Tarikan Sesama Jantina
Apakah yang perlu saya fahami tentang tarikan sesama jenis?


“Apakah yang perlu saya fahami tentang tarikan sesama jenis?” Tarikan Sesama Jenis: Pemimpin-pemimpin Gereja (2020)

“Apakah yang perlu saya fahami tentang tarikan sesama jenis?” Tarikan Sesama Jenis: Pemimpin-pemimpin Gereja

Apakah yang perlu saya fahami tentang tarikan sesama jenis?

Jawapan kepada Soalan Lazim

  • Tarikan sesama jenis (TSJ) merujuk kepada tarikan emosi, jasmani, secara romantik atau seksual terhadap orang yang mempunyai jantina yang sama. Sekiranya anda mengalami tarikan sesama jenis, anda boleh memilih atau tidak memilih untuk menggunakan label orientasi seksual untuk menggambarkan diri anda. Walau apa pun, tarikan sesama jenis ialah istilah teknikal yang menggambarkan pengalaman tanpa meletakkan label. Laman web ini menggunakan istilah ini untuk merangkumi orang yang tidak selesa menggunakan label, bukan untuk menafikan wujudnya identiti gay, lesbian atau biseksual.

  • Tarikan sesama jenis tidak sama bagi semua orang. Sesetengah orang memilih untuk menggunakan label identiti seksual, dan yang lain tidak. Artikel ini menawarkan definisi asas bagi label orientasi seksual biasa.

  • Orientasi seksual boleh merujuk kepada tarikan emosi, secara romantik atau seksual dan juga rasa identiti. Bagi sesetengah orang, membezakan antara tarikan seksual, tarikan emosi dan identiti daripada mengelompokkan semuanya sebagai “orientasi seksual” adalah berguna.

  • Label yang paling biasa ialah lesbian (wanita tertarik dengan wanita), gay (lelaki tertarik dengan lelaki) dan biseksual (lelaki atau wanita tertarik pada kedua-dua jantina). Sesetengah wanita juga mungkin menggunakan istilah gay untuk menggambarkan diri mereka sendiri. Orang mungkin menggunakan label lain, dan sesetengah orang yang mengalami tarikan sesama jenis memilih untuk tidak menggunakan label bagi menggambarkan diri mereka sendiri. Cara orang memilih untuk dikenal pasti berubah dari masa ke masa.

  • Tarikan bukanlah identiti. Orang boleh membuat pilihan sendiri tentang cara untuk dikenal pasti. Terdapat ahli Gereja yang memegang kad rekomen bait suci aktif yang mematuhi hukum kemurnian akhlak dan mengenal pasti diri mereka sebagai gay, lesbian atau biseksual. Terdapat ahli-ahli Gereja aktif yang mengalami tarikan sesama jenis dan tidak pernah memilih untuk mengenal pasti diri mereka menggunakan label. Identiti utama kita akan sentiasa menjadi anak Tuhan.

  • Keinginan seksual adalah kompleks dan dibentuk oleh banyak faktor. Walaupun tarikan secara romantik, emosi atau seksual boleh menunjukkan orientasi seksual, anda tidak harus menganggap secara automatik bahawa hal itu akan berlaku. Keinginan seksual boleh berubah.

  • Tarikan sesama jenis dan disforia jantina adalah sangat berbeza. Sebagai contoh, orang yang mengalami disforia jantina mungkin mengalami atau juga mungkin tidak mengalami tarikan sesama jenis, dan kebanyakan orang yang mengalami tarikan sesama jenis tidak mahu mengubah jantina mereka. Dari perspektif psikologi dan pelayanan, kedua-duanya berbeza.