Tarikan Sesama Jantina
Siapakah saya?


“Siapakah saya?” Tarikan Sesama Jenis: Individu (2020)

“Siapakah saya?” Tarikan Sesama Jenis: Individu

Siapakah saya?

Anda Ialah Anak Tuhan

Cara anda menentukan diri anda mungkin berubah sepanjang hidup anda, tetapi yang pertama dan paling penting, anda ialah anak Tuhan yang dikasihi. Dia ialah Bapa roh anda (lihat Bilangan 16:22; 27:16; Ibrani 12:9).

Dalam kehidupan fana ini, kita mungkin diberi atau memberikan banyak label kepada diri kita sendiri. Sesetengah label mungkin menggambarkan perkaitan atau tahap kehidupan manakala label lain mungkin mencerminkan ciri jasmani, seperti “tinggi”, “pendek”, “si rambut coklat”, “botak” atau “berambut merah”.

Label mempunyai kuasa. Presiden Thomas S. Monson menerangkan pengalamannya yang pertama dengan kuasa label:

“Kadang-kadang bandar dan negara mempunyai label identiti khas. Begitulah kota yang sejuk dan sangat tua di Kanada timur. Para penginjil menyebutnya “Stony Kingston”. Hanya ada seorang penganut baru masuk ke Gereja dalam enam tahun, walaupun para penginjil ditugaskan secara berterusan di sana selama keseluruhan tempoh waktu. Tiada yang dibaptiskan di Kingston. …

“Semasa saya berdoa dan memikirkan dilema yang menyedihkan ini, tanggungjawab saya ketika itu sebagai presiden misi yang mensyaratkan saya berdoa dan merenungkan perkara-perkara sedemikian, isteri saya menarik perhatian saya kepada petikan daripada buku, A Child’s Story of the Prophet Brigham Young, oleh Deta Petersen Neeley (Salt Lake City: Deseret News Press, 1959, p. 36). Dia membaca dengan kuat bahawa Brigham Young memasuki Kingston, Ontario, pada hari yang sejuk dan penuh salji. Dia bekerja di sana kira-kira tiga puluh hari dan telah membaptiskan empat puluh lima jiwa. Inilah jawapannya. Jika penginjil Brigham Young dapat menuai hasil ini, begitu juga para penginjil zaman sekarang.

“Tanpa memberikan penjelasan, saya menarik balik para penginjil dari Kingston, agar kitaran kekalahan mungkin terputus. Kemudian kata disebarkan dengan teliti: “Tidak lama kemudian, sebuah kota baharu akan dibuka untuk pekerjaan penginjil, malah kota tempat Brigham Young menginjil dan membaptiskan empat puluh lima orang dalam masa tiga puluh hari”. Para penginjil berspekulasi tentang lokasi tersebut. Surat mingguan mereka meminta penugasan kepada Shangri-la ini. Lebih banyak masa telah berlalu. Kemudian empat utusan penginjil dipilih dengan teliti—dua daripada mereka baharu, dua daripada mereka berpengalaman—telah dipilih untuk pengembaraan yang tinggi ini. Ahli-ahli cabang kecil itu memberikan sokongan mereka. Para penginjil memberikan hidup mereka. Tuhan merahmati kedua-duanya.

“Dalam masa tiga bulan, Kingston menjadi bandar yang paling produktif daripada Misi Kanada. Bangunan batu kapur berwarna kelabu masih berdiri, kota tidak berubah penampilannya, populasi tetap stabil. Perubahan itu ialah suatu sikap. Label keraguan menyerah kepada label iman” (“Labels”, Ensign, Nov. 1983, 19–20).

Sepanjang hidup kita, aspek identiti kita berubah. Kita pasti berubah daripada muda kepada tua. Pandangan kita mungkin berubah, dan bersama dengan pandangan tersebut, kita mungkin mengubah penggabungan kita.

Identiti kita mungkin berubah, tetapi ada satu aspek tentang diri kita yang abadi: kita akan selalu menjadi anak Tuhan.

Identiti dan Label

Kita harus berhati-hati dalam cara kita melabelkan diri kita. Label harus digunakan dengan teliti dan dengan bimbingan Roh Kudus. Label boleh mempengaruhi cara kita berfikir tentang diri kita sendiri dan cara orang lain memperlakukan kita serta boleh mengembangkan atau membatasi kemampuan kita untuk mengikuti rancangan Tuhan demi kebahagiaan kita. Label boleh mempengaruhi matlamat kita, rasa identiti kita dan orang yang kita panggil rakan. Jika label menghalang kemajuan abadi kita, kita boleh memilih untuk mengubahnya. Presiden Dallin H. Oaks menjelaskan:

“Saya berpendapat bahawa adalah tepat untuk mengatakan sebahagian orang menganggap perasaan tarikan sesama jenis sebagai satu ciri utama kewujudan mereka. … Kita mempunyai hak pilihan untuk memilih ciri yang akan menentukan kita; pilihan itu tidak dipaksa ke atas kita.

“Ciri utama yang muktamad bagi kita semua ialah kita anak Bapa Syurgawi, dilahirkan ke bumi ini untuk satu tujuan dan dilahirkan dengan satu takdir ilahi. Apabila mana-mana konsep lain, apa jua yang mungkin, menghalang ciri utama muktamad itu, maka ia merosakkan dan membawa kita ke jalan yang salah” (temu ramah dengan Elder Dallin H. Oaks dan Elder Lance B. Wickman: “Same-Gender Attraction” [2006]).

Jika seseorang mengalami tarikan sesama jenis, dia boleh memilih sama ada untuk menggunakan label identiti seksual. Mengenal pasti diri seseorang sebagai gay atau lesbian tidak bertentangan dengan dasar atau ajaran Gereja; namun, ia mungkin mempunyai akibat yang tidak diingini dalam cara layanan seseorang. Tidak ada pengikut Kristus sebenar yang dibenarkan untuk menahan kasih kerana anda memutuskan untuk dikenal pasti dengan cara ini.

Presiden Russell M. Nelson mengingatkan kita: “Suatu hari anda akan ditanya sama ada anda mengambil nama Kristus dan sama ada anda beriman kepada perjanjian itu” (“Identity, Priority, and Blessings”, Ensign, Aug. 2001, 10).

Seperti yang dinyatakan Paulus: “Kamu semua telah dibaptiskan dan disatukan dengan Kristus. Oleh itu, sekarang kamu sudah menerima sifat-sifat Kristus sendiri. Dalam hal ini tidak ada lagi perbezaan antara orang Yahudi dengan orang bukan Yahudi, antara abdi dengan orang bebas, antara lelaki dengan perempuan. Kamu semuanya menjadi satu kerana Yesus Kristus” (Galatia 3:27–28).

Suatu hari, pada akhir perjalanan fana yang singkat ini, kita akan kembali ke hadirat Bapa Syurgawi kita. Suatu hari, semua label lain akan ditelan identiti abadi kita sebagai anak Tuhan.