“Haruskah saya berterus terang mengaku atau memberitahu orang lain?” Tarikan Sesama Jenis: Individu (2020)
“Haruskah saya berterus terang mengaku atau memberitahu orang lain?” Tarikan Sesama Jenis: Individu
Haruskah saya berterus terang mengaku atau memberitahu orang lain?
Perkara yang Perlu Difikirkan
Bagi sesetengah orang, menyimpan perasaan tarikan sesama jenis secara peribadi boleh menyebabkan rasa malu atau dialog dalaman yang negatif. Berkongsi perasaan itu dengan orang yang dipercayai boleh membebaskan dan menyembuhkan. Namun, terdapat sebilangan orang yang berharap mereka telah menunggu lebih lama atau setidaknya mengehadkan bilangan orang yang didedahkan perasaan mereka, jadi keputusan ini tidak boleh berdasarkan tekanan untuk “berterus terang mengaku” secara terbuka atau dikenal pasti sebagai gay secara terang-terangan. Jika anda memutuskan untuk mendedahkan perasaan tarikan sesama jenis, pertimbangkanlah dengan doa anda orang yang ingin anda beritahu tentangnya dan cara untuk berkongsi aspek pengalaman fana anda ini.
Jika anda memutuskan untuk berkongsi pengalaman perasaan tarikan sesama jenis anda atau dikenal pasti sebagai gay secara terbuka, anda harus disokong dan diperlakukan dengan baik dan hormat, baik di rumah mahupun di gereja. Kita semua harus bersabar dengan satu sama lain semasa kita memikirkannya.
Sebagai ahli-ahli Gereja, kita semua mempunyai tanggungjawab untuk mewujudkan persekitaran yang menyokong dan penuh kasih bagi semua saudara dan saudari kita. Rangkaian sokongan sedemikian menjadikannya lebih mudah untuk mengamalkan injil dan mencari Roh sambil menavigasi mana-mana aspek kefanaan.