Kebahagiaan dan Penakatan Rohani
Apabila hidup kita berfokus pada Yesus Kristus dan Injil-Nya, kita boleh rasa kebahagiaan tidak kira apa yang berlaku—atau tidak berlaku—dalam hidup kita.
Saudara saudari yang ku kasihi, hari ini saya ingin berucap tentang satu asas yang penting bagi penakatan rohani kita. Ia satu asas yang menjadi semakin penting ketika tragedi dan pemutarbalikan semakin bertambah di sekeliling kita.
Waktu ini zaman akhir, kita tidak harus hairan apabila kita nampak nubuat ini berlaku. Ramai nabi, termasuk Yesaya, Paulus, Nefi, dan Mormon, sudah nampak masa yang berbahaya akan datang,1 bahawa pada zaman kita, dunia ini akan berada dalam kekecohan,2 bahawa manusia akan “mementingkan diri sendiri, ... tidak berbelas kasihan, ... lebih menyukai kesenangan dunia daripada mengasihi Tuhan,”3 dan ramai orang akan menjadi hamba Setan yang menyokong kerja si musuh.4 Betulnya, kita “melawan segala kuasa jahat di angkasa, iaitu roh-roh yang berkuasa dan yang memerintah zaman yang gelap ini.”5
Semasa pertempuran di antara negara-negara bertambah, semasa pengganas yang pengecut menyerang orang yang tak bersalah, dan semasa korupsi dari perniagaan ke kerajaan menjadi semakin biasa, apa boleh menolong kita? Apa boleh menolong kita dengan perjuangan peribadi kita dan cabaran hidup dalam zaman akhir ini?
Nabi Lehi ajarkan satu asas untuk penakatan rohani. Pertama, timbangkan situasinya: Dia sudah dianiaya kerana mengkhutbahkan kebenaran di Yerusalem dan diperintah oleh Tuhan untuk meninggalkan milikannya dan lari bersama keluarganya ke padang belantara. Dia hidup dalam satu khemah dan hanya makan makanan yang boleh didapati sepanjang jalan ke satu destinasi yang tidak dikenali, dan dia nampak dua orang anak lelakinya, Laman dan Lemuel, menentang ajaran Tuhan dan menyerang adik-beradik mereka, Nefi dan Sam.
Jelasnya, Lehi tahu tentang pertentangan, kebimbangan, seksaan jiwa, kesakitan, kekecewaan, dan kedukaan. Tetapi dia mengisytiharkan satu asas yang diungkapkan oleh Tuhan dengan berani dan tanpa teragak-agak : “Manusia wujud agar mereka boleh berbahagia.”6 Gambarkan itu! Dia boleh huraikan sifat dan tujuan kehidupan fana kita dengan apa-apapun perkataan, dia pilih kebahagiaan!
Hidup penuh dengan lencongan dan jalan mati, pelbagai jenis cubaan dan cabaran. Kita masing-masing pernah mengalami kesedihan, kepedihan, dan putus asa yang hampir menggelami kita. Tetapi kita datang ke sini untuk berbahagia?
Ya! Jawapan itu ialah satu ya yang nyaring! Tetapi bagaimana ini boleh berlaku? Dan apakah yang harus kita lakukan untuk memperolehi kebahagiaan yang sudah Bapa Syurgawi sedia bagi kita?
Eliza R. Snow, Presiden Umum Lembaga Pertolongan kedua, berikan satu jawapan yang memegunkan. Kerana satu arahan penghapusan yang terkenal di Missouri, yang diberikan pada permulaan musim sejuk tahun 1838,7 dia dan Orang-orang Suci lain dipaksa untuk melari dari negeri itu. Pada suatu malam, keluarga Eliza tinggal dalam satu kabin kayu yang kecil yang digunakan oleh para pelari Orang Suci. Kebanyakan bahan di antara kepingan kayu kabin itu sudah dicabut dan dibakar sebagai kayu api oleh orang yang datang ke situ sebelum mereka, jadi kabin itu ada banyak lubang yang besar sampai seekor kucing boleh masuk ke dalam kabin itu. Malam itu sangat sejuk, dan makanan mereka menjadi beku.
Sebanyak 80 orang berlonggok dalam kabin kecil itu, yang hanya 20 kaki persegi (6.1 meter persegi). Kebanyakan mereka duduk atau berdiri cuba memanaskan badan mereka. Di luar kabin, sekumpulan lelaki berkumpul di sekeliling satu api, menyanyi lagu rohani dan memasak ubi kentang yang beku. Eliza tulis: “Tidak seorang pun merungut—semua gembira, dan dari wajah kami, kami nampaknya macam sekumpulan pelawat yang riang dan bukan orang buangan negeri.”
Laporan Eliza tentang malam yang letih dan sejuk itu hairannya sangat optimistik. Dia kata: “Malam itu malam yang riang. Hanya orang-orang suci boleh menjadi begitu gembira dalam setiap situasi.”8
Itulah jawapannya! Orang-orang suci boleh menjadi begitu gembira dalam setiap situasi. Kita boleh berbahagia walaupun kita mengalami satu hari, satu minggu, mahupun satu hari yang teruk!
Saudara saudari yang ku kasihi, kebahagiaan yang kita rasai tidak berkait dengan situasi hidup kita tetapi berkait dengan fokus hidup kita.
Apabila fokus kita berada pada rancangan keselamatan Tuhan, yang Presiden Thomas S. Monson sudah ajar kita, dan Yesus Kristus serta Injil-Nya, kita boleh rasa kebahagiaan tidak kira apa yang berlaku—atau tidak berlaku—dalam hidup kita. Kebahagiaan datang dari Dia dan wujud kerana Dia. Dialah sumber semua kebahagiaan. Kita rasa ia pada masa Krisma apabila kita nyanyi, “Sukacita bagi dunia, Tuhan akan datang.”9 Dan kita boleh rasa ia sepanjang tahun. Bagi Orang-orang Suci Zaman Akhir, Yesus Kristus ialah kebahagiaan!
Inilah sebab mubaligh kita tinggalkan rumah mereka untuk mengkhutbahkan Injil-Nya. Matlamat mereka bukan untuk meningkatkan jumlah ahli Gereja. Tetapi, mubaligh-mubaligh kita mengajar dan membaptis10 untuk mendatangkan kebahagiaan kepada semua orang di dunia ini!11
Seperti Juruselamat mendatangkan kedamaian yang “tidak mungkin difahami oleh manusia,”12 Dia juga berikan kebahagiaan yang begitu mendalam dan kuat yang menentang logik manusia atau pemahaman fana. Sebagai contoh, nampaknya mungkin mustahil untuk merasa kebahagiaan apabila anak anda menderita satu penyakit yang tidak dapat diubati, atau apabila anda kehilangan kerja, atau apabila suami atau isteri anda mengkhianati anda. Tetapi inilah kebahagiaan yang Juruselamat berikan. Kebahagiaan-Nya adalah tetap, memastikan kita bahawa “kesengsaraan [kita] akan terjadi hanya sesaat”13 dan dibaktikan demi keuntungan kita.14
Jadi, bagaimana kita boleh memperolehi kebahagiaan itu? Kita boleh mula dengan “pandangan kita tertumpu kepada Yesus, kerana iman kita bergantung kepada-Nya”15 “dalam setiap pemikiran.”16 Kita boleh bersyukur kepada Dia dalam doa kita dan melalui penjagaan perjanjian yang sudah kita buat dengan Dia dan Bapa Syurgawi kita. Apabila Juruselamat menjadi lebih benar bagi kita dan apabila kita merayu demi kebahagiaan-Nya, kebahagiaan kita akan meningkat.
Kebahagiaan sangat berkuasa, dan berfokus pada kebahagiaan mendatangkan kuasa Tuhan ke dalam hidup kita. Dalam segala perkara, Yesus Kristus ialah contoh teragung kita, “kerana kegembiraan yang menantikan-Nya, Yesus tidak peduli bahawa mati pada kayu salib.”17 Timbangkan itu! Juruselamat berfokus pada kebahagiaan supaya Dia boleh menahan pengalaman yang paling pahit di bumi.
Dan apakah kebahagiaan yang menantikan Dia? Tentunya ia termasuk kebahagiaan untuk membersihkan, menyembuhkan, dan memperkuatkan kita; kebahagiaan untuk menebus dosa-dosa bagi semua yang bertaubat; kebahagiaan untuk membolehkan kita pulang—bersih dan layak—untuk hidup bersama Ibu Bapa Syurgawi dan keluarga kita.
Jika kita berfokus pada kebahagiaan yang akan datang kepada kita, atau orang yang kita kasihi, apakah yang boleh kita tahan yang sekarang nampaknya terlalu buruk, sakit, menakutkan, tidak adil atau tidak mustahil?
Seorang bapa yang menghadapi kebahayaan rohani berfokus pada kebahagiaan akhirnya dapat dibersihkan dan diluluskan oleh Tuhan—kebahagiaan kerana bebas dari perasaan bersalah dan kemaluan—dan kebahagiaan dari kedamaian minda. Fokus itu berikan dia keberanian untuk mengakui kepada isteri dan uskupnya tentang ketagihan pornografi dan kemudian kecurangan. Sekarang dia mengikut semua nasihat uskupnya, berusaha dengan segala jiwa untuk memperolehi keyakinan isterinya.
Seorang remaja puteri berfokus pada kebahagiaan untuk menjadi suci, untuk menahan ejekan rakan-rakan, semasa dia tinggalkan satu situasi yang popular dan provokatif, tetapi bahaya secara rohani.
Seorang lelaki yang sentiasa merendahkan maruah isterinya dan memarahi anak-anaknya, berfokus pada kebahagiaan untuk memperolehi penemanan Roh Kudus yang berterusan. Fokus itu menggalakkan dia untuk meninggalkan manusia alamiah,18 yang dia sudah tunduk banyak kali, dan buat perubahan yang diperlukan.
Seorang rakan sekerja baru-baru ini beritahu saya tentang cubaannya yang susah sepanjang berdekad-dekad lepas ini. Dia kata, “Saya belajar untuk menderita dengan kebahagiaan. Penderitaan saya ditelan oleh kebahagiaan Kristus.”19
Apakah yang boleh kita tahan, apabila kita berfokus pada kebahagiaan yang “menantikan” kita?20 Apa pertaubatan boleh berlaku? Apa kelemahan boleh menjadi satu kekuatan?21 Apa keinsafan boleh menjadi satu berkat?22 Apa kekecewaan, mahupun tragedi akan menjadi kebaikan bagi kita?23 Dan apa pelayanan boleh kita berikan kepada Tuhan?24
Semasa kita tekun berfokus pada Juruselamat dan mengikut contoh-Nya untuk berfokus pada kebahagiaan, kita harus mengelakkan perkara yang boleh mencela kebahagiaan kita. Ingat Korihor, si anti-Kristus? Korihor pergi ke merata tempat berucap kepalsuan tentang Juruselamat, sehingga dia dibawa ke depan seorang imam tinggi yang menanya dia: “Mengapakah kamu berkelana untuk menyimpangkan jalan Tuhan? Mengapakah kamu mengajar orang ini bahawa tidak akan ada Kristus, untuk mencela kegembiraan mereka?”25
Segala hal yang menentang Kristus atau ajaran-Nya akan mencela kebahagiaan kita. Itu termasuk falsafah manusia, yang boleh didapati online dan dari blog, yang melakukan perkara seperti yang dilakukan oleh Korihor.26
Jika kita memandang kepada dunia dan mengikut formula kegembiraannya, 27 kita tidak akan mendapati kebahagiaan. Orang yang tidak soleh mungkin dapat mengalami banyak emosi dan sensasi, tetapi mereka tidak akan mengalami kebahagiaan!28 Kebahagiaan ialah satu kurnia bagi orang yang beriman.29 Ia datang dari cuba hidup dengan soleh, seperti yang diajar oleh Yesus Kristus.30
Dia sudah ajar kita bagaimana untuk berbahagia. Apabila kita pilih Bapa Syurgawi untuk menjadi Tuhan kita31 dan apabila kita dapat merasa pelaksanaan Korban Tebusan Juruselamat dalam hidup kita, kita akan penuh dengan kebahagiaan.32 Setiap kali kita membela suami atau isteri dan anak-anak kita, setiap kali kita memgampun seseorang atau memohon keampunan , kita dapat merasa kebahagiaan.
Setiap hari kita pilih untuk mematuhi undang-undang selestial, setiap hari kita menjaga perjanjian kita dan menolong orang lain lakukan yang sama, kebahagiaan akan menjadi milikan kita.
Dengarlah kata-kata ini dari Mazmur: “Aku sentiasa sedar akan hadirat TUHAN;Engkau ada di sampingku, tiada suatu pun dapat menggoncang aku. ... Hadirat-[Nya] menggembirakan aku.”33 Apabila asas ini berakar dalam hati kita, setiap hari boleh menjadi hari yang bahagia dan gembira.34 Saya bersaksi dalam nama kudus Yesus Kristus, amin.