Tarikan Sesama Jantina
Jika saya cukup beriman, adakah tarikan sesama jenis saya akan hilang?


“Jika saya cukup beriman, adakah tarikan sesama jenis saya akan hilang?” Tarikan Sesama Jenis: Individu (2020)

“Jika saya cukup beriman, adakah tarikan sesama jenis saya akan hilang?” Tarikan Sesama Jenis: Individu

Jika saya cukup beriman, adakah tarikan sesama jenis saya akan hilang?

Intensiti tarikan sesama jenis bukan ukuran iman anda. Ramai orang yang berdoa selama bertahun-tahun dan melakukan segala yang mereka mampu untuk patuh dalam usaha mengurangkan tarikan sesama jenis, namun mendapati mereka masih tertarik kepada sesama jenis. Tarikan sesama jenis dialami sepanjang spektrum intensiti dan tidak sama bagi semua orang. Sesetengahnya tertarik kepada kedua-dua jantina manakala yang lain tertarik secara eksklusif kepada jantina yang sama. Bagi sesetengah orang, perasaan tarikan sesama jenis, atau sekurang-kurangnya intensiti perasaan itu, mungkin berkurangan lama-kelamaan. Walau apa pun, ibu bapa atau pemimpin tidak harus menjangkakan atau menghendakkan perubahan tarikan sebagai kesudahan.

Intensiti tarikan anda mungkin tidak berada dalam kawalan anda; walau bagaimanapun, anda boleh memilih cara untuk bertindak balas. Bertanya kepada Tuhan tentang pengajaran yang boleh anda peroleh daripada pengalaman ini boleh menumpukan iman anda pada hasil yang boleh anda kawal. Memalingkan hidup anda kepada Tuhan merupakan tindakan iman penting, yang membawa berkat besar pada masa sekarang dan berkat yang lebih besar lagi di dunia yang akan datang.