Tarikan Sesama Jantina
Apakah Korban Tebusan Yesus Kristus, dan bagaimanakah ia menolong saya?


“Apakah Korban Tebusan Yesus Kristus, dan bagaimanakah ia menolong saya?” Tarikan Sesama Jenis: Individu (2020)

“Apakah Korban Tebusan Yesus Kristus, dan bagaimanakah ia menolong saya?” Tarikan Sesama Jenis: Individu

Apakah Korban Tebusan Yesus Kristus, dan bagaimanakah ia menolong saya?

Mengapakah Kita Memerlukan Korban Tebusan Yesus Kristus

Sebagai keturunan Adam dan Hawa, semua orang mewarisi kesan Kejatuhan. Dalam keadaan kejatuhan kita, kita menghadapi pertentangan dan godaan. Apabila kita menyerah kepada godaan, kita terasing daripada Tuhan, dan jika kita terus melakukan dosa, kita kehilangan penemanan dan pengaruh Roh-Nya, Roh Kudus, dalam hidup kita.

Satu-satunya cara kita diselamatkan adalah untuk seseorang menyelamatkan kita. Kita memerlukan seseorang yang dapat memenuhi tuntutan keadilan—berdiri di tempat kita untuk menanggung beban Kejatuhan dan membayar harga untuk dosa-dosa kita. Yesus Kristus sentiasa merupakan satu-satunya yang mampu melakukan pengorbanan sedemikian.

Dari masa sebelum Penciptaan bumi, Juruselamat telah menjadi satu-satunya harapan kita untuk “kedamaian di dunia ini, dan kehidupan abadi di dunia yang akan datang” (Ajaran dan Perjanjian 59:23).

Kuasa Penyembuhan dan Penguatan Yesus Kristus

“Korban Tebusan Juruselamat kita melakukan lebih daripada menjamin kita tentang kebaqaan menerusi kebangkitan yang meliputi semua dan memberi kita peluang untuk dibersihkan daripada dosa melalui pertaubatan dan pembaptisan. Korban Tebusan-Nya juga memberi kita kesempatan untuk memanggil kepada Dia yang telah mengalami kesemua kesengsaraan fana untuk menyembuhkan kita dan memberi kita kekuatan untuk memikul beban kefanaan. Dia mengetahui kepedihan jiwa kita, dan Dia ada di sana untuk kita. Seperti orang Samaria yang Baik, apabila Dia menemui kita terluka di tepi jalan, Dia akan membalut luka-luka kita dan memelihara kita (lihat Lukas 10:34). Penyembuhan dan kuasa Korban Tebusan Yesus Kristus memberi kekuatan tersedia untuk semua yang minta.” (Dallin H. Oaks, “Strengthened by the Atonement of Jesus Christ”, Liahona, Nov. 2015, 64).

Hidup ini merupakan peluang untuk menjadi lebih seperti Bapa Syurgawi kita. Ketika kita menerima takdir abadi kita sebagai anak-anak Tuhan, kita memasuki proses pertumbuhan dan peningkatan yang berterusan. Seperti yang Elder David A. Bednar ajarkan:

“Perjalanan kefanaan adalah daripada yang buruk kepada yang baik kepada yang lebih baik dan untuk menjadikan sifat kita berubah. Kitab Mormon penuh dengan contoh-contoh pengikut dan nabi yang mengetahui, memahami, dan diubah oleh kuasa Korban Tebusan yang mendayakan dalam melakukan perjalanan itu. Ketika kita lebih memahami kuasa kudus ini, perspektif injil kita akan sangat diperluas dan diperkaya. Perspektif sedemikian akan mengubah kita dengan cara yang luar biasa. …

“… Ketika anda dan saya memahami dan menggunakan kuasa Korban Tebusan yang mendayakan dalam kehidupan peribadi kita, kita akan berdoa dan mencari kekuatan untuk mengubah keadaan kita dan bukannya berdoa agar keadaan kita akan berubah. Kita akan menjadi wakil yang bertindak dan bukannya objek yang dipengaruhi (lihat 2 Nefi 2:14)” (“The Atonement and the Journey of Mortality”, Liahona, Apr. 2012, 15–16).

Mengubah Hati

Ketika kita mencapai kuasa Juruselamat kita Yesus Kristus untuk menguatkan dan menyembuhkan kita, Dia boleh mengubah hati kita.

Elder Jeffrey R. Holland berkongsi kisah berikut:

“Saya bercerita tentang seorang lelaki muda yang memasuki lapangan misi dengan layak tetapi dengan pilihan sendiri dia pulang ke rumah awal kerana tarikan sesama jenis dan trauma yang dialami disebabkan itu. Dia masih layak, tetapi imannya berada pada tahap krisis, beban emosinya menjadi semakin berat, dan kesakitan rohaninya semakin mendalam. Dia terluka, keliru, marah dan sunyi.

“Presiden misinya, presiden pancangnya, uskupnya menggunakan banyak masa untuk mencari dan menangis serta memberkatinya sambil mereka memegang padanya, tetapi kebanyakan lukanya adalah sangat peribadi yang disimpan sekurang-kurangnya sedikit di luar jangkauan mereka. Bapa yang tersayang dalam kisah ini mencurahkan seluruh jiwanya untuk menolong anak ini, tetapi keadaan pekerjaannya yang sangat menuntut bermaksud bahawa sering kali malam yang panjang dan gelap bagi jiwa cuma dihadapi oleh anak dan ibunya. Siang dan malam, mula-mulanya selama berminggu-minggu, kemudian beberapa bulan yang bertukar kepada beberapa tahun, mereka mencari penyembuhan bersama. Melalui masa kepahitan (kebanyakan kepunyaannya tetapi kadangkala ibu juga) dan ketakutan yang tidak berakhir (kebanyakan kepunyaan ibu tetapi kadangkala dia juga), dia mengangkat—di situlah perkataan indah dan membebankan itu lagi—ibu memberikan kesaksian kepada anaknya tentang kuasa Tuhan, Gereja-Nya, terutamanya kasih-Nya terhadap anak ini. Dalam hembusan nafas yang sama dia bersaksi tentang kasihnya yang tanpa kompromi dan kasih abadi untuk anaknya juga. Untuk menyatukan dua tonggak yang sangat genting dan penting kewujudannya—injil Yesus Kristus dan keluarganya—dia mencurahkan jiwanya dalam doa tanpa henti. Dia berpuasa dan menangis, dia menangis dan berpuasa, dan kemudian dia mendengar dan mendengar ketika anak lelakinya berulang kali menceritakan tentang kehancuran hatinya. Oleh itu, dia mengangkat anaknya—sekali lagi—kali ini bukan untuk sembilan bulan. Kali ini dia berfikir untuk melalui kekecewaan anaknya akan mengambil masa yang panjang.

“Tetapi dengan rahmat Tuhan, ketabahannya sendiri dan pertolongan daripada ramai pemimpin Gereja, kawan, ahli keluarga dan para profesional, ibu yang terdesak ini telah melihat anaknya pulang ke negeri yang dijanjikan. Walaupun dengan sedihnya kami mengakui bahawa berkat sedemikian tidak ada, atau belum lagi tiba, bagi semua ibu bapa yang bersedih kerana pelbagai situasi anak mereka, tetapi di sini terdapat harapan. Selain itu, saya mesti mengatakan, orientasi seksual anak lelaki ini tidak bertukar secara ajaib—tidak ada orang yang mengandaikan sebegitu. Tetapi sedikit demi sedikit, hatinya berubah” (“Behold Thy Mother”, Liahona, Nov. 2015, 49).