Gembala Yang Baik Kita
Yesus Kristus, Gembala yang Baik kita, bergembira apabila melihat domba-Nya yang berpenyakit maju ke arah penyembuhan.
Kita dapat menggambarkan watak Bapa Syurgawi kita apabila kita mengenal rasa kasihan besar yang Dia rasa untuk orang berdosa dan menghargai perbezaan yang dibuat-Nya antara dosa dan mereka yang berdosa. Gambaran ini bantu kita mempunyai “pemahaman yang lebih betul tentang watak, kesempurnaan, dan sifat-sifat-Nya”1 dan adalah asas dalam melatih iman dalam-Nya dan dalam Putera-Nya, Yesus Kristus. Rasa kasihan Juruselamat untuk ketidaksempurnaan kita menarik kita terhadap-Nya dan memberi motivasi kepada kita dalam perjuangan berulang untuk bertaubat dan mencontohi-Nya. Apabila kita menjadi lebih seperti-Nya, kita belajar melayan orang lain seperti-Nya, tidak mengira tingkah laku atau ciri-ciri luar apa-apa pun.
Ia penting untuk membezakan ciri-ciri luaran seorang individu dan individu sendiri dalam novel Les Misérables, oleh penulis Perancis Victor Hugo.2 Pada pembukaan novel, tukang cerita memperkenalkan Bienvenu Myriel, uskup Digne, dan membincangkan satu dilema yang uskup ada. Patutkah dia melawat seorang lelaki yang adalah seorang ateis yang nyata dan dihina dalam masyarakat kerana tingkah laku masa lalu dalam Revolusi Perancis?3
Tukang cerita berkata uskup itu merasakan kebencian yang mendalam untuk lelaki itu. Kemudian tukang cerita menimbulkan soalan mudah: “Semua yang sama, patutkah kuping-kuping domba menyebabkan gembala berundur?”4 Menjawab untuk uskup, tukang cerita memberi jawapan yang pasti, “Tidak”—dan kemudian menambahkan komen lucu: “Tetapi betapa banyak kuping domba ini!”5
Dalam bahagian ini, Hugo membandingkan “kejahatan” lelaki itu dengan penyakit kulit domba dan membandingkan uskup dengan gembala yang tidak akan berundur apabila dihadapi dengan domba yang sakit. Uskup bersimpati dan dalam novel menunjukkan rasa kasihan yang serupa untuk lelaki yang lain, protagonis utama dalam novel, seorang bekas banduan yang dihina, Jean Valjean. Belas kasihan dan empati uskup mendorong Jean Valjean untuk mengubah jalan hidupnya.
Kerana Tuhan menggunakan penyakit sebagai metafora untuk dosa dalam kitab suci, ia munasabah bertanya, “Bagaimana Yesus Kristus bertindak balas apabila menghadapi penyakit metafora kita—dosa kita?” Lagipun, Juruselamat berkata bahawa Dia “tidak dapat memandang dosa dengan tingkat perkenanan yang paling kecil”;6 jadi bagaimana Dia boleh melihat kita, dengan ketidaksempurnaan kita, tanpa berundur dengan seram dan rasa jijik?
Jawapannya mudah dan jelas. Sebagai Gembala yang Baik,7 Yesus Kristus melihat penyakit dalam domba-Nya sebagai keadaan yang memerlukan rawatan, penjagaan, dan rasa kasihan. Gembala ini, Gembala yang Baik kita, bergembira apabila melihat domba-Nya yang berpenyakit maju ke arah penyembuhan.
Juruselamat meramalkan bahawa Dia akan “menjaga umat-Nya seperti seorang gembala,”8 “mencari mereka yang hilang, … membawa pulang mereka yang sesat, … membalut mereka yang luka, dan … mengubati mereka yang sakit.”9 Walaupun Israel yang murtad digambarkan dengan dosa “lebam, kudis, dan luka,”10 Juruselamat menggalakkan, mendorong, dan menjanjikan penyembuhan.11
Pelayanan fana Juruselamat sesungguhnya dicirikan oleh kasih, rasa kasihan, dan empati. Dia tidak berjalan dalam jalan berdebu Galilea dan Yudea dengan sikap menghina dan menjauhkan diri daripada orang berdosa. Dia tidak mengelak mereka. Tidak, Dia makan bersama-sama mereka.12 Dia membantu dan memberkati, mengangkat dan membina, dan menggantikan ketakutan dan rasa putus asa dengan harapan dan kegembiraan. Sebagai gembala yang benar, Dia mencari kita untuk memberi kelegaan dan harapan.13 Memahami rasa kasihan dan kasih-Nya membantu kita melatih iman dalam-Nya—untuk bertaubat dan disembuhkan.
Injil Yohanes mencatatkan kesan empati Juruselamat terhadap orang berdosa. Guru Taurat dan orang Farisi membawa seorang wanita tertangkap basah ketika berzina kepada Juruselamat. Penuduh secara tidak langsung mencadangkan agar wanita ini perlu direjam seperti dalam hukum Musa. Dalam jawapan kepada pertanyaan yang berterusan, Yesus akhirnya berkata kepada mereka, “Sesiapa di kalangan kamu yang tidak berdosa boleh melemparkan batu pertama untuk merejam dia.”
Penuduh meninggalkan tempat itu, “Akhirnya hanya Yesus dan wanita yang masih berdiri itu ada di sana.
“Apabila Yesus … hanya melihat wanita itu, Dia berkata kepadanya, Di manakah mereka? Tidak adakah orang yang menghukum kamu?
“Tidak ada, tuan” jawabnya. Dan Yesus berkata kepadanya, Aku pun tidak menghukum kamu. Pergilah dan janganlah berdosa lagi.”14
Pastinya, Juruselamat tidak membiarkan zina. Tetapi Dia juga tidak menghukum wanita itu. Dia menggalakkan wanita itu untuk memperbaharui hidupnya. Dia bermotivasi untuk berubah kerana rasa kasihan dan belas kasihan Juruselamat. Penterjemahan Alkitab Joseph Smith membuktikan penganutan wanita itu: “Dan wanita itu mengagungkan Tuhan dari waktu itu, dan percaya dalam nama-Nya.”15
Walaupun Tuhan berasa empati, kita tidak patut silap percaya bahawa Dia menerima dan berfikiran terbuka tentang dosa. Dia tidak. Juruselamat datang ke bumi untuk menyelamatkan kita daripada dosa kita dan, lebih pentingnya, tidak akan menyelamatkan kita dalam dosa kita.16 Seorang penyiasat mahir, Zezrom, pernah cuba memerangkap Amulek dengan bertanya: “Akankah [Mesias yang akan datang] menyelamatkan umat-Nya dalam dosa-dosa mereka? Dan Amulek menjawab dan berkata kepadanya: Aku berkata kepadamu bahawa Dia tidak akan, kerana mustahil bagi-Nya untuk menyangkal firman-Nya. … Dia tidak dapat menyelamatkan mereka dalam dosa-dosa mereka.”17 Amulek mengajar satu kebenaran asas bahawa untuk diselamatkan daripada dosa-dosa kita, kita mesti mengikuti “syarat-syarat pertaubatan,” yang melepaskan kuasa Penebus untuk menyelamatkan jiwa kita.18
Rasa kasihan, kasih, dan belas kasihan Juruselamat menarik kita kepada-Nya.19 Melalui Korban tebusan-Nya, kita tidak lagi berpuas hati dengan keadaan berdosa kita.20 Tuhan jelas dengan apa yang betul dan boleh diterima kepada-Nya dan apa yang salah dan berdosa. Ini bukan kerana Dia ingin mempunyai pengikut yang tidak berfikir panjang dan patuh. Tidak, Bapa Syurgawi kita ingin anak-anak-Nya berpengetahuan dan memilih dengan rela untuk menjadi seperti-Nya21 dan layak untuk kehidupan yang Dia kurniakan.22 Dengan berbuat demikian, anak-anak-Nya memenuhi takdir ilahi mereka dan menjadi waris kepada semua yang Dia ada.23 Kerana sebab ini, pemimpin Gereja tidak boleh mengubah perintah Tuhan atau ajaran bertentangan dengan kehendak-Nya, untuk apa yang senang atau popular.
Walau bagaimanapun, dalam usaha sepanjang hayat kita untuk mengikut Yesus Kristus, contoh kebaikan-Nya kepada mereka yang berdosa adalah terutamanya diberi ajaran. Kita, orang yang berdosa, mesti, seperti Juruselamat, menjangkau kepada orang lain dengan rasa kasihan dan kasih. Peranan kita juga adalah membantu dan memberkati, mengangkat dan membina, dan menggantikan ketakutan dan rasa putus asa dengan harapan dan kegembiraan.
Juruselamat menegur individu-individu yang berundur daripada orang lain yang mereka anggap tidak bersih dan menghakimi orang lain kerana dianggap berdosa lebih daripada diri mereka.24 Itu adalah ajaran yang Yesus berikan kepada “orang yang menghina orang lain, tetapi menganggap diri mereka baik.” Dia menceritakan perumpamaan ini:
“Dua orang pergi ke Rumah Tuhan untuk berdoa. Yang seorang orang Farisi dan yang seorang lagi pemungut cukai.
“Orang Farisi itu berdiri sendirian dan berdoa, ‘Aku bersyukur kepada-Mu, ya Tuhan, kerana aku tidak seperti orang yang lain yang tamak, suka menipu atau berzina. Aku bersyukur kerana aku tidak seperti pemungut cukai ini.
“Aku berpuasa dua kali seminggu dan aku mempersembahkan sepersepuluh daripada segala pendapatanku.’
“Tetapi pemungut cukai itu berdiri agak jauh dan tidak berani menengadah ke langit. Dia menebah dada kerana menyesal sambil berkata, ‘Ya Tuhan, kasihanilah hamba, orang berdosa ini!’”
Yesus kemudian berkata, “Percayalah, apabila mereka pulang ke rumah, pemungut cukailah yang diterima oleh Tuhan dan bukan orang Farisi itu. Setiap orang yang meninggikan diri akan direndahkan dan setiap orang yang merendahkan diri akan ditinggikan.”25
Pesanan ini jelas untuk kita: seorang berdosa yang bertaubat mendekat Tuhan lebih daripada seorang yang menganggap diri lebih soleh dan menghukum orang berdosa itu.
Sifat manusia untuk menganggap diri lebih soleh dan menghakimi juga ada dalam hari Alma. Apabila umat “mula menegakkan gereja dengan lebih sepenuhnya … gereja mula menjadi angkuh… [dan] umat gereja mula terangkat-angkat dalam keangkuhan pada mata mereka sendiri, … mereka mula mencemuh, satu terhadap yang lain, dan mereka mula menganiaya mereka yang tidak percaya menurut kehendak dan kesenangan mereka sendiri.”26
Penganiayaan ini dilarang secara khusus: “Sekarang, ada sebuah hukum yang ketat di kalangan umat gereja, bahawa kehendaknya tidak ada sesiapa pun, yang menganggotai gereja, bangkit dan menganiaya mereka yang tidak menganggotai gereja, dan bahawa hendaknya tidak ada penganiayaan di kalangan mereka sendiri.”27 Prinsip bimbingan Orang Suci Zaman Akhir adalah sama. Kita mesti tidak bersalah dalam menganiaya sesiapa di dalam atau di luar Gereja.
Mereka yang pernah dianiaya untuk apa-apa sebab tahu perasaan ketidakadilan dan ketaksuban. Semasa remaja yang tinggal di Eropah pada 1960-an, saya berasa saya telah berkali-kali dibuli kerana saya seorang rakyat Amerika dan ahli Gereja. Beberapa rakan sekolah melayan saya seperti saya bertanggungjawab untuk dasar luar negeri di Amerika. Saya juga dilayan seolah-olah agama saya adalah penghinaan kepada negara yang saya tinggal kerana ia berlainan daripada agama rasmi yang ditaja. Kemudian, di pelbagai negara di seluruh dunia, saya pernah melihat keburukan prasangka dan diskriminasi yang dialami oleh orang yang disasarkan kerana kaum atau etnik mereka.
Penganiayaan datang dalam pelbagai bentuk: ejekan, gangguan, buli, pengecualian, pengasingan, atau kebencian kepada orang lain. Kita mesti berwaspada terhadap ketaksuban yang menimbulkan suara yang buruk terhadap orang-orang yang mempunyai pandangan yang berbeza. Ketaksuban menyatakan dirinya, sebahagiannya, dalam keengganan untuk memberikan kebebasan sama bersuara.28 Semua orang, termasuk orang beragama, mempunyai hak untuk menyatakan pandangan mereka di dataran awam. Tetapi tidak ada seseorang pun yang mempunyai hak untuk membenci orang lain yang menyatakan pandangan mereka.
Sejarah Gereja memberi bukti yang cukup bagaimana ahli kita dilayan dengan kebencian dan ketaksuban. Betapa sedihnya jika kita melayan orang lain seperti mana kita dilayan. Juruselamat telah ajar, “Apa yang kamu ingin orang lain lakukan untuk kamu, lakukanlah hal itu untuk mereka.”29 Bagi kita yang meminta hormat, kita juga mesti hormat. Tambahan, penukaran hati tulen kita membawa “kelembutan hati dan kerendahan hati,” yang menjemput “Roh Kudus dan memenuhi kita dengan kasih yang sempurna,”30 satu “kasih ikhlas”31 untuk orang lain.
Gembala yang Baik kita tidak berubah dan mempunyai perasaan yang sama hari ini tentang dosa dan orang yang berdosa seperti pada masa Dia berada di bumi. Dia tidak berundur dari kita kerana kita berdosa, walaupun kadangkala Dia mesti berfikir, “Tetapi betapa banyak kuping domba ini!” Dia sangat mengasihi kita sehingga menyediakan jalan untuk bertaubat dan menjadi bersih supaya kita boleh kembali kepada-Nya dan Bapa Syurgawi kita.32 Dengan berbuat demikian, Yesus Kristus juga menunjukkan contoh untuk kita ikut—menunjuk hormat kepada semua dan tidak ada kebencian kepada sesiapa pun.
Sebagai pengikut-Nya, mari kita lebih mencerminkan kasih-Nya dan mengasihi satu sama lain secara terbuka dan sepenuh hati sehingga tidak ada orang yang berasa diabaikan, bersendirian, atau tidak ada harapan. Saya bersaksi bahawa Yesus Kristus adalah Gembala yang Baik kita, yang mengasihi kita. Dia mengenal kita dan mengorbankan nyawa untuk domba-Nya.33 Dia juga hidup untuk kita dan mahu kita mengenal-Nya dan beriman kepada-Nya. Saya mengasihi dan memuja-Nya, dan saya bersyukur untuk-Nya, dalam nama Yesus Kristus, amin.