Tarikan Sesama Jantina
Adakah hukum kemurnian akhlak terpakai kepada orang yang mengalami tarikan sesama jenis?


“Adakah hukum kemurnian akhlak terpakai kepada orang yang mengalami tarikan sesama jenis?” Tarikan Sesama Jenis: Individu (2020)

“Adakah hukum kemurnian akhlak terpakai kepada orang yang mengalami tarikan sesama jenis?” Tarikan Sesama Jenis: Individu

Adakah hukum kemurnian akhlak terpakai kepada orang yang mengalami tarikan sesama jenis?

Kemurnian Akhlak Terpakai kepada Semua Orang

Kesucian seksual ialah bahagian penting dalam rancangan Tuhan untuk kebahagiaan kita. Presidensi Utama dan Kuorum Dua Belas Rasul mengisytiharkan:

“Perintah pertama yang Tuhan berikan kepada Adam dan Hawa berkaitan dengan potensi mereka mencapai keibubapaan sebagai suami dan isteri. Kami mengisytiharkan bahawa perintah Tuhan bagi anak-anak-Nya untuk beranak pinak dan bertambah di dunia masih berkuat kuasa. Seterusnya kami mengisytiharkan bahawa Tuhan telah memerintah bahawa kuasa memperanakkan yang kudus harus digunakan hanya di antara seorang lelaki dan seorang perempuan yang telah dikahwinkan menurut undang-undang negara sebagai suami dan isteri” (“Keluarga: Suatu Perisytiharan kepada Dunia”).

“Hukum kemurnian akhlak Tuhan ialah:

  • Menjauhkan diri daripada hubungan seksual di luar perkahwinan antara lelaki dengan wanita mengikut hukum Tuhan.

  • Kesetiaan dalam perkahwinan” (“Chastity and Fidelity”, General Handbook: Serving in The Church of Jesus Christ of Latter-day Saints, 38.6.5).

Dalam konteks perkahwinan antara seorang lelaki dengan seorang wanita, menunjukkan perasaan seksual merupakan aspek penting dalam ikatan antara pasangan. Namun, jika kita menyatakan diri kita secara seksual di luar batasan yang telah ditentukan oleh Tuhan, kita bukan sahaja membahayakan kemampuan kita untuk memilih dengan baik; kita juga menolak pola yang ditetapkan Tuhan untuk kebahagiaan abadi kita.

Presiden Dallin H. Oaks menjelaskan: “Kuasa untuk mencipta kehidupan fana merupakan kuasa termulia yang Tuhan telah berikan kepada anak-anak-Nya. Penggunaannya telah diamanatkan dalam perintah pertama, tetapi satu lagi perintah penting telah diberikan untuk melarang penyalahgunaannya. Penekanan yang kita berikan pada hukum kemurnian akhlak dijelaskan dengan pemahaman kita tentang tujuan kuasa memperanakkan kita dalam pencapaian rancangan Tuhan. …

“Di luar ikatan perkahwinan, segala penggunaan kuasa memperanakkan tidak kira tahap apa pun dianggap merendahkan dan membantah sifat ketuhanan utama lelaki dan wanita” (“The Great Plan of Happiness”, Ensign, Nov. 1993, 74).

Kemurnian Akhlak dan Pornografi

“Sebab seperti orang yang membuat perhitungan dalam dirinya sendiri demikianlah ia” (Amsal 23:7).

“Gereja mengutuk pornografi dalam apa jua bentuk. Penggunaan pornografi dalam apa jua bentuk akan merosakkan kehidupan individu, keluarga dan masyarakat. Ia juga akan menghalau Roh Tuhan. Ahli-ahli gereja harus menghindari semua bentuk bahan pornografi dan menentang pengeluaran, penyebaran dan penggunaannya” (“Pornography”, General Handbook, 38.6.11).

Melihat gambar seksual eksplisit, walaupun kerana ingin tahu, juga melanggar perintah Tuhan. Rangsangan seksual memberikan kesan yang kuat kepada kita. Malah melihat gambar atau memikirkan ekspresi seksual menyebabkan kita berasa seronok dan menginginkan lebih banyak lagi. Disebabkan galakan rangsangan ini, pornografi mematikan kepekaan seseorang terhadap hukum moral Tuhan. Paling pentingnya, ia menyinggung Roh, meninggalkan seseorang tanpa bimbingan dan perlindungan Roh Kudus.

Gereja menyediakan sumber-sumber berikut untuk membantu para uskup dan presiden pancang ketika mereka menasihati ahli-ahli yang terlibat dalam pornografi:

  • Help for Me, ChurchofJesusChrist.org

  • Counseling Resources, ChurchofJesusChrist.org

  • Addiction Recovery Program, ChurchofJesusChrist.org

  • Let Virtue Garnish Thy Thoughts (buku kecil)

Semasa kita menggunakan hak pilihan kita untuk membuat pilihan bagi mengikuti hukum Tuhan, roh kita bertambah kuat. Sekiranya kita mendapati diri kita lemah secara rohani—dan memang akan berlaku pada kita dari semasa ke semasa—Juruselamat kita Yesus Kristus ada untuk kita. Melalui pertaubatan, kita boleh kembali kepada kehidupan yang dicirikan oleh penguasaan diri.

Pertaubatan

Orang daripada mana-mana orientasi seksual yang melanggar hukum kemurnian akhlak boleh didamaikan dengan Tuhan melalui pertaubatan.

Seperti yang Elder David A. Bednar jelaskan:

“Sebilangan daripada anda yang menerima mesej ini perlu bertaubat atas dosa seksual atau lain-lain. Juruselamat sering disebut sebagai Doktor Besar, dan gelaran ini mempunyai kedua-dua makna simbolik dan harfiah. Kita semua pernah mengalami kesakitan yang berkaitan dengan kecederaan jasmani atau luka. Ketika kita dalam kesakitan, kita biasanya mencari kelegaan dan bersyukur kerana mempunyai ubat dan rawatan yang membantu mengurangkan penderitaan kita. Anggaplah dosa sebagai luka rohani yang menyebabkan rasa bersalah atau, seperti yang dijelaskan oleh Alma kepada anaknya, Korianton, “penyesalan suara hati” (Alma 42:18). Rasa bersalah pada roh kita adalah seperti kesakitan pada tubuh kita—peringatan tentang bahaya dan perlindungan daripada kerosakan tambahan. Daripada Korban Tebusan Juruselamat, mengalir salap yang menenangkan yang dapat menyembuhkan luka rohani kita dan menghapuskan rasa bersalah. Namun, salap ini hanya boleh diterapkan melalui asas-asas iman kepada Tuhan Yesus Kristus, pertaubatan dan kepatuhan yang konsisten. Hasil pertaubatan yang tulus ialah kedamaian hati nurani, kelegaan, serta penyembuhan dan pembaharuan rohani” (”We Believe in Being Chaste”, Liahona, Mei 2013, 44).

Pertaubatan memerlukan perubahan hati. Kurnia pertaubatan dan keampunan yang berharga dimungkinkan oleh Korban Tebusan Yesus Kristus. Ia boleh membersihkan dosa kita dan menguatkan kemampuan kita untuk menggunakan hak pilihan kita demi kebaikan.

Cetak