2010–2019
Menarik Kuasa Yesus Kristus ke dalam Hidup Kita
April 2017


14:51

Menarik Kuasa Yesus Kristus ke dalam Hidup Kita

Injil Yesus Kristus penuh dengan kuasa-Nya, yang ada untuk setiap anak lelaki atau perempuan Tuhan yang mencari dengan tekun.

Saudara dan saudari saya yang dikasihi, kita hidup dalam zaman keagamaan paling sukar. Cabaran, kontroversi, dan kerumitan berpusing di sekeliling kita. Masa-masa bergelora ini diramalkan oleh Juruselamat. Dia memberi amaran bahawa dalam hari kita musuh akan menghasut kemarahan ke dalam hati manusia dan menyesatkan mereka.1 Tetapi Bapa Syurgawi kita tidak pernah berniat untuk kita mengendalikan masalah peribadi yang mengelirukan dan isu-isu peribadi berseorangan.

Tuhan sangat mengasihi dunia sehingga Dia memberikan Putera-Nya yang Tunggal2 untuk menolong.3 Dan Putera-Nya, Yesus Kristus, menyerahkan hidup-Nya bagi kita. Semua ini supaya kita boleh mempunyai akses kepada kuasa ketuhanan—kuasa cukup untuk mengendalikan beban, halangan, dan godaan hari kita.4 Hari ini saya ingin bercakap tentang bagaimana kita boleh menarik ke dalam kehidupan kita kuasa Tuhan dan Guru kita, Yesus Kristus.

Kita bermula dengan belajar tentang Dia.5 “Tidaklah mungkin bagi [kita] untuk diselamatkan dalam ketidaktahuan.”6 Semakin kita tahu tentang pelayanan dan misi Juruselamat7—semakin kita memahami ajaran-Nya8 dan apa yang dia lakukan bagi kita—semakin kita tahu Dia boleh memberi kuasa yang kita perlu untuk hidup.

Awal tahun ini, saya meminta pemuda-pemudi di dalam Gereja untuk menumpukan sebahagian masa mereka setiap minggu untuk mengkaji semua hal yang Yesus berkata dan lakukan seperti dilaporkan di dalam tulisan suci.9 Saya menjemput mereka untuk membenarkan ayat tulisan suci tentang Yesus di dalam Topical Guide menjadi kurikulum teras peribadi mereka.10

Saya memberi cabaran itu kerana saya sendiri sudah menerimanya. Saya membaca dan menggaris di bawah setiap ayat yang dirujuk tentang Yesus Kristus, seperti disenaraikan di bawah tajuk utama dan 57 tajuk kecil di dalam Topical Guide.11 Apabila saya mengakhiri latihan menarik ini, isteri saya menanya saya apakah kesan ia mempunyai pada saya. Saya memberitahu dia, “Saya seorang lelaki berbeza!”

Saya merasakan kesetiaan diperbaharui kepada Dia semasa membaca semula Kitab Mormon dan kenyataan Juruselamat sendiri tentang misi-Nya dalam kefanaan. Dia mengisytiharkan:

“Aku datang ke dunia untuk melakukan kehendak Bapa-Ku, kerana Bapa-Ku telah mengutus-Ku.

“Dan Bapa-Ku mengutus-Ku agar Aku boleh diangkat ke atas salib.”12

Sebagai Orang Suci Zaman Akhir, kita merujuk kepada misi-Nya sebagai Korban Tebusan Yesus Kristus, yang membuat kebangkitan kenyataan bagi semua dan membolehkan kehidupan abadi bagi mereka yang bertaubat akan dosa-dosa dan menerima dan mentaati tatacara-tatacara dan perjanjian yang diperlukan.

Ajaran tidak lengkap jika bercakap tentang korban tebusan Tuhan dengan ungkapan singkat, seperti “Korban tebusan” atau “kuasa membolehkan Korban tebusan” atau “mengaplikasikan Korban tebusan” atau “diperkuatkan oleh Korban tebusan.” Ungkapan-ungkapan ini menyampaikan risiko sebenar untuk memperdayakan iman dengan menganggap peristiwa seolah-olah ia mempunyai kewujudan hidup serta kebolehan bebas daripada Bapa di Syurga dan Putera-Nya, Yesus Kristus.

Di bawah rancangan Bapa yang abadi serta agung, ialah Juruselamat yang menderita. Ia Juruselamat yang mematahkan belenggu kematian. Ia Juruselamat yang membayar harga untuk dosa-dosa dan pelanggaran kita dan memadamkan mereka berdasarkan pada pertaubatan kita. Ia Juruselamat yang membebaskan kita daripada kematian jasmani dan rohani.

Tiada entiti yang tidak tentu bentuknya dipanggil “Korban tebusan” di mana kita boleh meminta bantuan, penyembuhan, keampunan, dan kuasa. Yesus Kristus ialah sumbernya. Istilah kudus seperti Korban tebusan dan Kebangkitan menggambarkan apa yang Juruselamat lakukan, menurut rancangan Bapa, supaya kita boleh hidup dengan harapan dalam hidup ini dan memperolehi kehidupan abadi dalam dunia yang akan datang. Korban tebusan Juruselamat—perbuatan utama dalam semua sejarah manusia—paling baik difahami dan dihargai apabila kita secara nyata serta jelas mengaitkannya dengan-Nya.

Kepentingan misi Juruselamat diberi penekanan oleh Nabi Joseph Smith, yang mengisytiharkan dengan tegas bahawa “Asas-asas dasar dari agama kita adalah kesaksian para Rasul dan Nabi, mengenai Yesus Kristus, bahawa Dia telah mati, dikuburkan, dan bangkit kembali pada hari ketiga, dan naik ke syurga; dan semua hal lainnya yang berkaitan dengan agama kita hanyalah merupakan tambahan terhadapnya.”13

Ia kenyataan ini daripada Nabi yang berikan galakan untuk 15 nabi, pelihat, dan pewahyu mengeluarkan dan menandatangani kesaksian mereka untuk menyambut ulang tahun ke-2000 kelahiran Tuhan. Kesaksian bersejarah itu bertajuk “Kristus Yang Hidup.”14 Ramai ahli gereja telah menghafal kebenaran-kebenarannya. Orang lain hampir tidak tahu tentang kewujudannya. Semasa anda mencari untuk belajar lebih tentang Yesus Kristus, saya menggesa anda untuk mengkaji “Kristus yang Hidup.”

Semasa kita menumpukan masa ke dalam pelajaran tentang Juruselamat dan Korban Tebusan-Nya, kita cenderung mengambil bahagian dalam satu lagi unsur penting untuk mencapai kuasa-Nya: kita memilih untuk beriman kepada Dia dan mengikuti Dia.

Pengikut-pengikut sebenar Yesus Kristus sudi untuk menonjol, bersuara, dan menjadi berbeza daripada rakyat dunia. Mereka adalah tidak terjejas, setia, dan berani. Saya belajar tentang pengikut seperti ini semasa tugas baru-baru ini di Mexico, di mana saya bertemu dengan pegawai kerajaan dan juga pemimpin dari mazhab agama lain. Setiap orang mengucap terima kasih kepada saya untuk usaha ahli-ahli yang berjaya dan berani dalam melindungi dan memelihara perkahwinan dan keluarga kuat di dalam negara mereka.

Tiada apa-apa yang muda atau automatik mengenai menjadi pengikut berkuasa seperti ini. Tumpuan kita harusnya berdasarkan pada Juruselamat dan Injil-Nya. Ia sukar bagi minda untuk berusaha melihat kepada Dia dalam setiap fikiran.15 Tetapi apabila kita membuat demikian, keraguan dan kebimbangan kita lenyap.16

Baru-baru ini saya belajar tentang seorang Laurel muda yang berani. Dia dijemput untuk menyertai dalam pertandingan seluruh negeri untuk sekolah tinggi pada petang sama yang dia buat komitmen untuk menyertai mesyuarat Lembaga Pertolongan pancang. Apabila dia menyedari konflik dan menjelaskan kepada pegawai pertandingan bahawa dia perlu keluar awal dari pertandingan untuk menghadiri mesyuarat penting, dia diberitahu bahawa dia akan disingkirkan jika dia membuat demikian.

Apakah yang dibuat oleh Laurel ini dari zaman akhir ? Dia mentaati komitmen dia untuk menyertai mesyuarat Lembaga Pertolongan. Seperti yang dijanjikan, dia disingkirkan daripada pertandingan seluruh negeri. Apabila ditanya tentang keputusan, dia menjawab dengan senang, “Jadi, Gereja lebih penting, bukan?”

Iman kepada Yesus Kristus menggerakkan kita untuk melakukan hal-hal yang kita biasanya tidak lakukan. Iman yang mendorong kita untuk bertindak memberikan kita lebih banyak akses kepada kuasa-Nya.

Kita juga meningkatkan kuasa Juruselamat dalam hidup kita apabila kita membuat perjanjian kudus dan mentaati perjanjian itu dengan tepat. Perjanjian-perjanjian mengikat kita kepada Dia dan memberi kita kuasa ketuhanan. Sebagai pengikut-pengikut beriman, kita bertaubat dan mengikuti Dia ke dalam air pembaptisan. Kita berjalan di atas jalan perjanjian untuk menerima tatacara-tatacara lain yang diperlukan.17 Dan syukurlah, rancangan Tuhan memperuntukkan berkat-berkat itu kepada mereka yang mati tanpa peluang untuk mendapati mereka semasa hidup fana.18

Penjaga perjanjian lelaki dan perempuan mencari cara-cara untuk menjaga diri supaya tidak dicemari kejahatan di dunia ini supaya tiada apa-apa yang menghalang akses kepada kuasa Juruselamat. Seorang isteri dan ibu yang setia menulis ini baru-baru ini: “Kinilah masa yang bermasalah dan bahaya. Betapa diberkati kita untuk mempunyai peningkatan pengetahuan tentang rancangan keselamatan dan bimbingan diilham daripada para nabi, rasul, dan pemimpin penyayang untuk menolong kita melayari laut bergelora dengan selamat. Kami berhenti kebiasaan kami untuk memasang radio pada waktu pagi. Sebaliknya, kami sekarang mendengar ucapan persidangan umum pada telefon bimbit setiap pagi sambil menyediakan diri untuk sehari lagi.

Satu unsur lagi yang menarik kuasa Juruselamat ke dalam kehidupan kita adalah untuk mencapai Dia dengan iman. Pencapaian seperti ini memerlukan usaha yang tekun dan bertumpu.

Wanita menyentuh kelepet jubah Juruselamat.

Adakah anda ingat cerita Alkitab tentang wanita yang menderita selama dua belas tahun dengan masalah yang melemahkan?19 Dia menggunakan iman besar kepada Juruselamat, dengan berkata, “Jika aku dapat menyentuh jubah-Nya, tentu aku akan sembuh.”20

Wanita beriman dan bertumpu ini memerlukan menghulur sejauh dia dapat untuk mencapai kuasa-Nya. Penghuluran fizikal dia simbolik dengan penghuluran rohani dia.

Ramai daripada kita telah berseru dari kedalaman hati kita sebuah variasi kata-kata wanita ini: “Kalau saya dapat menghulur secara rohani hingga menarik kuasa Juruselamat ke dalam hidup, saya akan tahu bagaimana mengendalikan keadaan yang menyakitkan hati saya. Saya akan tahu apa yang perlu dilakukan. Dan saya akan berkuasa untuk melakukannya.”

Apabila anda mencapai kuasa Tuhan ke dalam hidup dengan kekuatan sama yang orang lemas punyai apabila tercungap-cungap menarik nafas, kuasa daripada Yesus Kristus akan dimiliki anda. Apabila Juruselamat tahu anda bersungguh-sungguh ingin mencapai Dia—apabila Dia boleh merasakan keinginan terbesar hati anda adalah untuk menarik kuasa-Nya ke dalam hidup—anda akan dibimbing oleh Roh Kudus untuk tahu dengan tepat apa yang harus dilakukan.21

Apabila anda menghulur lebih luar daripada apa yang anda pernah lakukan sebelumnya, kuasa-Nya akan mengalir ke dalam anda.22 Dan kemudian anda akan memahami makna mendalam kata-kata yang kita nyanyi dalam lagu rohani “Roh Tuhan”:

Tuhan b’rikan hikmat pada Orang Suci. …

Meluas hikmat dan kuasa ilahi;

Tirai yang menutup bumi menguak.23

Injil Yesus Kristus penuh dengan kuasa-Nya, yang ada untuk setiap anak lelaki atau perempuan Tuhan yang mencari dengan tekun. Ia kesaksian saya bahawa apabila kita menarik kuasa-Nya ke dalam hidup kita, Dia dan kita akan bersukacita.24

Sebagai seorang daripada saksi istimewa Dia, saya mengisytiharkan bahawa Tuhan hidup! Yesus adalah Kristus! Gereja-Nya telah dipulihkan ke bumi ini! Nabi Tuhan di atas bumi hari ini ialah Presiden Thomas S. Monson, yang saya sokong dengan segenap hati. Saya bersaksi, dengan ungkapan kasih sayang dan berkat saya bagi setiap daripada anda, dalam nama kudus Yesus Kristus, amin.

Nota

  1. Lihat 2 Nefi 28:19–30.

  2. Lihat Yohanes 3:16.

  3. Yesus ialah Yang Terpilih—terpilih oleh Bapa Syurgawi untuk menjadi wakil peribadi Dia dalam semua hal yang berkaitan dengan keselamatan manusia. Yesus dipilih untuk menjadi Juruselamat dan Penebus kita. Sebelum bumi dicipta, Yesus dipilih untuk membuat kebaqaan kenyataan dan membolehkan kehidupan abadi bagi semua anak Tuhan (lihat Yohanes 17:24; 1 Petrus 1:20). Oleh itu, Yesus menanggung dua gelaran unik: Mesias (Bahasa Ibrani) dan Kristus (Bahasa Yunani)—kedua-dua maksud “terpilih.” (Lihat Bible Dictionary, “Anointed One.”)

  4. Kita boleh melindungi diri kita dengan mengetahui dan hidup menurut firman Tuhan (lihat Efesus 6:17–18; Ajaran dan Perjanjian 27:18).

  5. Di bawah arahan Bapa-Nya, Yesus adalah Pencipta bumi ini (lihat Yohanes 1:2–3) dan dunia lain yang tidak terkira (lihat Musa 1:33). Lama sebelum kelahiran fana Dia, Yesus adalah Yehovah besar—Tuhan Perjanjian Lama. Ia Yehovah yang bercakap dengan Musa di Gunung Sinai. Ia Yehovah yang buat perjanjian dengan Abraham agar semua negara bumi akan diberkati melalui penurunan Abraham. Dan ia Yehovah yang buat perjanjian dengan keluarga-keluarga daripada bani Israel. Yesus juga adalah Imanuel yang dijanjikan, seperti dinubuatkan oleh Yesaya (lihat Yesaya 7:14).

  6. Ajaran dan Perjanjian 131:6.

  7. Lihat Ajaran dan Perjanjian 76:40–41.

  8. Lihat 2 Nefi 31:2–21.

  9. Alkitab, Kitab Mormon, Ajaran dan Perjanjian, dan Mutiara yang Sangat Berharga.

  10. Lihat Topical Guide, “Jesus Christ.” Selain teks di bawah tajuk utama, terdapat 57 tajuk kecil mengenai Dia. Untuk edisi tulisan suci bukan dalam Bahasa Inggeris, gunakan Panduan bagi Tulisan Suci

  11. Lebih daripada 2,200 penyenaraian dirujuk di dalam 18 muka surat Topical Guide.

  12. 3 Nefi 27:13–14.

  13. Ajaran-ajaran Presiden Gereja: Joseph Smith (2007), 49.

  14. Lihat “Kristus yang Hidup: Kesaksian Para Rasul,” Liahona, Apr. 2000, 2–3.

  15. Lihat Helaman 8:15.

  16. Lihat Ajaran dan Perjanjian 6:36.

  17. Yesus Kristus mengajar kita tentang tatacara-tatacara kudus, seperti pembaptisan (lihat Yohanes 3:5), sakramen (lihat Ajaran dan Perjanjian 59:9), dan anugerahan dan tatacara pemeteraian di bait suci (lihat Ajaran dan Perjanjian 124:39–42).

  18. Lihat Ajaran dan Perjanjian 124:29–32.

  19. Lihat Lukas 8:43–44.

  20. Markus 5:28.

  21. Lihat Ajaran dan Perjanjian 88:63.

  22. Apabila wanita beriman menyentuh jubah Juruselamat, Dia bertindak dengan segera, “ Aku tahu kerana kuasa [dari bahasa Yunani dunamis, maksudnya “kuasa”] telah keluar daripada-Ku” (Lukas 8:46; tekanan ditambah).

  23. “Roh Tuhan,” Nyanyian Rohani, no. 2.

  24. Lihat 3 Nefi 17:20.