“Sekiranya Kamu Mengenal Aku”
Adakah kita hanya mengenali tentang Juruselamat, atau adakah kita semakin mengetahui Dia? Bagaimana kita mengenali Tuhan?
Dalam Juruselamat membuat kesimpulan Khutbah di Bukit, Dia menekankan kebenaran abadi bahawa “hanya dengan melakukan kehendak Bapa barulah rahmat Putera yang menyelamatkan boleh diperolehi.’’1
Dia mengisytiharkan:
“Bukan setiap orang yang berseru kepada-Ku: Tuhan, Tuhan! akan masuk ke dalam kerajaan syurga; melainkan dia yang melakukan kehendak Bapa-Ku yang di syurga.
“Pada hari terakhir itu banyak orang akan berseru kepada-Ku, Tuhan, Tuhan, bukankah kami bernubuat demi nama-Mu? dan mengusir setan demi nama-Mu? dan mengadakan banyak pekerjaan menakjubkan?
“Pada waktu itulah Aku akan berterus-terang kepada mereka dan berkata, Aku tidak pernah mengenal kamu: pergilah daripada-Ku, kamu sekalian pembuat kederhakaan.”2
Pemahaman kita tentang episod ini diperbesarkan dalam kita merenung kepada semakan yang diilhamkan kepada teks ini. Terutamanya, ungkapan di dalam Alkitab Versi King James, “Aku tidak pernah mengenalimu,” telah diubah dalam Penterjemahan Joseph Smith kepada “Kamu tidak pernah mengenali-Ku.”3
Pertimbangkan juga perumpamaan sepuluh anak dara. Mengingat kembali kepada lima orang anak dara kurang bijaksana dan tidak bersedia pergi untuk mendapatkan minyak untuk lampu mereka selepas mendengar seruan untuk pergi dan berjumpa dengan pengantin lelaki.
“Akan tetapi waktu mereka sedang pergi untuk membelinya, datanglah pengantin lelaki itu; dan mereka yang telah siap sedia masuk bersama-sama dengan dia ke ruang jamuan kahwin: lalu pintu ditutup.
“Kemudian datang juga gadis-gadis yang lain itu dan berkata: Tuan, tuan, bukakanlah kami pintu.
“Tetapi dia menjawab dan berkata, aku berkata kepadamu, sesungguhnya aku tidak mengenal kamu.”4
Implikasi perumpamaan kepada kita semua ini dikembangkan dengan satu lagi semakan yang diilhamkan. Yang penting, ungkapan “Aku tidak mengenali kamu” seperti di dalam Alkitab Versi King James diperjelaskan dalam Penterjemahan Joseph Smith kepada “Kamu tidak mengenali-Ku.”5
Ungkapan “Kamu tidak pernah mengenali-Ku” dan “Kamu tidak mengenali-Ku” harus menyebabkan introspeksi rohani yang mendalam kepada setiap kita. Adakah kita hanya mengenali tentang Juruselamat, atau adakah kita semakin mengetahui Dia? Bagaimana kita mengenali Tuhan? Soalan-soalan jiwa ini adalah fokus kepada pesanan saya. Saya bersungguh-sungguh menjemput bantuan Roh Kudus dalam kita mempertimbangkan bersama subjek penting ini.
Mengenali
Yesus berkata:
“Akulah jalan, kebenaran, dan kehidupan: tiada orang datang kepada Bapa, tetapi melalui aku.
“Jika kamu mengenali aku, kamu harus juga mengenali Bapa-Ku.”6
Kita mengenali Bapa dalam kita mengenali Putera Terkasih-Nya.
Objektif utama kefanaan bukan hanya belajar mengenai anak Tunggal Bapa semata-mata tetapi juga berusaha untuk mengenali Dia. Empat langkah terpenting yang boleh membantu kita untuk datang mengenali Tuhan adalah memperkuatkan iman kepada Dia, mengikut Dia, melayani Dia, dan percayakan Dia.
Menjalankan Iman dalam Dia
Beriman dalam Yesus Kristus adalah bergantung dengan jasa, belas kasihan, dan rahmat-Nya.7 Kita mula mengetahui Juruselamat dalam kita meningkatkan kebolehan rohani dan mengkaji ajaran-ajaran-Nya, sehingga kita boleh memberi tempat kepada jiwa-jiwa kita untuk sedikit firman-Nya.8 Apabila iman kita dalam Tuhan meningkat, kita percaya dengan Dia dan mempunyai keyakinan dalam kuasa-Nya untuk menebus, dan menguatkan kita.
Iman yang benar berfokuskan kepada dan dalam Tuhan dan selalu membawa kepada tindakan yang soleh. “Iman dalam Kristus [adalah] dasar pertama dalam agama yang telah dinyatakan, … asas kepada segala kebenaran … dan dasar tindakan dalam kesemua makhluk bijaksana.”9 Kerana bertindak seiring dengan dasar-dasar yang benar Sang Penebus memberitakan adalah penting untuk menerima dan mengamalkan iman yang benar, “iman tanpa pekerjaan adalah mati.”10 Kita harus menjadi “pelaku firman, dan bukan setakat pendengar sahaja.”11
Mendengar firman Tuhan dan menerima kurnia rohani iman dalam Juruselamat adalah saling berhubung kait, kerana “iman datang dari mendengar, dan mendengar dengan firman Tuhan.”12 Kita lebih memahami dengan-Nya dan suara-Nya dalam kita mengkaji dan menjamu firman-Nya dalam kitab suci,13 berdoa kepada Bapa dalam nama-Nya dengan niat sebenar,14 dan mencari untuk penemanan berterusan Roh Kudus.15 Mempelajari dan mengaplikasikan dalam kehidupan kita ajaran Kristus adalah prasyarat untuk menerima kurnia iman dalam Dia.16
Menjalankan iman dalam Tuhan adalah persediaan penting untuk mengikuti Dia.
Mengikuti Dia
“Dan ketika Yesus sedang berjalan menyusur di tepi laut Galilea, terlihat dua orang saudara, Simon disebut Petrus, dan Andreas, saudaranya, menebar jala ke dalam laut: kerana mereka adalah penjala ikan.
“Dan dia berkata kepada mereka, Ikutlah aku, dan aku akan jadikan kamu penjala manusia.
“Dan mereka pun segera meninggalkan jalanya dan mengikuti Dia.”17
Petrus dan Andreas adalah contoh yang terbaik mendengar dan mengikuti Guru.
Juruselamat mengarah saya dan kita semua, “Setiap orang yang mahu mengikut Aku, dia harus menyangkal dirinya, dan memikul salibnya dan ikut Aku.”18 Untuk memikul salibnya adalah untuk seseorang menyangkal segala kejahatan dan setiap nafsu duniawi dan untuk mematuhi perintah-perintah Tuhan.19
Juruselamat telah menegur kita untuk menjadi seperti Dia.20 Maka, mengikuti Tuhan termasuklah mencontohi Dia. Kita terus datang untuk mengenali Tuhan dalam kita mencari melalui kuasa Korban Tebusan-Nya untuk menjadi seperti Dia.
Dalam pelayanan fana-Nya, Yesus menandakan jalan, memimpin jalan, dan menjadi contoh yang sempurna. “Pemikiran yang tepat tentang perwatakan, kesempurnaan, dan sifat-sifat-Nya”21 menyediakan tujuan bertahan dan arahan yang jelas dalam kita mengikuti Dia di jalan seorang pengikut yang setia.
Mengikuti Juruselamat juga membolehkan kita untuk menerima “pengetahuan sebenar bahawa jalan kehidupan yang kita kejar”22 adalah seiring dengan kehendak Tuhan. Pengetahuan seperti ini bukanlah pengetahuan misteri yang tidak diketahui dan tidak tertumpu khususnya pada kejaran duniawi atau kerisauan fana yang biasa. Namun lebih kepada, kemajuan yang stabil dan kukuh seiring dengan jalan perjanjian adalah perjalanan hidup yang menyenangkan kepada Dia.
Mimpi Lehi di dalam Kitab Mormon mengenal pasti jalan yang kita harus ikut, cabaran-cabaran yang kita akan tempuhi, dan sumber-sumber rohani yang boleh didapati untuk membantu kita dalam mengikuti dan datang kepada Juruselamat. Menuju ke hadapan dalam lorong yang sempit dan kecil adalah apa yang Dia ingin kita lakukan. Merasa buah pokok tersebut dan menjadi sepenuhnya “berpaling kepada Tuhan”23 adalah berkat-berkat yang Dia rindu untuk kita terima. Oleh itu, Dia menyeru kita, “Mari, ikut Aku.”24
Kedua-dua menguatkan iman dan mengikuti Yesus Kristus adalah persediaan yang perlu untuk melayani Dia.
Melayani Dia
“Kerana bagaimanakah seseorang mengenal tuan yang tidak dia layani, dan yang adalah orang asing baginya, dan berada jauh dari fikiran dan maksud hatinya?”25
Kita lebih mengenali Tuhan dalam kita melayani Dia dan bekerja di kerajaan-Nya. Dengan berbuat demikian, Dia dengan murah hatinya memberkati kita dengan bantuan syurga, kurnia rohani, dan keupayaan meningkat. Kita tidak pernah ditinggalkan keseorangan dalam kita bekerja di ladang anggur-Nya.
Dia mengisytiharkan: Dia mengisytiharkan, “Bahawa aku akan pergi sebelum muka kamu. Aku akan berada di tangan kanan kita dan pada tangan kiri kita, roh-Nya akan berada di dalam hati kita, dan malaikat-malaikat-Nya akan mengelilingi kita untuk menanggung kita.”26
Kita mengetahui Juruselamat dalam kita melakukan yang terbaik untuk pergi di mana Dia ingin kita pergi, dalam kita berusaha untuk berkata apa yang Dia ingin kita katakan, dan dalam kita menjadi apa yang Dia ingin kita jadi.27 Dalam kita mengaku dengan patuh kebergantungan penuh kita terhadap dia, Dia memperkembangkan keupayaan kita untuk melayani dengan lebih berkesan. Secara beransur-ansur, keinginan kita lebih sejajar sepenuhnya dengan keinginan-Nya, dan tujuan-Nya menjadi tujuan kita, dengan ini kita tidak akan “meminta hal yang bertentangan dengan kehendak-Nya.”28
Melayani Dia memerlukan keseluruhan hati, tenaga, minda, dan kekuatan kita.29 Oleh itu, melayani orang lain tanpa mementingkan diri mengatasi kecenderungan manusia alamiah untuk mementingkan diri. Kita membesar untuk menyayangi orang yang kita layani. Dan kerana melayani orang lain adalah melayani Tuhan, kita membesar untuk menyayangi Dia dan para saudara dan saudari kita dengan lebih mendalam. Kasih sayang sedemikian adalah pernyataan kurnia rohani ihsan, kasih suci Kristus.30
Berdoalah kepada Bapa dengan sekuat tenaga hati, agar kamu boleh dipenuhi dengan kasih ini, yang telah Dia berikan kepada semua pengikut sejati Putera-Nya, Yesus Kristus; agar kamu boleh menjadi anak-anak lelaki Tuhan; agar apabila Dia akan memperlihatkan diri-Nya kita akan kelihatan seperti Dia, kerana kita akan melihat-Nya sebagaimana Dia adanya; agar kita boleh memiliki harapan ini; agar kita boleh disucikan bahkan seperti Dia yang adalah suci.”31
Kita mengetahui Tuhan dalam kita dipenuhi dengan kasih-Nya.
Mempercayai Dia
Adakah mungkin untuk menjalankan iman dalam Dia, mengikuti Dia, melayani Dia, tetapi tidak mempercayai Dia?
Saya mengetahui para ahli Gereja yang menerima ajaran dan asas benar yang terkandung dalam tulisan suci dan memberitakan dari mimbar ini. Namun mereka mempunyai kesukaran untuk mempercayai kebenaran Injil tersebut diaplikasikan secara khusus dalam kehidupan mereka dan keadaan mereka. Mereka kelihatan mempunyai iman dalam Juruselamat, tetapi mereka tidak mempercayai berkat-berkat yang telah dijanjikan-Nya boleh didapati untuk mereka atau boleh berfungsi dalam kehidupan mereka. Saya juga bertemu dengan para saudara dan saudari yang memenuhi panggilan merekadengan taat tetapi untuk siapa Injil yang telah dipulihkan masih belum menjadi kenyataan yang hidup dan merubah dalam kehidupan mereka. Kita mengetahui Tuhan dalam bukan sahaja kita percaya kepada Dia tetapi juga mempercayai Dia dan jaminan-Nya.
Di dalam Perjanjian Baru, seorang ayah meminta kepada Juruselamat untuk menyembuh anaknya. Yesus menjawab:
Jika Engkau boleh percaya, tidak ada yang mustahil bagi orang yang percaya.
“Dan segera ayah kepada anak itu berseru, dan berkata dengan tangisan, aku percaya; tolonglah aku yang tidak percaya ini.”32
Saya telah merenung banyak kali dengan permintaan si ayah ini: “Tolonglah aku yang tidak percaya ini.” Saya tertanya-tanya jika niat lelaki tersebut merayu bukanlah bertujuan untuk membantu dia percaya kepada Yesus sebagai Sang Penebus kita dan dalam kuasa penyembuhan Dia. Dia kemungkinan sudah mengaku Kristus sebagai Putera Tuhan. Tetapi mungkin dia memerlukan pertolongan untuk percaya dengan kuasa penyembuhan Tuan yang boleh secara individu dan peribadi memberkati anak tersayangnya sendiri. Dia mungkin percaya kepada Kristus secara umum tetapi tidak mempercayai Kristus secara khusus dan peribadi.
Kita sering bersaksi tentang apa yang kita tahu benar, tetapi mungkin soalan yang lebih berkaitan dengan setiap kita adalah sama ada kita percaya apa yang kita tahu.
Tatacara-tatacara Injil suci dilaksanakan dengan wewenang imamat yang betul adalah sangat penting untuk mempercayai Juruselamat, untuk mengetahui Dia, dan terutamanya, mempercayai apa yang kita tahu.
“Imamat Melkisedek melayani Injil dan memegang kunci kepada misteri-misteri kerajaan, hingga kunci pengetahuan tentang Tuhan.
“Oleh itu, kuasa ketuhanan dinyatakan dalam tatacara-tatacara Injil Imamat Melkisedek.”33
Kita percaya dan mengetahui Tuhan apabila kunci pengetahuan tentang Tuhan diberi melalui Imamat Melkisedek membukakan pintu dan membolehkan untuk setiap kita untuk menerima kuasa ketuhanan dalam kehidupan kita. Kita percaya dan mengetahui Juruselamat dalam kita mengikuti Dia dengan menerima dan penuh iman menghormati tatacara-tatacara Injil yang suci dan dengan secara meningkat mempunyai rupa-Nya pada air muka kita.34 Kita percaya dan mengetahui Kristus dalam kita mengalami perubahan peribadi, penyembuhan, menguatkan, dan kuasa menguduskan dari Korban Tebusan-Nya. Kita percaya dan mengetahui Tuan apabila “kuasa firmannya tertanam dalam diri kita”35 tertulis di minda dan hati kita,36 dan kita “akan melepaskan segala dosa [kita] untuk mengenal [Dia].”37
Mempercayai Dia ialah mempercayai bahawa berkat-berkat murah hati-Nya boleh didapati dan boleh diaplikasikan dalam kehidupan individu dan keluarga kita. Mempercayai Dia dengan seluruh jiwa kita38 datang apabila kita menuju ke hadapan seiring dengan jalan perjanjian, menyerah kehendak kita kepada kehendak-Nya, dan patuh kepada keutamaan dan masa-Nya kepada kita. Mempercayai Dia—menerima kuasa dan janji-janji benar-Nya—menjemput sudut pandangan, kedamaian dan kebahagian ke dalam kehidupan kita.
Janji dan Kesaksian
Pada masa hadapan, “setiap lutut akan bertekuk, dan setiap lidah mengaku”39 bahawa Yesus ialah Kristus. Pada hari yang diberkati itu, kita akan tahu Dia mengenali setiap kita dengan nama. Dan saya bersaksi dan berjanji kita bukan sahaja boleh mengetahui tentang Tuhan tetapi juga mengetahui Dia dalam kita beriman dalam, ikut, layan, dan percaya Dia. Saya bersaksi dalam nama kudus Yesus Kristus, amin.