Kitab Suci
Ajaran dan Perjanjian 108


Bahagian 108

Wahyu yang diberikan melalui Nabi Joseph Smith di Kirtland, Ohio, 26 Disember 1835. Bahagian ini diterima di atas permintaan Lyman Sherman, yang sebelumnya telah ditahbiskan sebagai seorang tujuh puluh dan yang telah datang kepada Nabi dengan suatu permintaan akan sebuah wahyu untuk memberitahukan tugasnnya.

1–3, Lyman Sherman diampuni dosa-dosanya; 4–5, Dia akan terhitung di antara para penatua yang memimpin Gereja; 6–8, Dia dipanggil untuk mengkhutbahkan Injil dan menguatkan saudara-saudaranya.

1 Sesungguhnya demikianlah firman Tuhan kepadamu, hamba-Ku Lyman: Dosa-dosamu diampuni bagimu, kerana kamu telah mematuhi suara-Ku untuk datang ke mari pagi ini untuk menerima nasihat daripada dia yang telah Aku tetapkan.

2 Oleh kerana itu, biarlah jiwamu tenteram mengenai keadaan rohanimu, dan jangan lagi menentang suara-Ku.

3 Dan bangkit dan lebih berhati-hatilah mulai sekarang dalam memegang ikrarmu, yang telah kamu buat dan sedang buat, dan kamu akan diberkati dengan berkat-berkat yang amat besar.

4 Tunggulah dengan sabar sehingga perhimpunan khusyuk akan diadakan oleh para hamba-Ku, kemudian kamu akan diingati bersama para penatua-Ku yang pertama, dan menerima hak melalui penahbisan bersama para penatua-Ku yang selebihnya yang telah Aku pilih.

5 Lihatlah, inilah janji Bapa kepadamu jika kamu terus setia.

6 Dan ia akan digenapi ke atas dirimu pada hari itu apabila kamu akan berhak untuk mengkhutbahkan Injil-Ku ke mana pun Aku akan mengutusmu, sejak dari sekarang sejak dari waktu itu.

7 Oleh kerana itu, kuatkanlah saudara-saudaramu dalam semua perbualanmu, dalam semua doamu, dalam semua doronganmu, dan dalam semua perbuatanmu.

8 Dan lihatlah, dan tengoklah, Aku bersertamu untuk memberkatimu dan membebaskanmu selamanya. Amin.