“Adakah berkat yang dijanjikan Tuhan tersedia kepada orang gay?” Tarikan Sesama Jenis: Individu (2020)
“Adakah berkat yang dijanjikan Tuhan tersedia kepada orang gay?” Tarikan Sesama Jenis: Individu
Adakah berkat yang dijanjikan Tuhan tersedia kepada orang gay?
Berkat Tuhan Tersedia kepada Semua Orang
“Kadangkala, kita semua melihat kehidupan kita dan cuba menilai, ‘Di manakah kita? Di manakah saya dalam hidup saya?’ Saya selalu mengatakan bahawa apabila anda mula membandingkan diri anda dengan orang lain, itu sama ada membawa kepada rasa kecewa atau menimbulkan rasa angkuh. Kedua-duanya tidak baik, tetapi selalunya itulah yang berlaku ketika orang mula membuat perbandingan. Mereka mula berfikir, ‘Keadaan hidup saya lebih baik’ atau ‘Keadaan hidup saya jauh lebih teruk.’ Oleh itu, ia bukanlah amalan yang membina bagi kita untuk cuba membandingkan keadaan kita dengan orang lain. Berkat boleh datang dalam masa terdekat; berkat boleh datang dalam jangka masa panjang. Kadang-kadang berkat tersedia bagi kita, saya percaya, setelah kita melewati tirai, dalam kehidupan kita selepas kematian. Kita berada dalam ruang yang sangat terbatas sekarang, dan dalam ruang yang terbatas ini, membandingkan kesukaran yang kita alami atau membandingkan berkat yang kita miliki adalah tidak bermanfaat.
“Kita ingat ketika Adam dan Hawa meninggalkan Taman Eden, salah satu perkara yang diperkenalkan ketika mereka pergi ialah duri dan tisel, dan kita semua memilikinya dalam hidup kita. Tetapi kita boleh yakin bahawa semua itu boleh diatasi, walau apa pun yang ada di hadapan kita. Tuhan memberitahu kita bahawa akan terdapat kesulitan di sepanjang jalan, dan Dia bahkan menunjukkan kepada kita bahawa sengsara kita akan ditahbiskan demi keuntungan kita. Sekarang, kadang-kadang kita harus menunggu beberapa tahun untuk perkara ini, tetapi akhirnya kita boleh yakin bahawa janji kehidupan abadi adalah untuk semua orang. Setiap orang akan diberi ganjaran kerana kesetiaan mereka secara sama rata. Jika anda bertahan sampai akhir, anda akan diberkati. Ia mungkin sukar hari ini dan esok serta bulan depan, tetapi ia tidak akan selalunya sukar. Anda boleh melakukan ini ketika anda beriman terhadap Yesus Kristus dalam Korban Tebusan-Nya.
“Kadang-kadang akan terdapat kesulitan dan percubaan yang menimpa kita, yang kelihatan terlalu sukar untuk ditanggung. Tetapi kemudian Dia berkata, “Walaupun demikian, cerialah, kerana Aku akan menuntunmu”. Itu janji daripada Tuhan. Cerialah. Di tengah-tengah kesukaran anda, cerialah, kerana Aku akan menuntunmu. Saya memberikan kesaksian bahawa Yesus Kristus akan menuntun anda dalam segala kesulitan yang anda alami” (Gary E. Stevenson, “No Blessings Denied the Faithful”, ChurchofJesusChrist.org).