Kitab Suci
Ajaran dan Perjanjian 48


Bahagian 48

Wahyu yang diberikan melalui Nabi Joseph Smith, di Kirtland, Ohio, 10 Mac 1831. Nabi telah bertanya kepada Tuhan tentang langkah-langkah untuk membeli tanah untuk tempat tinggal para Orang Suci. Ini adalah hal yang penting disebabkan penghijrahan para anggota Gereja dari sebelah timur Amerika Syarikat, dalam kepatuhan pada perintah Tuhan agar mereka harus berhimpun di Ohio (lihat bahagian 37:1–3; 45:64).

1–3, Para Orang Suci di Ohio mesti berkongsikan tanah mereka dengan saudara-saudara mereka; 4–6, Para Orang Suci mesti membeli tanah, membangunkan sebuah kota, dan mengikuti nasihat para pemimpin utama mereka.

1 Adalah perlu bahawa kamu harus tetap tinggal pada waktu sekarang ini di tempat-tempat tinggalmu, sebagaimana ia sesuai untuk keadaanmu.

2 Dan sejauh kamu memiliki tanah, kamu harus memberikan kepada saudara-saudara dari sebelah timur.

3 Dan sejauh kamu tidak memiliki tanah, biarlah mereka membeli pada waktu sekarang ini di wilayah-wilayah di sekitar, seperti yang kelihatannya baik bagi mereka, kerana adalah perlu bahawa mereka memiliki tempat untuk tinggal pada waktu sekarang ini.

4 Adalah perlu bahawa kamu menabung semua wang yang kamu boleh, dan bahawa kamu mendapatkan semua yang kamu boleh dalam kebenaran, agar sampai waktunya kamu dapat membeli tanah untuk warisan, bahkan kota itu.

5 Tempat itu belum lagi didedahkan; tetapi selepas saudara-saudaramu datang dari timur akan ada orang-orang tertentu yang akan dilantik, dan kepada mereka akan diberikan untuk mengetahui tempat itu, atau kepada mereka ia akan diwahyukan.

6 Dan mereka akan dilantik untuk membeli tanah, dan membuat permulaan untuk meletakkan landasan kota; dan kemudian kamu akan mula dikumpulkan bersama keluarga-keluargamu, setiap orang menurut keluarganya, menurut keadaannya, dan sebagaimana ditetapkan kepadanya oleh presidensi dan uskup gereja, menurut hukum-hukum dan perintah yang telah kamu terima, dan yang akan kamu terima selepas ini. Demikianlah. Amin.