Berkongsi Injil yang Dipulihkan
Apa yang kita panggil “kerja mubaligh ahli” bukan satu program tetapi satu sikap kasih sayang dan menjangkau mereka di sekeliling kita.
I.
Pada penghujung pelayanan duniawi-Nya, Juruselamat kita, Yesus Kristus memerintahkan pengikut-Nya: “Pergilah kepada semua bangsa di seluruh dunia dan jadikanlah mereka pengikut-Ku” (Matius 28:19) dan “Pergilah ke seluruh dunia dan khabarkanlah Berita Baik daripada Tuhan kepada seluruh umat manusia.” (Markus 16:15). Semua Kristian berada di bawah perintah ini untuk berkongsi Injil dengan semua orang. Ramai memanggil ini “kewajipan besar.”
Seperti digambarkan oleh Elder Neil L. Andersen dalam sesi pagi ini, Orang Suci Zaman Akhir pastinya di antara mereka yang paling berkomitmen kepada kewajipan besar ini. Kita patut kerana kita tahu bahawa Tuhan mengasihi semua anak-Nya dan pada hari-hari terakhir Dia telah memulihkan pengetahuan tambahan yang penting dan kuasa untuk memberkati mereka semua. Juruselamat mengajar kita untuk mengasihi semua sebagai saudara dan saudari kita, dan kita menghormati pengajaran itu dengan berkongsi kesaksian dan pesanan Injil yang dipulihkan “di antara segala bangsa, kaum, bahasa, dan khalayak” (Ajaran dan Perjanjian 112:1). Ini adalah bahagian penting dalam apa yang dimaksudkan untuk menjadi seorang Orang Suci Zaman Akhir. Kita melihat ini sebagai keistimewaan gembira. Apakah yang lebih menggembirakan daripada berkongsi kebenaran keabadian dengan anak-anak Tuhan?
Hari ini kita mempunyai banyak sumber-sumber untuk berkongsi Injil yang tidak boleh didapati pada generasi awal. Kita mempunyai TV, internet, dan saluran media sosial. Kita mempunyai banyak pesanan berharga untuk memperkenalkan Injil dipulihkan. Kita mempunyai Gereja yang dikenali di banyak negara. Kita mempunyai bilangan para mubaligh yang sangat meningkat. Tetapi adakah kita menggunakan semua sumber-sumber ini sebanyak yang mungkin? Saya percaya ramai akan berkata tidak. Kita ingin menjadi lebih efektif dalam menunaikan tanggungjawab ilahi kita yang ditetapkan untuk mengumumkan Injil dipulihkan di seluruh dunia.
Terdapat banyak idea baik untuk berkongsi Injil yang akan berfungsi dalam pancang atau negara individu. Bagaimanapun, kerana kita merupakan sebuah Gereja di seluruh dunia, saya ingin bercakap tentang idea-idea yang akan berfungsi di mana-mana, dari unit Gereja yang terbaru kepada yang telah ditubuhkan lama dahulu, dari budaya sekarang yang menerima Injil Yesus Kristus ke budaya dan bangsa yang semakin memusuhi agama. Saya mahu bercakap tentang idea-idea yang anda boleh gunakan dengan orang yang adalah penganut berkomitmen dalam Yesus Kristus dan juga orang yang tidak pernah dengar nama-Nya, dengan orang yang berpuas hati dengan kehidupan semasa mereka dan juga orang yang terdesak untuk memperbaiki diri.
Apa yang boleh saya katakan yang akan membantu anda berkongsi Injil, apa jua keadaan anda? Kita memerlukan bantuan setiap ahli, dan setiap ahli boleh membantu, memandangkan terdapat banyak tugas untuk dilaksanakan ketika kita berkongsi Injil dipulihkan dengan setiap negara, kaum, bahasa, dan bangsa.
Kita semua tahu bahawa penyertaan ahli dalam kerja mubaligh adalah penting dalam mencapai kedua-dua penukaran hati dan pengekalan. Presiden Thomas S. Monson telah berkata: “Sekarang adalah masa untuk ahli dan mubaligh datang bersama … [dan] bekerja dalam ladang anggur Tuhan untuk membawa jiwa kepada-Nya. Dia telah menyediakan sumber-sumber untuk kita berkongsi Injil dalam pelbagai cara, dan Dia akan membantu kita dalam pekerjaan kita jika kita bertindak dalam iman untuk memenuhi kerja-Nya.”1
Berkongsi Injil dipulihkan adalah tugas dan hak istimewa sepanjang hayat kita sebagai Kristian. Elder Quentin L. Cook mengingatkan kita, “Kerja mubaligh bukan hanya salah satu daripada 88 mata piano pada piano yang dimainkan sekali-sekala; ia ialah kord utama dalam melodi yang menarik yang perlu dimainkan secara berterusan sepanjang kehidupan kita jika kita mahu kekal dalam suasana harmoni dengan komitmen kita kepada agama Kristian dan Injil Yesus Kristus.”2
II.
Terdapat 3 perkara semua ahli boleh buat untuk membantu berkongsi Injil, tidak kira keadaan kehidupan dan pekerjaan mereka. Kita semua perlu melakukan semua ini.
Pertama, kita semua boleh berdoa untuk keinginan membantu dalam bahagian penting ini dalam kerja penyelamatan. Semua usaha bermula dengan keinginan.
Kedua, kita sendiri boleh mentaati perintah-perintah. Ahli yang beriman dan patuh ialah saksi yang paling menyakinkan tentang kebenaran dan nilai Injil dipulihkan. Lebih penting, ahli yang beriman akan selalu mempunyai Roh Juruselamat bersama mereka untuk mendorong mereka apabila mereka mengambil bahagian dalam kerja penting berkongsi Injil Yesus Kristus yang dipulihkan.
Ketiga, kita boleh berdoa untuk inspirasi tentang apa yang kita boleh lakukan dalam keadaan individu kita untuk berkongsi Injil dengan orang lain. Ini berbeza daripada berdoa untuk para mubaligh atau berdoa untuk apa yang orang lain boleh lakukan. Kita perlu berdoa untuk apa yang kita boleh lakukan secara peribadi. Ketika kita berdoa, kita perlu ingat bahawa doa untuk inspirasi seperti ini akan dijawab jika disertai dengan komitmen—sesuatu yang kitab suci panggil “maksud yang bersungguh-sungguh” atau “maksud hati yang sepenuhnya”. Berdoa dengan komitmen untuk bertindak di atas inspirasi yang anda terima, berjanji dengan Tuhan bahawa jika Dia akan mendorong anda untuk bercakap dengan seseorang tentang Injil, anda akan melakukannya.
Kita memerlukan bimbingan Tuhan kerana pada bila-bila masa tertentu ada yang—dan ada yang tidak—bersedia untuk kebenaran tambahan Injil dipulihkan. Kita tidak patut menetapkan diri kita sebagai hakim kepada siapa yang bersedia dan siapa tidak. Tuhan tahu hati semua anak-Nya, dan jika kita berdoa untuk inspirasi, Dia akan membantu kita cari orang yang Dia tahu akan “berada dalam keadaan sedia untuk mendengar firman” (Alma 32:6).
Sebagai Rasul Tuhan, saya menggesa setiap ahli dan keluarga di Gereja untuk berdoa untuk bantuan Tuhan dalam mencari orang yang bersedia untuk menerima pesanan dan Injil Yesus Kristus yang dipulihkan. Elder M. Russell Ballard telah memberikan nasihat penting ini, yang saya bersetuju: “Percayailah Tuhan. Dia ialah Gembala yang Baik. Dia kenal domba-Nya. … Jika kita tidak terlibat, ramai yang akan mendengar pesanan Pemulihan akan melepasi kita. … Prinsip-prinsipnya agak mudah—berdoa, secara peribadi dan di dalam keluarga, untuk peluang mubaligh.”3 Apabila kita menunjukkan iman kita, peluang-peluang ini akan datang tanpa “dipaksa atau … jawapan dibuat-buat. Mereka akan berjalan lancar sebagai hasil semula jadi kasih sayang kita untuk saudara dan saudari kita.”4
Saya tahu ini adalah benar. Saya menambahkan janji saya bahawa dengan iman dalam bantuan Tuhan, kita akan dibimbing, diberi inspirasi, dan mendapatkan kegembiraan besar dalam kerja kasih yang penting dalam keabadian ini. Kita akan memahami bahawa kejayaan dalam berkongsi Injil adalah menjemput orang dengan kasih dan maksud tulus untuk membantu mereka, tidak kira apa jawapan mereka.
III.
Di sini adalah beberapa perkara yang kita boleh buat untuk berkongsi Injil dengan efektif:
-
Kita perlu ingat “bahawa orang belajar apabila mereka bersedia untuk belajar, bukannya apabila kita bersedia untuk mengajar mereka.”5 Apa yang kita berminat, seperti pengajaran ajaran tambahan yang penting dalam Gereja dipulihkan, biasanya bukan apa orang lain berminat belajar. Orang lain biasanya hendak hasil dari ajaran, bukan ajarannya. Apabila mereka memerhatikan atau mengalami pengaruh Injil Yesus Kristus yang dipulihkan dalam hidup kita, mereka merasakan Roh dan mula berminat dalam ajaran. Mereka juga mungkin berminat apabila mereka mencari kegembiraan yang lebih, kedekatan dengan Tuhan, atau pemahaman yang lebih baik tentang tujuan hidup.6 Oleh itu, kita mesti berhati-hati dan berdoa untuk mengetahui bagaimana menanya minat orang lain untuk mengetahui lebih lanjut. Ini bergantung kepada beberapa perkara, seperti keadaan semasa seseorang dan hubungan kita dengan mereka. Ini adalah subjek yang baik untuk perbincangan dalam majlis, kuorum, dan Lembaga Pertolongan.
-
Apabila kita bercakap dengan orang lain, kita mesti ingat bahawa jemputan untuk belajar lebih tentang Yesus Kristus dan Injil-Nya adalah lebih sesuai daripada jemputan untuk belajar lebih tentang Gereja kita.7 Kita mahu orang ramai untuk bertukar hati kepada Injil. Itulah peranan hebat Kitab Mormon. Perasaan tentang Gereja kita diikuti penukaran hati kepada Yesus Kristus; ia tidak mendahuluinya. Ramai yang berasa sangsi tentang gereja-gereja meskipun demikian memiliki kasih untuk Juruselamat. Tempatkan perkara pertama yang pertama.
-
Apabila kita memperkenalkan orang ramai kepada Injil dipulihkan, kita perlu membuatnya dalam cara mengambil berat dengan kasih yang tulen untuk individu itu. Ini berlaku apabila kita cuba untuk membantu orang lain dengan masalah yang mereka telah kenal pasti atau apabila kita bekerja dengan mereka dalam aktiviti khidmat masyarakat, seperti melegakan penderitaan, menjaga golongan miskin dan memerlukan, atau meningkatkan kualiti hidup orang lain.
-
Usaha kita dalam berkongsi Injil tidak harus terhad kepada bulatan kawan dan rakan kita. Semasa Sukan Olimpik kita belajar tentang seorang pemandu teksi Orang Suci Zaman Akhir di Rio de Janeiro yang membawa salinan Kitab Mormon dalam tujuh bahasa yang berlainan dan memberi satu kepada sesiapa yang menerimanya. Dia memanggil dirinya “pemandu teksi mubaligh.” Dia berkata, “Jalan-jalan Rio de Janeiro … ialah ladang misi [saya].”8
Clayton M. Christensen, yang mempunyai pengalaman hebat sebagai ahli mubaligh, mengatakan bahawa “sejak dua puluh tahun yang lalu, kita telah memerhatikan tidak ada korelasi antara kedalaman hubungan dan kebarangkalian bahawa seseorang akan berminat untuk belajar tentang Injil.”9
-
Lembaga uskup bahagian boleh merancangkan pertemuan sakramen yang istimewa di mana ahli diajak untuk membawa orang yang berminat. Ahli bahagian akan kurang ragu-ragu untuk membawa kenalan mereka ke pertemuan seperti ini kerana mereka akan lebih yakin bahawa kandungan pertemuan akan dirancangkan dengan teliti untuk mendapatkan minat dan mewakili Gereja dengan baik.
-
Terdapat banyak peluang lain untuk berkongsi Injil. Sebagai contoh, pada musim panas ini saya menerima surat gembira dari seorang penganut baru yang belajar tentang Injil dipulihkan apabila seorang rakan lama menelefonnya untuk bertanya tentang penyakit yang dia alami. Dia menulis: “Dia menerangi saya dengan cara dia menyampaikan diri kepada saya Selepas beberapa bulan belajar dari mubaligh, saya dibaptiskan. Hidup saya bertambah baik sejak itu.”10 Kita semua tahu banyak kehidupan yang boleh bertambah baik kerana Injil dipulihkan. Adakah kita menjangkau mereka?
-
Ahli muda kita yang tertarik dan pakar dalam penggunaan sosial media memberi mereka peluang unik untuk menjangkau dan mendapatkan minat orang lain dalam Injil. Menggambarkan penampilan Juruselamat kepada orang Nefi, Mormon menulis “Dia mengajar dan melayani anak-anak … , dan Dia melembutkan lidah mereka … sehingga mereka dapat bertutur” (3 Nefi 26:14). Hari ini saya rasa kita akan berkata “melembutkan [ibu jari] sehingga mereka dapat bertutur.” Bertindak dengan semangat, remaja!
Berkongsi Injil bukannya satu beban tetapi satu kegembiraan. Apa yang kita panggil “pekerjaan mubaligh ahli” bukan satu program tetapi satu sikap kasih sayang dan menjangkau mereka di sekeliling kita. Ia juga satu peluang untuk menyaksikan bagaimana kita rasa tentang Injil Juruselamat yang dipulihkan. Seperti diajar oleh Elder Ballard, “Satu bukti penukaran hati kita yang paling penting dan perasaan kita terhadap Injil dalam hidup kita sendiri adalah kesanggupan untuk berkongsi Injil dengan orang lain.”11
Saya bersaksi tentang Yesus Kristus, yang adalah Cahaya dan Kehidupan Dunia (lihat 3 Nefi 11:11). Injil dipulihkan-Nya menerangi jalan kita dalam kefanaan. Korban Tebusan-Nya memberi jaminan kehidupan selepas kematian dan kekuatan untuk berterusan terhadap kebaqaan. Dan Korban Tebusan-Nya memberi kita peluang untuk dosa kita dimaafkan dan, di bawah rancangan keselamatan agung Tuhan, layak untuk kehidupan abadi, “kurnia terbesar dari semua kurnia Tuhan” (A&P 14:7). Dalam nama Yesus Kristus, amin.