Kitab Suci
Ajaran dan Perjanjian 74


Bahagian 74

Wahyu yang diberikan kepada Nabi Joseph Smith, di Wayne, County, New York, di 1830. Sebelum mengorganisasikan Gereja, pertanyaan tertimbul tentang cara yang sesuai bagi pembaptisan, mendorong Nabi mencari jawapan mengenai pertanyaan tersebut. Sejarah Joseph Smith menyatakan bahawa wahyu ini merupakan penjelasan 1 Korintus 7:14, sebuah ayat suci yang sering digunakan untuk mempersolehkan pembaptisan bayi.

1–5, Paulus menasihatkan para jemaah Gereja pada zamannya untuk tidak mentaati hukum Musa; 6–7, Anak-anak kecil adalah kudus dan dikuduskan melalui Korban Tebusan.

1 Kerana suami yang tidak percaya dikuduskan oleh isteri, dan isteri yang tidak percaya dikuduskan oleh suami; Jikalau tidak anak-anakmu tidak bersih, tetapi sekarang mereka kudus.

2 Sekarang, pada zaman para rasul hukum sunat dilaksanakan di kalangan semua bangsa Yahudi yang tidak mempercayai Injil Yesus Kristus.

3 Dan terjadilah bahawa timbul suatu pertikaian besar di antara orang-orang itu mengenai hukum sunat, kerana suami yang tidak percaya menginginkan agar anak-anaknya disunat dan menjadi patuh pada hukum Musa, yang mana hukum itu telah digenapi.

4 Dan terjadilah bahawa anak-anak itu, telah dididik dalam kepatuhan pada hukum Musa, mendengarkan adat resam nenek moyang mereka dan tidak mempercayai Injil Kristus, yang dengannya mereka menjadi tidak kudus.

5 Kerana itu, untuk tujuan ini rasul itu menulis kepada gereja, memberikan kepada mereka sebuah perintah, bukan daripada Tuhan, tetapi daripada dirinya sendiri, bahawa orang yang percaya seharusnya tidak disatukan dengan orang yang tidak percaya; kecuali hukum Musa akan diakhiri di kalangan mereka,

6 Agar anak-anak mereka boleh tetap tanpa sunat; dan agar adat resam itu boleh diakhiri, yang mengatakan bahawa anak-anak kecil tidak kudus; kerana ia dilaksanakan di kalangan bangsa Yahudi;

7 Tetapi anak-anak kecil adalah kudus, dikuduskan melalui korban tebusan Yesus Kristus; dan inilah yang tulisan suci maksudkan.