2010–2019
Berkat-berkat Penyembahan
Oktober 2016


11:28

Berkat-berkat Penyembahan

Penyembahan adalah penting dan pusat hidup rohani kita. Ini sesuatu yang harus kita inginkan, carikan, dan berusaha untuk mengalami.

Kunjungan-Nya

Salah satu pengalaman yang luar biasa dicatat dalam tulisan suci ialah rekod kunjungan Juruselamat kepada orang di Amerika selepas kematian dan Kebangkitan-Nya. Orang ini sudah menderita satu pemusnahan yang begitu besar ia menyebabkan “seluruh bumi telah berubah bentuk.”1 Catatan kejadian ini mengatakan bahawa selepas bencana ini semua orang menangis berterusan,2 dan di tengah-tengah kesedihan, mereka inginkan penyembuhan, kedamaian, dan pembebasan.

Apabila Juruselamat turun dari syurga, mereka jatuh ke kakinya dua kali. Kali pertama berlaku selepas Dia dengan wewenang ilahi mengisytiharkan:

“Lihatlah, Aku Yesus Kristus, yang telah para nabi bersaksi akan datang ke dunia.

“Dan lihatlah. Akulah cahaya dan kehidupan dunia.”3

Kemudian Dia menjemput mereka yang hadir untuk “bangunlah dan datanglah kepada-Ku, agar kamu boleh meletakkan tanganmu ke sisi-Ku, dan juga agar kamu boleh merasakan bekas paku pada tangan-Ku dan pada kaki-Ku, agar kamu boleh tahu bahawa Akulah Tuhan Israel, dan Tuhan seluruh bumi, dan telah dibunuh demi dosa-dosa dunia. 

“Dan apabila mereka semua telah datang ke hadapan dan telah menyaksikannya bagi diri mereka sendiri, mereka berseru dengan serentak, mengatakan:

“Hosana! Terpujilah nama Tuhan Yang Maha Tinggi!”4

Kemudian, buat kali kedua, “mereka merebahkan diri pada kaki Yesus.” Tetapi kali ini dengan bertujuan, kita tahu mereka “menyembah-Nya.”5

Hari Kini

Lebih awal tahun ini saya ditugas untuk mengunjung satu pancang di Amerika Syarikat Barat. Hari itu hari Ahad yang biasa, pertemuan yang biasa, dengan ahli-ahli Gereja yang biasa. Saya memerhati semasa orang masuk ke bangunan Gereja dan duduk dengan bertakzim. Pada saat terakhir, perbualan yang diam-diam bergema di ruang depan. Para ibu dan ayah cuba—kadangkala tidak berjaya—untuk mendiamkan anak-anak yang bertenaga. Semua biasa.

Tetapi sebelum pertemuan itu bermula, kata-kata yang berilham dari Roh datang ke minda saya.

Ahli-ahli ini tidak hanya datang untuk melaksanakan satu tugas atau mendengar pengucap.

Mereka datang demi satu sebab yang lebih penting.

Mereka datang untuk menyembah.

Ketika pertemuan itu dijalankan, saya memerhati ahli-ahli jemaah itu. Mereka ada satu ekspresi yang agung, satu sikap takzim dan damai. Mereka mengharukan hati saya. Pengalaman mereka pada hari Ahad itu sesuatu yang luar biasa.

Mereka menyembah.

Mereka merasa syurga.

Saya dapat lihat itu pada wajah mereka.

Dan saya bergembira dan menyembah bersama mereka. Semasa saya buat demikian, Roh berucap kepada hati saya. Dan pada hari itu, saya belajar tentang diri sendiri, tentang Tuhan, dan tentang peranan penyembahan benar dalam hidup kita.

Penyembahan Dalam Kehidupan Harian Kita

Orang-orang Suci Zaman Akhir sangat berbakat melayan dalam panggilan-panggilan Gereja. Tetapi kadangkala kita mungkin melayan secara rutin, seolah-olah kita hanya melakukan satu kerja. Kadangkala hadiran pertemuan dan pelayanan kerajaan Tuhan kita kekurangan elemen kudus penyembahan. Dan tanpa elemen itu, kita kehilangan satu pertemuan rohani dengan Tuhan—satu hak kita sebagai anak-anak seorang Bapa Syurgawi yang penyayang.

Penyembahan adalah penting dan pusat hidup rohani kita, dan bukan satu kejadian secara kebetulan yang gembira. Ini sesuatu yang harus kita inginkan, carikan, dan berusaha untuk mengalami.

Apakah Penyembahan?

Apabila kita menyembah Tuhan, kita mendekati-Nya dengan kasih sayang takzim, kerendahan hati, dan pemujaan. Kita mengakui dan menerima Dia sebagai Raja daulat kita, Pencipta alam semesta, Bapa terkasih kita.

Kita menghormati Dia.

Kita menyerahkan diri kepada Dia.

Kita gagah berdoa, menghargai firman-Nya, bergembira dalam rahmat-Nya, dan bertekad untuk mengikut Dia dengan setia.

Menyembah Tuhan ialah satu elemen utama dalam hidup seorang pengikut Yesus Kristus dan jika kita gagal menerima Dia dalam hati kita, kita akan gagal mencarikan Dia dalam majlis, gereja, dan bait suci.

Pengikut yang benar berilham untuk “sembahlah Dia yang menjadikan langit, dan bumi, dan laut, dan sumber-sumber air—memanggil nama Tuhan siang dan malam.”6

Kita boleh belajar banyak tentang penyembahan dengan memerhati bagaimana orang lain—orang yang tidak begitu berbeza daripada kita—menemui, bertindak, dan menyembah dalam hadirat Tuhan.

Kekaguman, Kesyukuran, dan Harapan

Pada awal abad 19, dunia orang Kristian hampir meninggalkan kepercayaan bahawa Tuhan masih berfirman dengan manusia. Tetapi pada musim bunga tahun 1820, ini berubah selama-lamanya apabila seorang budak lelaki yang rendah hati masuk ke satu dusun dan berlutut untuk berdoa. Sejak hari itu, banyak penglihatan, wahyu, dan kemunculan syurgawi berlaku di bumi, menganugerahkan para penghuninya pengetahuan tentang sifat dan tujuan Tuhan dan perhubungan-Nya dengan Manusia.

Oliver Cowdery menghuraikan hari-hari itu demikian “Tidak pernah akan dilupakan. ... Alangkah sukacitanya! Alangkah ajaibnya! Alangkah mengagumkannya!” 7

Kata-kata Oliver berikan elemen pertama yang menemani penyembahan Tuhan yang benar—satu kekaguman yang agung dan kesyukuran yang mendalam.

Setiap hari, terutamannya hari Sabat, kita ada satu peluang yang luar biasa untuk mengalami kekaguman syurgawi dan memuji Tuhan demi kebaikan dan belas kasihan-Nya yang amat besar.

Ini akan memimpin kita ke arah harapan. Inilah elemen-elemen pertama penyembahan.

Cahaya, Pengetahuan dan Iman

Pada hari Pentakosta, Roh Kudus memasuki hati dan minda para pengikut Kristus, isikan mereka dengan cahaya dan pengetahuan.

Sehingga hari itu ada masanya mereka tidak pasti tentang apakah yang harus mereka lakukan. Yerusalem menjadi satu tempat yang bahaya bagi pengikut Juruselamat, dan mereka pastinya tertanya-tanya tentang apakah yang akan berlaku kepada mereka.

Tetapi apabila Roh Kudus mengisi hati mereka, keraguan dan keengganan hapus. Melalui pengalaman penyembahan yang benar, Orang-orang suci Tuhan menerima cahaya syurgawi, pengetahuan, dan satu kesaksian yang diperkuatkan. Dan itu membimbing ke iman.

Semenjak saat itu, para Rasul dan Orang-orang suci berazam untuk mencapai matlamat mereka. Dengan keberanian mereka khutbah tentang Yesus Kristus kepada seluruh dunia.

Apabila kita menyembah dengan roh, kita jemputkan cahaya dan kebenaran ke dalam jiwa kita, yang memperkukuhkan iman kita. Ini juga elemen penting penyembahan yang benar.

Penganutan dan Ihsan

Dalam Kitab Mormon kita belajar bahawa dari saat Alma yang muda dibebaskan daripada menderita akibat pemberontakannya, dia tidak sama lagi. Dia “mengembara ke seluruh negeri ... Dan ke kalangan semua rakyat ... , dengan bersemangat berjuang untuk memperbaiki segala kerosakan yang telah [dia] lakukan terhadap gereja.”8

Penyembahan Alma kepada Tuhan Yang Maha Kuasa yang berterusan mengambil bentuk sebagai penganutan yang bertenaga.

Penyembahan yang benar mengubahkan kita menjadi pengikut yang ikhlas dan tekun kepada Guru dan Juruselamat, Yesus Kristus. Kita berubah dan menjadi lebih seperti Dia.

Kita menjadi lebih bertimbang rasa dan penyayang. Lebih sedia memaaf. Lebih berbelas kasihan.

Kita faham bahawa adalah mustahil untuk katakan bahawa kita mengasihi Tuhan tetapi pada masa yang sama membenci, tidak menghiraukan atau tidak mengendahkan orang di sekeliling kita.9

Penyembahan yang benar membimbing ke keazaman yang tidak goyah untuk berjalan pada jalan penganutan. Dan itu akan membimbing ke ihsan. Ini juga elemen penting penyembahan.

Masuklah Melalui Pintu Gerbang-Nya dengan Ucapan Syukur

Apabila saya merenung tentang pagi Ahad yang biasa itu, dalam bangunan gereja yang biasa itu, dalam pancang yang biasa itu, saya masih terharu oleh pengalaman rohani yang luar biasa itu yang akan memberkati hidup saya selamanya.

Saya belajar bahawa walaupun kita pandai mengurus masa, panggilan, dan tugas kita—walaupun kita menyemak semua kotak pada senarai pencapaian kita—jika kita gagal menyembah Pembebas, Raja syurgawi, Tuhan yang mulia kita, kita kehilangan banyak kebahagiaan dan kedamaian Injil.

Apabila kita menyembah Tuhan, kita mengakui dan menerima Dia dengan takzim yang sama seperti orang Amerika zaman purba. Kita mendekati Dia dengan kekaguman dan keajaiban yang tidak difahami. Kita berasa kagum dalam kesyukuran terhadap kebaikan Tuhan. Jadi, kita memperoleh harapan.

Kita merenungkan firman Tuhan, dan itu isikan jiwa kita dengan cahaya dan kebenaran. Kita mengerti landskap rohani yang hanya boleh dapat dilihat melalui cahaya Roh Kudus.10 Jadi, kita memperoleh iman.

Semasa kita menyembah, jiwa kita dihaluskan dan kita berazam untuk berjalan mengikut langkah Juruselamat terkasih kita, Yesus Kristus. Dan daripada azam ini, kita memperoleh ihsan.

Apabila kita menyembah, hati kita memuji Tuhan pagi, petang, dan malam.

Kita menghormati Dia berterusan—dalam bangunan gereja, rumah, bait suci, dan dalam segala kerja kita.

Apabila kita menyembah, kita buka hati kita kepada kuasa sembuh Korban Tebusan Yesus Kristus.

Hidup kita menjadi lambang dan ekspresi penyembahan kita.

Saudara saudari saya, pengalaman rohani tidak bergantung pada apa yang berlaku di sekeliling kita, ia bergantung pada apa yang berlaku dalam hati kita. Saya bersaksi bahawa penyembahan yang benar akan mengubah pertemuan Gereja yang biasa ke jamuan rohani yang luar biasa. Ia akan memperkayakan hidup kita, meluaskan pemahaman kita, dan meperkukuhkan kesaksian kita. Apabila kita memalingkan hati kepada Tuhan, seperti Penulis Mazmur purba, kita “masuklah melalui pintu gerbang-Nya dengan ucapan syukur, pergilah ke halaman Rumah-Nya dengan pujian. [Kita] bersyukurlah kepada-Nya dan pujilah Dia

“Tuhan itu baik; Dia tetap mengasihi umat-Nya dan setia kepada mereka selama-lamanya.”11

Melalui penyembahan yang tulus ikhlas, kita berkembang dan menjadi matang dalam harapan, iman, dan ihsan. Melalui proses ini, kita kumpulkan cahaya syurgawi ke dalam jiwa kita yang isikan hidup kita dengan pengertian ilahi, kedamaian kekal, dan kebahagiaan abadi.

Inilah berkat penyembahan dalam hidup kita. Saya bersaksi dengan rendah hati dalam nama Yesus Kristus, amin.