Tarikan Sesama Jantina
Bagaimanakah saya boleh berbincang dengan ibu bapa atau uskup saya tentang tarikan sesama jenis?


“Bagaimanakah saya boleh berbincang dengan ibu bapa atau uskup saya tentang tarikan sesama jenis?” Tarikan Sesama Jenis: Individu (2020)

“Bagaimanakah saya boleh berbincang dengan ibu bapa atau uskup saya tentang tarikan sesama jenis?” Tarikan Sesama Jenis: Individu

Bagaimanakah saya boleh berbincang dengan ibu bapa atau uskup saya tentang tarikan sesama jenis?

Beberapa Petua Berguna

  • Jika anda berasa selesa untuk berbincang dengan ibu bapa, ahli keluarga lain atau pemimpin Gereja, pertimbangkan untuk berkongsi perasaan anda dengan mereka. Bantu mereka memahami kesukaran yang anda alami supaya mereka boleh menunjukkan kasih dan sokongan.

  • Jika mereka tidak memahami pengalaman ini, minta mereka membaca sumber Gereja tentang tarikan sesama jenis yang terdapat di bahagian Bantuan Hidup dan Keberdikarian di laman web Gereja atau dalam aplikasi Gospel Library (beberapa sumber yang baik ialah Same-Sex Attraction: Family and Friends atau Same-Sex Attraction: Church Leaders, ChurchofJesusChrist.org.) Ini mungkin bukan perbualan yang mudah untuk dimulakan, tetapi ia penting untuk meneruskan dialog.

  • Bersabarlah dengan orang di sekeliling anda dan ingatlah bahawa anda semua belajar bersama. Jika orang yang anda kasihi menghadapi kesukaran untuk memahami atau memberikan sokongan, mereka mungkin memerlukan pertolongan anda.

  • Layani ibu bapa dan pemimpin anda dengan kebaikan hati dan rasa hormat yang sama, yang anda harap akan diterima daripada mereka. Sumber-sumber tarikan sesama jenis dalam Bantuan Hidup dan Keberdikarian, seperti Same-Sex Attraction: About (ChurchofJesusChrist.org), dirancang untuk membantu semua orang memahami tarikan sesama jenis dengan lebih baik dari perspektif injil.

Cetak