersama-sama-Nya.

“Inilah… janji Juruselamat: “Biarkan hemah menghiasi pemikiranmu tanpa henti; maka keyakinan anda akan menjadi kuat di hadirat Tuhan” (D&C 121:45)” (“Trust in the Lord”, Ensign, Mei 1979, 42).

Keseksualan ialah bahagian penting untuk menjadi manusia dan juga merupakan sumber nafsu yang perlu dikekang. Walaupun terdapat perasaan yang kuat ini, terdapat Orang Suci Zaman Akhir yang mematuhi hukum-hukum moral Tuhan dengan setia selama bertahun-tahun.

Individu-individu ini telah membuat komitmen cekal untuk menjalani kehidupan yang murni dan menghindari apa-apa yang akan mengurangkan kesekatlakuan. Selain itu, mereka telah memberikan layanan yang cemerlang kepada orang lain, terutamanya dalam suasana Gereja. Dengan berbuat demikian, mereka telah menemukan kegembiraan, kepuasan dan kedamaian.

Ibu Bapa Harus Mengajar Anak-Anak Mereka

Kanak-kanak dan remaja memerlukan bantuan ibu bapa dan orang dewasa yang boleh dipercayai untuk mengetahui dan memahami keseksualan dalam konteks ketuhanannya: “Ibu bapa mempunyai tanggungjawab utama dalam pendidikan seks anak-anak mereka. Pengajaran subjek ini secara jujur dan jelas di rumah akan membantu anak-anak muda menjauhi dosa moral yang serius.

“Jika sekolah telah mengajarkan pendidikan seks, ibu bapa harus berusaha untuk memastikan bahawa arahan yang diberikan kepada anak-anak mereka selaras dengan nilai-nilai moral dan etika yang sihat” (“Sex Education”, General Handbook: Serving in The Church of Jesus Christ of Latter-day Saints, 38.6.14).

Percubaan di luar Perkahwinan

Percubaan menunjukkan perasaan seksual di luar perkahwinan merupakan dosa yang serius.

“Hukum kemurnian akhlak ialah:

  • Menjauhkan diri daripada hubungan seksual di luar perkahwinan antara lelaki dengan wanita mengikut hukum Tuhan.

  • Kesetiaan dalam perkahwinan.

“Hubungan intim antara suami dengan isteri adalah indah dan kudus. Ia ditahbiskan oleh Tuhan untuk penciptaan anak-anak dan sebagai ungkapan kasih antara suami dengan isteri.

“Hanya seorang lelaki dan seorang wanita yang telah menjadi suami isteri secara sah mengikut undang-undang boleh melakukan hubungan seksual. Pada pandangan Tuhan, kebersihan moral adalah sangat penting. Pelanggaran hukum kemurnian akhlak adalah sangat serius (lihat Keluaran 20:14; Matius 5:28; Alma 39:5). Orang yang terlibat dalam perkara ini menyalahgunakan kuasa kudus yang diberikan oleh Tuhan untuk mencipta kehidupan” (“Chastity and Fidelity”, General Handbook, 38.6.5).

“Perintah Tuhan melarang semua tingkah laku yang tidak murni, sama ada sesama jenis atau heteroseksual. Pemimpin-pemimpin gereja akan menasihati ahli-ahli yang telah melanggar hukum kemurnian akhlak. Pemimpin-pemimpin membantu mereka mendapatkan pemahaman yang jelas tentang kepercayaan kepada Yesus Kristus dan Korban Tebusan-Nya, proses pertaubatan, serta tujuan kehidupan di bumi. Tingkah laku yang tidak sesuai dengan hukum kemurnian akhlak boleh menjadi penyebab mengadakan majlis keahlian Gereja (lihat [General Handbook,] 38.6.5). Ia boleh dimaafkan melalui pertaubatan yang tulus” (“Same-Sex Attraction and Same-Sex Behavior”, General Handbook, 38.6.12).