“Bagaimanakah saya tahu jika saya gay?” Tarikan Sesama Jenis: Individu (2020)
“Bagaimanakah saya tahu jika saya gay?” Tarikan Sesama Jenis: Individu
Bagaimanakah saya tahu jika saya gay?
Perkara yang Perlu Difikirkan
Jika anda bertanya kepada diri anda sendiri sama ada anda gay, anda mungkin mengalami tarikan sesama jenis dan tertanya-tanya tentang cara untuk mentafsirkan perasaan ini. Keinginan seksual adalah kompleks dan dibentuk oleh banyak faktor. Walaupun tarikan secara romantik, emosi atau seksual boleh menunjukkan orientasi seksual, anda tidak harus menganggap secara automatik bahawa hal itu akan berlaku. Keinginan seksual boleh berubah. Jika anda tertanya-tanya, anda tidak harus berasa tertekan atau tergesa-gesa untuk membuat kesimpulan tentang keseksualan anda.
Perkataan memberikan maksud yang berbeza kepada orang yang berbeza, dan definisi perkataan boleh berubah sepanjang hidup kita. Apakah maksud perkataan gay bagi anda? Adakah ia suatu perasaan? Identiti? Gaya hidup? Penggunaan perkataan gay telah berubah seiring dengan perubahan masyarakat dan budaya. Dikenal pasti sebagai gay mungkin bermaksud anda mengalami tarikan sesama jenis tetapi memilih untuk tidak bertindak mengikut perasaan ini. Label ini juga mungkin menerangkan cara anda mengekspresikan diri anda secara emosi, fizikal, seksual atau politik. Jika anda tertanya-tanya tentang maksud seseorang apabila mereka berkata, “Saya gay,” tanya saja mereka.