2010–2019
Wakil-Wakil Gereja
Oktober 2016


15:22

Wakil-Wakil Gereja

Kami meminta anda sebagai para pengajar keluarga untuk menjadi wakil Tuhan kepada anak-anak-Nya, untuk mengasihi dan berdoa untuk orang yang dalam pengawasan anda.

Kebelakangan ini seorang saudari yang bujang, saya akan panggilnya Molly, pulang ke rumah dari kerja dan menjumpai air sedalam dua inci (5 cm) di seluruh lantai tingkat bawah rumahnya. Dia sedar dengan segera bahawa jiran-jirannya, yang berkongsi saliran air yang sama, terlalu banyak cucian pakaian dan mandi kerana dia terkena air yang tersumbat.

Selepas Molly memanggil seorang kawan untuk datang dan tolong, mereka berdua bermula mengeluarkan air dan mengelap. Tepat pada masa itu loceng pintu dibunyikan. Kawan dia berkata, “Itu pengajar keluarga kamu!”

Molly ketawa. “Hari ini ialah hari terakhir bulan ini,” dia membalas, “tapi saya boleh pastikan ini bukan pengajar keluarga saya.”

Dengan berkaki ayam, seluar yang basah, rambut diikat dengan kain, dan sepasang sarung tangan lateks yang sangat bergaya, Molly menuju ke pintu. Tetapi rupanya yang sederhana tidak terbanding dengan dua orang sederhana yang berdiri di depan mata dia. Mereka betul-betul pengajar keluarga dia!

“Saya terkejut sekali!” dia beritahu saya kemudian. Ini merupakan mukjizat pengajar keluarga—jenis mukjizat yang para Saudara kongsi dalam ucapan persidangan umum mereka!” Dia teruskan: Tetapi, ketika saya cuba memutuskan sama ada saya mencium mereka atau memberi mereka mop, mereka berkata, ‘O, Molly, kami minta maaf. Kami melihat kamu sibuk. Kami tidak mahu mengganggu; jadi kami akan datang lain kali.’ Dan mereka pergi.”

“Siapa itu?” kawan dia bertanya dari tingkat bawah.

“Saya ingin berkata, ‘Mereka pasti bukan Tiga Orang Nefi,’” Molly mengaku, “tapi saya menahan diri saya dan berkata dengan sangat tenang, ‘Mereka pengajar keluarga saya, tapi mereka rasa masa ini bukan masa yang sesuai untuk memberi pesanan mereka.’”1

Saudara-saudara, mari kita memeriksa tugas imamat yang telah digambarkan sebagai “sumber bantuan pertama Gereja” untuk individu dan keluarga.2 Banyak hutan telah dikorbankan untuk dijadikan kertas untuk mengatur pengajar keluarga dan mengatur lagi. Sangat banyak ucapan telah diberikan untuk menggalakkan pengajarand keluarga. Pastinya tidak ada siapa-siapa yang dapat membuat orang berasa bersalah sebanyak subjek ini. Tetapi kita masih bersusah payah mencapai standard pelaksanaan mengenai perintah Tuhan untuk “mengawasi gereja selalu”3 melalui pengajaran keluarga imamat.

Sebahagian cabaran yang kita hadapi ialah sifat-sifat ahli Gereja yang berubah. Kita tahu bahawa dengan keahlian kita sekarang tersebar di dalam lebih daripada 30,000 bahagian dan cawangan, ditempatkan di kira-kira 188 negara dan wilayah, ia sangat lebih mencabar untuk melawat rumah saudara dan saudari kita daripada masa awal Gereja bila jiran mengajar jiran dalam sesuatu yang dipanggil “pengajaran blok.”

Tambahan pula, dalam banyak unit Gereja, ada kekurangan jumlah pemegang imamat untuk melakukan pengajaran keluarga, yang memberikan mereka yang dapat melayan sebanyak 18 atau 20 keluarga—atau lebih—untuk menjaga. Ada juga kesusahan jarak panjang untuk jalan, harga tinggi dan kekurangan adanya pengangkutan, dan hari dan minggu kerja tempatan yang lama. Tambah lagi beberapa tabu kebudayaan yang melarang kunjungan rumah yang tidak dijemput dan isu-isu keselamatan yang ada di banyak kawasan kejiranan dunia—dapatlah, kita mulai melihat kerumitan masalah ini.

Saudara-saudara, di keadaan-keadaan di mana mungkin, kunjungan bulanan di setiap rumah masih merupakan ideal yang Gereja ingin mencapai. Tetapi mengetahui bahawa di banyak tempat di seluruh dunia memang tidak mungkin mencapai ideal sedemikian dan bahawa kami membuat saudara-saudara itu rasa seperti mereka gagal apabila kami meminta mereka untuk melakukan apa yang tidak dapat dilakukan secara realistik.Presidensi Utama menulis kepada para pemimpin imamat Gereja pada bulan Disember 2001 memberi nasihat yang berilham dan membantu ini: “Ada beberapa tempat dalam Gereja,” mereka tulis, “di mana … pengajaran keluarga ke setiap rumah setiap bulan adalah tidak mungkin kerana jumlah pemegang imamat tidak cukup dan cabaran-cabaran tempatan yang lain.” Kami telah memberitahu beberapa dari cabaran itu. “Apabila keadaan-keadaan yang demikian berlaku,” mereka teruskan, “para pemimpin patut melakukan yang terbaik untuk menggunakan sumber yang mereka ada untuk mengawasi dan memperkukuh setiap ahli.”4

Saudara-saudara, jika saya menghadapi keadaan-keadaan yang susah seperti ini di dalam bahagian atau cawangan saya, Saya dan teman Imamat Harun saya akan menggunakan nasihat Presidensi Utama (yang sekarang termasuk dalam polisi buku panduan) dalam cara ini: Pertama, tidak kira berapa lama untuk mencapainya, kami akan mengikut perintah tulisan suci untuk “mengunjungi rumah setiap ahli,”5 membuat jadual yang akan membiarkan kami untuk pergi ke rumah-rumah itu dengan jadual yang mungkin dan sesuai. Dalam jadual itu kami akan memberi keutamaan tertinggi kami dalam masa yang kami ada dan kekerapan hubungan kepada mereka yang paling memerlukan kami—para penyelidik yang sedang diajar oleh mubaligh, penganut baru yang baru dibaptiskan, mereka yang sakit, keluarga-keluarga ibu atau bapa tunggal yang sunyi dan kurang aktif, dan lain-lain.

Semasa mengikut jadual kunjungan kami ke semua rumah, yang mungkin mengambil masa beberapa bulan untuk mencapai, kami akan membuat cara-cara hubungan yang lain dengan individu dan keluarga yang ada di senarai kami dengan menggunakan apa saja cara yang Tuhan telah berikan. Pasti kami akan cari keluarga-keluarga kami di gereja dan, seperti ayat suci itu berkata, akan “berbicara antara satu sama lain tentang kesejahteraan jiwa mereka.”6 Juga, kami akan membuat panggilan telefon, menghantar emel dan mesej sms, bahkan menghantar sambutan melalui salah satu dari banyak bentuk media sosial yang ada untuk kita. Untuk mengemukakan keperluan-keperluan yang khusus, kami mungkin menghantar satu ayat suci atau petikan dari ucapan persidangan umum atau suatu Mormon Message yang diambil dari begitu banyak sumber di LDS.org. Dalam kata-kata Presidensi Utama, kami akan melakukan sedaya upaya kami dalam keadaan yang kami hadapi dengan sumber yang ada untuk kami.

Saudara-saudara, permohonan yang saya buat malam ini adalah untuk anda mengangkat visi pengajaran keluarga anda Tolonglah, melihat diri anda sendiri dalam cara yang lebih baru dan lebih baik sebagai wakil-wakil Tuhan kepada anak-anak-Nya. Ini bermaksud meninggalkan tradisi jadual hujung bulan yang kelam-kabut di mana anda dengan tergesa-gesa memberi pesanan biasa dari majalah Gereja yang keluarga itu sudah baca. Tetapi kami berharap agar anda akan memulakan suatu era keprihatinan yang sungguh dan diarahkan dengan Injil, mengawasi dan berprihatin terhadap satu sama lain, mengemukakan keperluan rohani dan duniawi dalam cara apa saja yang menolong.

Mengenai apa yang boleh “dikira” sebagai pengajaran keluarga, setiap hal yang baik yang anda lakukan boleh “dikira,” jadi laporkanlah semuanya! Laporan yang paling penting ialah bagaimana anda telah memberkati dan berprihatin terhadap mereka yang di dalam pengawasan anda, yang langsung tidak berkaitan dengan jadual atau tempat tertentu. Apa yang penting adalah bahawa anda mengasihi orang dalam dalam pengawasan anda dan memenuhi perintah untuk “selalu mengawasi jemaah.”7

Pada 30 Mei tahun lepas, kawan saya Troy Russell mengundurkan lorinya dari garaj untuk pergi ke Deseret Industries untuk memberi derma. Dia rasa roda belakang jalan ke atas sesuatu bonggol. Berfikir barangan mungkin terjatuh dari lori, dia keluar dan menjumpai anak lelaki-nya yang berumur sembilan tahun, Austen, tertelungkup di jalan masuk rumah. Jeritan-jeritan, berkat imamat, pekerja-pekerja paramedik, kakitangan hospital, dalam kes ini—tidak berhasil. Austen telah meninggal dunia.

Troy tidak dapat tidur atau mencari kedamaian; dia tidak dapat ditenangkan. Dia berkata bahawa ia lebih daripada apa yang dia dapat menanggung dan bahawa dia tidak dapat teruskan. Tetapi di dalam masa yang menyeksakan itu datanglah tiga kuasa yang menebus.

Yang pertama ialah kasih dan roh Bapa kita di Syurga yang memastikan, suatu kehadiran yang disampaikan melalui Roh Kudus menenangkan Troy, mengajar dia, mengasihi dia, dan berbisik bahawa Tuhan tahu semuanya tentang kehilangan seorang Anak yang indah dan sempurna. Yang kedua ialah isterinya, Deedra, yang memegang Troy dalam lengannya dan menyayanginya dan mengingatkannya bahawa dia pun kehilangan anak itu dan berazam untuk tidak kehilangan suaminya juga. Yang ketiga dalam cerita ini adalah John Manning, pengajar keluarga yang luar biasa.

Saya tidak tahu jadual yang John dan temannya ikut untuk membuat kunjungan ke rumah Russell, atau apa pesanan mereka apabila mereka sampai di sana, atau bagaimana mereka melaporkan pengalaman itu. Apa yang saya tahu adalah musim bunga lalu Brother Manning mengangkat Troy Russell dari tragedi jalan masuk rumah itu seolah-olah dia mengangkat Austen kecil sendiri. Seperti pengajar keluarga,sounds pengawas atau saudara dalam Injil yang sepatutnya dia menjadi, John mengambil tanggungjawab keprihatinan imamat Troy Russell. Dia bermula dengan mengatakan, “Troy, Austen ingin agar kamu teruskan—termasuk di gelanggang bola keranjang—jadi saya akan berada di sini setiap pagi pada pukul 5:15 pagi. Bersedialah sebab saya tidak mahu masuk ke rumah dan mengejutkan kamu supaya bangun—dan saya tahu Deedra pun tidak mahu itu.”

“Saya tidak mahu pergi,” Troy beritahu saya kemudian, “kerana saya selalu mengambil Austen bersama dengan saya setiap pagi itu dan saya tahu kenangan-kenangan itu akan terlalu menyakitkan. Tapi John mendesak, jadi saya pergi. Dari hari pertama itu, kami berbicara—sebenarnya saya saja yang bercakap dan John mendengar. Saya bercakap selama perjalanan kami ke gereja dan seluruh perjalanan pulang ke rumah. Kadangkala saya bercakap semasa kami letak kereta di jalan masuk rumah dan melihat matahari terbit di atas Las Vegas. Mula-mula ia susah, tetapi akhirnya saya sedar bahawa saya telah menjumpai kekuatan saya dalam bentuk pemain bola keranjang yang tidak laju dan 6 kaki 2 inci tingginya (1.88 m), dan yang tidak pandai main, yang mengasihi saya dan mendengar saya sampai matahari akhirnya terbit lagi pada kehidupan saya.”8

Saudara-sauara saya dalam imamat kudus, apabila kami berbicara tentang pengajaran keluarga atau pengawasan atau pekerjaan imamat peribadi—tidak kira apa namanya—inilah yang kami bicarakan. Kami meminta anda sebagai para pengajar keluarga untuk menjadi wakil Tuhan kepada anak-anak-Nya, untuk mengasihi dan berdoa untuk orang yang dalam pengawasan anda, seperti kami mengasihi dan berprihatin dan berdoa untuk anda. Semoga anda rajin dalam mengawasi jemaah Tuhan dalam cara yang konsisten dengan keadaan anda, saya berdoa, dalam nama Gembala yang Baik kita semua, yang saksi-Nya saya menjadi, bahkan Tuhan Yesus Kristus, amin.