Bahagian 92
Wahyu yang diberikan kepada Nabi Joseph Smith, di Kirtland, Ohio, 15 Mac 1833. Wahyu itu mengarahkan Frederick G. Williams, yang baru-baru itu telah ditetapkan sebagai penasihat kepada Joseph Smith, tentang tugasnya dalam Syarikat Bersatu (lihat pengenalan untuk bahagian 78 dan 82).
1–2, Tuhan memberikan sebuah perintah yang berkaitan dengan kemasukan ke dalam golongan bersatu.
1 Sesungguhnya, demikianlah firman Tuhan, Aku memberikan pada golongan bersatu, yang diorganisasikan selaras dengan perintah yang telah diberikan sebelumnya, sebuah wahyu dan perintah mengenai hamba-Ku Frederick G. Williams, agar kamu akan menerimanya ke dalam golongan itu. Apa yang Aku firmankan kepada seorang Aku firmankan kepada semua.
2 Dan lagi, Aku berfirman kepadamu hamba-Ku Frederick G. Williams, kamu akan menjadi anggota yang aktif di dalam golongan ini; dan sejauh kamu setia dalam mentaati semua perintah terdahulu kamu akan diberkati selamanya. Amin.