Kitab Suci
Ajaran dan Perjanjian 129


Bahagian 129

Panduan-panduan yang diberikan oleh Nabi Joseph Smith, di Nauvoo, Illinois, 9 Februari 1843, mendedahkan tiga kunci utama yang melaluinya ciri-ciri sebenar bagi pelayanan malaikat dan roh dapat dibezakan.

1–3, Adanya tubuh yang dibangkitkan dan tubuh roh di dalam syurga; 4–9, Kunci-kunci diberikan yang dengannya para utusan dari sebalik tirai boleh dikenalpasti.

1 Ada dua jenis makhluk di dalam syurga, iaitu: Malaikat, yang merupakan makhluk yang telah dibangkitkan, memiliki tubuh dari daging dan tulang—

2 Misalnya, Yesus berfirman: Peganglah Aku dan lihatlah, kerana roh tidak memiliki daging dan tulang, seperti kamu lihat Aku miliki.

3 Kedua: roh-roh manusia soleh yang dijadikan sempurna, mereka yang tidak dibangkitkan, tetapi mewarisi kemuliaan yang sama.

4 Apabila seorang utusan datang mengatakan dia mempunyai sebuah pesanan daripada Tuhan, tawarkanlah tanganmu kepadanya dan mintalah dia untuk berjabat tangan denganmu.

5 Jika dia adalah seorang malaikat dia akan melakukan demikian, dan kamu akan merasakan tangannya.

6 Jika dia adalah roh manusia soleh yang dijadikan sempurna dia akan datang dalam kemuliaannya; kerana itulah satu-satunya cara dia dapat menunjukkan diri—

7 Mintalah dia untuk berjabat tangan denganmu, tetapi dia tidak akan bergerak, kerana itu adalah bertentangan dengan aturan syurga bagi manusia soleh untuk memperdaya; tetapi dia masih akan menyampaikan pesanannya.

8 Jika ia merupakan iblis sebagai malaikat cahaya, apabila kamu meminta dia untuk berjabat tangan dia akan menawarkan kepadamu tangannya, dan kamu tidak akan merasakan apa pun; dengan itu kamu dapat mengenalinya.

9 Inilah tiga kunci utama yang dengannya kamu boleh mengetahui apa-apa pun pelayanan daripada Tuhan.