Tarikan Sesama Jantina
Adakah perasaan tarikan sesama jenis satu dosa?


“Adakah perasaan tarikan sesama jenis satu dosa?” Tarikan Sesama Jenis: Individu (2020)

“Adakah perasaan tarikan sesama jenis satu dosa?” Tarikan Sesama Jenis: Individu

Adakah perasaan tarikan sesama jenis satu dosa?

Tarikan Itu Sendiri Bukanlah Dosa

Presiden M. Russell Ballard menyatakan:

“Biar kita jelas: Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir percaya bahawa ‘pengalaman tarikan sesama jenis merupakan realiti yang kompleks bagi orang ramai. Tarikan itu sendiri bukanlah dosa, tetapi bertindak ke atasnya merupakan dosa. Walaupun individu tidak memilih untuk mempunyai tarikan seperti itu, mereka boleh memilih cara untuk memberikan respons terhadapnya. Dengan kasih dan pengertian, Gereja menjangkau semua anak Tuhan, termasuk [orang yang mempunyai tarikan sesama jenis]’” (“The Lord Needs You Now!Liahona, Sept. 2015, 15).

Walaupun tarikan sesama jenis bukanlah dosa, ia boleh menjadi satu cabaran. Walaupun seseorang mungkin tidak memilih untuk memiliki perasaan ini, dia boleh komited untuk mematuhi perintah Tuhan. Ibu bapa kepada anak yang mengalami tarikan sesama jenis atau dikenal pasti sebagai gay harus memilih untuk mengasihi dan merangkul anak itu. Sebagai komuniti ahli Gereja, kita harus memilih untuk mewujudkan komuniti yang mengalu-alukan.