2010–2019
Percaya kepada Tuhan dan Jangan Bersandar
April 2017


11:47

Percaya kepada Tuhan dan Jangan Bersandar

Kita boleh memusatkan hidup kita kepada Juruselamat dengan mengenali-Nya, dan Dia akan mengarah jalan kita.

Semasa saya berpergian di Asia, seorang saudari mendekati saya. Dia memeluk saya dan bertanya, “Adakah kamu benar-benar percaya bahawa Injil ini benar?” Saudari yang dikasihi, saya tahu ia benar. Saya percaya kepada Tuhan.

Dalam Amsal 3:5–6, kita membaca:

“Percayalah kepada Tuhan dengan sepenuh hatimu. Jangan bersandar kepada pengertianmu sendiri.

“Ingatlah akan Tuhan dalam segala perbuatanmu, dan Dia akan menunjukkan cara hidup yang baik kepadamu.”

Tulisan suci ini datang dengan dua peringatan, satu amaran, dan satu janji yang gemilang. Dua peringatan adalah: “Percayalah kepada Tuhan dengan sepenuh hatimu” dan “ingatlah akan Tuhan dalam segala perbuatanmu.” Amarannya: “Jangan bersandar kepada pengertianmu sendiri.” Dan janji yang gemilang: “Dia akan menunjukkan cara hidup yang baik kepadamu.”

Mari bincang tentang amarannya. Gambaran ini memberi banyak untuk direnungkan. Amaran datang dalam kata-kata “jangan bersandar”—“jangan bersandar kepada pengertianmu sendiri.” Dalam Bahasa Inggeris perkataan bersandar mempunyai makna bergerak ke satu sisi secara fizikal. Jika secara fizikal kita bersandar ke salah satu sisi, kita bergerak di luar pusat, menjadi tidak seimbang, dan jatuh. Jika secara rohani kita bersandar kepada pengertian diri sendiri, kita bersandar jauh dari Juruselamat kita. Jika kita sandar, kita tidak di pusat; kita tidak seimbang; kita tidak bertumpu kepada Kristus.

Saudari, ingatlah, bahawa dalam hidup pra-fana kita berdiri dengan Juruselamat. Kita mempercayai-Nya. Kita menyuarakan sokongan, semangat, dan kegembiraan kita untuk rancangan kegembiraan Bapa Syurgawi kita. Kita tidak bersandar. Kita berjuang dengan kesaksian kita dan “menyelaraskan diri kita dengan pasukan Tuhan, dan pasukan itu menang.”1 Pertempuran di antara baik dan jahat ini telah berpindah ke bumi. Sekali lagi kita mempunyai tanggungjawab kudus untuk berdiri sebagai saksi dan percaya kepada Tuhan.

Kita mesti bertanya: Bagaimana saya boleh tetap di pusat dan tidak bersandar kepada pengertian sendiri? Bagaimana saya boleh kenal dan ikut suara Juruselamat apabila suara dunia begitu menarik? Bagaimana saya boleh menanam kepercayaan dalam Juruselamat?

Saya ingin mencadangkan tiga cara untuk meningkatkan kepercayaan dan pengetahuan tentang Juruselamat. Anda akan mendapati prinsip-prinsip ini bukan baru, tetapi mereka adalah asas. Mereka dinyanyikan di setiap Sekolah Primer, diajar dalam ajaran Remaja Puteri, dan adalah jawapan kepada banyak soalan Lembaga Pertolongan. Mereka adalah prinsip-prinsip—yang memusatkan—bukan yang bersandar.

Pertama, kita boleh mengenali dan mempercayai Tuhan apabila kita “jamuilah diri dengan firman Kristus; kerana lihatlah, firman Kristus akan memberitahu kamu segalanya yang kamu harus lakukan.”2

Beberapa bulan lalu kita mengadakan kajian kitab keluarga. Cucu lelaki dua tahun saya duduk di atas riba saya semasa kita baca. Saya benar-benar suka menjadi nenek, terutamanya dengan kunjungan keluarga anak lelaki saya.

Saya menutup buku apabila kajian kitab kita selesai. Cucu lelaki saya tahu ia hampir masa tidur. Dia memandang ke saya dengan mata birunya dan berkata: “Lebih ayat suci, Nana.”

Cucu lelaki Sister Cordon

Anak lelaki saya, seorang bapa yang baik dan konsisten, memberi amaran, “Ibu, jangan menyerah kepada katanya. Dia sedang cuba mengelak masa tidur.”

Tetapi apabila cucu lelaki saya minta lebih ayat suci, kita membaca lebih ayat suci! Lebih ayat suci menerangi minda, menyuburkan roh, menjawab soalan, meningkatkan kepercayaan kepada Tuhan, dan bantu memusatkan hidup kita kepada-Nya. “Ingat untuk menyelidikinya dengan tekun, agar kamu boleh mendapat keuntungan daripadanya.”3

Kedua, kita boleh mengenali dan mempercayai Tuhan melalui doa. Ia adalah berkat untuk dapat berdoa kepada Tuhan kita! “Berdoalah kepada Bapa dengan sekuat tenaga hati.”4

Saya ada satu kenangan manis dari doa yang saya hargai. Salah satu cuti musim panas dari kolej, saya menerima satu pekerjaan di Texas. Saya perlu memandu beribu batu dari Idaho ke Texas dalam kereta lama saya, satu kereta yang saya namakan Vern. Vern penuh dengan barang sampai ke bumbung, dan saya bersedia untuk pengembaraan yang baru.

Dalam perjalanan keluar, saya memeluk ibu saya dan dia berkata, “Mari berdoa sebelum kamu pergi.”

Kita berlutut dan ibu mula berdoa. Dia merayu dengan Bapa Syurgawi untuk keselamatan saya. Dia berdoa untuk kereta saya yang tidak ada penghawa dingin, meminta supaya kereta akan berfungsi dengan baik. Dia meminta malaikat bersama saya sepanjang musim panas. Dia berdoa dan berdoa dan berdoa.

Kedamaian yang datang dari doa itu memberi saya keberanian untuk percaya kepada Tuhan dan tidak bersandar kepada pengertian saya sendiri. Tuhan mendorong jalan saya dalam kebanyakan keputusan yang saya buat pada musim panas itu.

Apabila kita membuat tabiat untuk menghampiri Bapa Syurgawi dalam doa, kita akan mengenali Juruselamat. Kita akan mempercayai-Nya. Keinginan kita menjadi lebih seperti keinginan-Nya. Kita akan mendapatkan berkat untuk diri kita dan orang lain yang Bapa Syurgawi sediakan hanya jika kita minta dalam iman.5

Ketiga, kita dapat mengenali Tuhan dan mempercayai-Nya apabila kita melayan orang lain. Saya berkongsi cerita yang berikut dengan kebenaran Amy Wright, yang memahami prinsip pelayanan walaupun sedang mengalami penyakit yang menakutkan dan mengancam nyawa. Amy menulis:

“Pada 29 Oktober , 2015, saya mendapat tahu saya mempunyai kanser. Kanser saya mempunyai 17 peratus kadar hidup. Peluang pemulihan saya tidak baik. Saya tahu saya akan melalui masa perjuangan hidup saya. Saya berazam untuk melaluinya dengan berani bukan hanya untuk diri saya tetapi, lebih pentingnya, untuk keluarga saya. Di Disember, saya bermula kemoterapi. Saya tahu tentang kesan sampingan ubat melawan kanser, tetapi saya tidak tahu ia mungkin untuk seseorang yang begitu sakit juga boleh hidup.

“Pada satu ketika, saya berkata kemoterapi adalah pelanggaran hak asasi manusia. Saya memberitahu suami bahawa saya sudah habis. Saya berhenti! Saya tidak mahu kembali ke hospital. Dalam kebijaksanaannya, suami saya mendengar dengan sabar dan menjawab, ‘Jika begitu, kita perlu cari seseorang untuk layan.’”

Apa? Adakah dia sudah lupa bahawa isterinya ada kanser dan tidak boleh tahan satu lagi hari dengan kesakitannya?

Amy terus menjelaskan: “Gejala-gejala saya secara bertahap memburuk sehingga saya hanya mempunyai satu atau dua hari ‘OK’ dalam sebulan di mana saya boleh berfungsi sebagai seorang manusia yang bernafas. Ia adalah pada hari-hari itu di mana keluarga kita akan mencari jalan untuk melayan.”

Pada salah satu hari itu, keluarga Amy mengedarkan kit kemo kepada pesakit lain, kit dipenuhi dengan barangan yang menghiburkan dan membantu melegakan gejala. Apabila Amy tidak boleh tidur, dia akan memikirkan cara untuk menghiburkan hari seseorang. Beberapa cara adalah besar, tetapi kebanyakannya hanya nota kecil atau teks pesanan galakan dan kasih. Pada malam kesakitannya yang terlalu besar untuk tidur, dia akan baring di katil dengan iPadnya dan mencari tatacara Injil yang perlu diselesaikan bagi pihak nenek moyangnya yang sudah meninggal dunia. Secara ajaib, kesakitannya akan reda, dan dia boleh menanggungnya.

“Pelayanan,” Amy bersaksi, “menyelamatkan saya. Saya mendapati kekuatan saya untuk terus ke hadapan apabila saya menemui kegembiraan dalam usaha melegakan penderitaan orang di sekeliling saya. Saya mengalu-alukan projek pelayanan kita dengan kegembiraan yang besar. Sampai ke hari ini ia seolah-olah seperti satu paradoks yang aneh. Anda mungkin berfikir bahawa seseorang yang botak, diracun, dan berjuang untuk hidupnya adalah wajar dalam berfikir bahawa ‘sekarang ia adalah semua tentang saya.’ Tetapi, apabila saya berfikir tentang saya, situasi saya, kesakitan dan penderitaan saya, dunia menjadi gelap dan menyedihkan. Apabila tumpuan saya adalah orang lain, terdapat cahaya, harapan, kekuatan, keberanian, dan kegembiraan. Saya tahu ini mungkin kerana sokongan, penyembuhan, dan kuasa Korban Tebusan Yesus Kristus.”

Amy mula percaya kepada Tuhan apabila Dia mula mengenali-Nya. Jika dia bersandar sedikit kepada pengertiannya sendiri, dia mungkin akan menolak idea untuk dia melayan. Pelayanan membolehkan dia menanggung kesakitan dan kesengsaraannya dan hidup mengikut ayat suci ini: “Apabila kamu berada dalam pelayanan sesamamu, kamu semata-mata dalam pelayanan Tuhanmu.”6

Yesus Kristus telah mengatasi dunia. Dan kerana-Nya, kerana Korban tebusan-Nya, kita semua mempunyai sebab besar untuk percaya, dengan pengetahuan akhirnya semua akan berjalan lancar.

Saudari, setiap seorang daripada kita boleh percaya kepada Tuhan dan tidak bersandar. Kita boleh memusatkan hidup kita kepada Juruselamat dengan mengenali-Nya, dan Dia akan mengarah jalan kita.

Kita berada di bumi untuk menunjukkan kepercayaan yang sama kepada Tuhan yang membenarkan kita berdiri dengan Yesus Kristus pada masa Dia berkata, “Di sinilah Aku, utuslah Aku.”7

Kristus dan Penciptaan

Saudari saya yang dikasihi, Presiden Thomas S. Monson bersaksi bahawa “berkat kita yang dijanjikan tidak dapat diukur. Walaupun awan ribut berkumpul, hujan mencurah ke atas kita, pengetahuan Injil dan kasih kita terhadap Bapa Syurgawi dan Juruselamat kita akan menghibur dan menyokong kita … apabila kita hidup soleh. … Tidak ada apa-apa di dunia ini yang boleh mengalahkan kita.”8

Saya menambahkan kesaksian saya kepada kesaksian nabi terkasih kita. Jika kita mempercayai Bapa Syurgawi dan Juruselamat kita dan tidak bersandar kepada pengertian kita sendiri, Mereka akan mendorong jalan kita dan memanjangkan tangan belas kasihan kepada kita. Dalam nama Yesus Kristus, amin.

Nota: Pada 01 April 2017, Sister Cordon dilepaskan sebagai Penasihat Kedua dalam Presidensi Sekolah Primer dan dipanggil sebagai Penasihat Pertama.