2010–2019
Saya Akan Membawa Cahaya Injil ke dalam Rumah Saya
Oktober 2016


11:57

Saya Akan Membawa Cahaya Injil ke dalam Rumah Saya

Kita boleh membawa cahaya Injil ke dalam rumah, sekolah, dan tempat kerja kita jika kita mencari dan mengongsi perkara positif tentang orang lain.

Sebagai sambutan kepada jemputan Sister Linda K. Burton pada persidangan umum April,1 ramai daripada anda telah melibatkan diri dalam tindakan kasih ihsan yang bertimbang rasa dan murah hati yang bertumpu kepada keperluan pelarian di dalam kawasan tempatan anda. Dari usaha satu-satu kepada program luas komuniti, tindakan-tindakan itu adalah hasil dari kasih sayang. Apabila anda telah berkongsi masa, bakat, dan sumber, hati anda dan hati pelarian telah diringankan. Pembinaan harapan dan iman dan juga kasih sayang yang besar di antara penerima dan pemberi adalah hasil tulus kasih ihsan.

Nabi Moroni memberitahu kita bahawa kasih ihsan adalah ciri yang penting untuk mereka yang akan hidup bersama Bapa Syurgawi di kerajaan selestial. Dia menulis, “Dan kecuali kamu memiliki kasih ihsan kamu tidak akan sekali-kali dapat diselamatkan di dalam kerajaan Tuhan.”2

Pastinya, Yesus Kristus adalah penjelmaan sempurna kasih ihsan. Pemberian prafana-Nya untuk menjadi Juruselamat kita, interaksi-Nya di sepanjang kehidupan fana-Nya, kurnia Korban Tebusan-Nya, usaha berterusan-Nya untuk membawa kita kembali kepada Bapa Syurgawi kita adalah ungkapan tertinggi untuk kasih ihsan. Dia beroperasi dengan fokus yang tunggal: kasih sayang untuk Bapa-Nya ditunjukkan melalui kasih sayang-Nya kepada kita masing-masing. Apabila ditanya mengenai perintah yang paling utama, Yesus menjawab:

“Kasihilah Tuhanmu dengan sepenuh hatimu, dengan segenap jiwamu dan dengan seluruh akalmu.

“Inilah perintah yang terutama dan yang terpenting.

“Perintah kedua sama pentingnya dengan yang pertama.”3

Satu cara yang paling penting yang kita boleh memperkembangkan dan menunjukkan kasih sayang kepada jiran kita adalah dengan bermurah hati dengan fikiran dan kata-kata kita. Beberapa tahun yang lalu, seorang kawan yang dihargai berkata, “Kasih ihsan yang paling besar adalah menahan penghakiman.”4 Ia masih benar pada hari ini.

Baru-baru ini, apabila Alyssa yang berumur tiga tahun menonton wayang dengan adik beradiknya, dia berkata dengan hairan, “Ibu, ayam itu pelik!”

Ibunya melihat skrin itu dan menjawab dengan senyuman, “Anakku, itu ialah merak.”

Seperti anak tiga tahun yang tidak mengetahui itu, kita kadangkala melihat orang lain dengan pemahaman yang tidak betul atau tidak lengkap. Kita mungkin bertumpu kepada perbezaan dan melihat kekurangan dalam mereka di sekeliling kita manakala Bapa Syurgawi melihat anak-anak-Nya, dicipta dalam imej kekal-Nya, dengan potensi yang agung dan gemilang.

Presiden James E. Faust diingati dengan mengatakan, “Semakin saya bertambah tua, semakin kurang saya menghakimi.”5 Itu mengingatkan saya tentang pemerhatian Rasul Paulus:

“Semasa aku masih kanak-kanak, aku bercakap, bersifat, dan berfikir seperti kanak-kanak. Tetapi sekarang setelah dewasa, aku tidak lagi berkelakuan seperti kanak-kanak.

“Tuhan yang kita lihat sekarang ini hanya seperti bayangan kabur pada cermin muka. Tetapi kelak kita akan melihat-Nya dengan jelas.Sekarang apa yang aku ketahui belum lengkap, tetapi kelak aku akan mengetahui semuanya seperti Tuhan mengetahui segala sesuatu tentang diriku.”6

Apabila kita melihat ketidaksempurnaan diri kita dengan lebih jelas, kita kurang cenderung untuk melihat orang lain “melalui bayangan kabur pada cermin muka.” Kita mahu menggunakan cahaya Injil untuk melihat orang lain seperti Juruselamat—dengan rasa kasihan, harapan, dan kasih ihsan. Hari akan datang apabila kita akan mempunyai pemahaman yang penuh mengenai hati orang lain dan akan bersyukur untuk belas kasihan yang dilanjutkan kepada kita—seperti kita melanjutkan fikiran dan kata-kata kasih ihsan kepada orang lain dalam kehidupan ini.

Beberapa tahun yang lalu, saya pergi berkanu dengan sekumpulan remaja puteri. Tasik biru dikelilingi dengan kehijauan, bukit berhutan dan gunung batu memberikan pemandangan yang indah. Air berkilau pada dayung kami apabila kami mencelupnya ke dalam air yang jernih, dan matahari bersinar hangat ketika kami bergerak dengan lancar di seluruh tasik.

Bagaimanapun, awan mula menggelapkan langit, dan angin sengit mula bertiup. Untuk membuat apa-apa kemajuan, kami perlu menggali jauh ke dalam air, mendayung tanpa berhenti. Selepas beberapa jam yang melelahkan, kami akhirnya berbelok dan mendapati bahawa angin sedang bertiup dalam arah yang kami hendak pergi.

Dengan segera kami mengambil kesempatan kurnia ini. Kami menarik keluar satu tarp kecil dan ikat dua sudutnya kepada pemegang dayung dan sudut yang lain diikat kepada kaki suami saya, di mana dia panjangkan ke atas bibir perahu kanu itu. Layar yang dibuat secara spontan itu menggelembung ditiup angin, dan kita mula belayar!

Apabila remaja puteri dalam kanu yang lain melihat bagaimana kami mula bergerak dengan mudah, mereka dengan cepat membuat layar mereka sendiri. Hati kami ringan dengan gelak ketawa dan kelegaan, kesyukuran untuk rehat dari cabaran hari itu.

Angin gemilang itu boleh menjadi pujian ikhlas seorang kawan, ucapan ceria seorang ibu atau bapa, persetujuan seorang adik beradik, atau senyuman seorang pekerja atau teman sekelas, semua membekalkan “angin pada layar kita” apabila kita bertempur dengan cabaran-cabaran kehidupan! Presiden Thomas S. Monson berkata dalam cara ini: “Kita tidak boleh mengarahkan angin, tetapi kita boleh menyesuaikan layar. Untuk kegembiraan, kedamaian, dan kepuasan yang maksimum, marilah kita memilih sikap yang positif.”7

Kata-kata mempunyai kuasa yang menakjubkan, kedua-dua untuk membina dan meruntuhkan. Kita semua mungkin boleh mengingati kata-kata negatif yang meruntuhkan kita dan kata-kata lain yang diucapkan dengan kasih sayang yang meningkatkan roh kita. Membuat pilihan untuk hanya mengucapkan yang positif mengenai—dan kepada—orang lain membangunkan dan menguatkan mereka di sekeliling kita dan membantu orang lain mengikut jalan Juruselamat.

Jahitan suji bilang kata-kata “Saya akan membawa cahaya Injil ke dalam rumah saya”

Semasa seorang anak kecil Sekolah Primer, saya bekerja dengan tekun untuk membuat jahitan suji bilang kata-kata, “Saya akan membawa cahaya Injil ke dalam rumah saya.” Pada petang satu hari minggu semasa kami anak gadis sedang membuat jahitan suji bilang, cikgu kami memberitahu tentang cerita seorang anak gadis yang tinggal di atas bukit di satu sisi lembah. Pada setiap petang yang lewat dia memerhatikan pada bukit bertentangan dari lembah sebuah rumah yang mempunyai tingkap emas yang bersinar. Rumahnya kecil dan agak lusuh, dan gadis itu bermimpi untuk tinggal di dalam rumah cantik itu yang mempunyai tingkap emas.

Satu hari gadis itu diberi kebenaran untuk menunggang basikalnya ke lembah. Dia menunggang dengan bersemangat sehingga sampai ke rumah bertingkap emas itu yang dia telah kagumi untuk masa yang lama. Tetapi setelah meletakkan basikalnya, dia lihat bahawa rumah itu telah ditinggalkan dan hampir musnah, dengan rumpai tinggi dan tingkap yang tidak menarik dan kotor. Dengan rasa sedih hati, gadis itu pulang ke rumah. Dia kehairanan apabila melihat sebuah rumah yang bersinar dengan tingkap emas pada bukit di sebelah lembah dan menyedari bahawa itu adalah rumahnya sendiri!8

Kadangkala, seperti gadis muda ini, kita melihat apa yang orang lain ada atau keperibadian mereka dan rasa bahawa kita kurang dalam perbandingan. Kita mula bertumpu kepada versi kehidupan Pinterest atau Instagram atau tersangkut dalam keasyikan terhadap pertandingan di sekolah atau tempat kerja. Bagaimanapun, apabila kita mengambil masa untuk “mengira berkat-berkat banyak [kita],”9 kita melihat dengan perspektif yang lebih benar dan mengenali kebaikan Tuhan kepada semua anak-anak-Nya.

Sama ada kita berumur 8 atau 108, kita boleh membawa cahaya Injil ke dalam persekitaran kita, sama ada ia di flat bangunan tinggi di Manhattan, di rumah Melayu di Malaysia, atau di dalam yurt di Mongolia. Kita boleh menentukan untuk melihat yang baik di dalam orang lain dan dalam keadaan di sekeliling kita. Wanita yang muda dan tidak berapa muda di mana mana boleh menunjukkan kasih ihsan apabila mereka memilih untuk menggunakan kata-kata yang membina keyakinan dan iman di dalam orang lain.

Elder Jeffrey R. Holland memberitahu tentang seorang lelaki muda yang diejek oleh rakan-rakannya pada tahun-tahun sekolahnya. Beberapa tahun kemudian dia berpindah, menyertai tentera, menerima pendidikan, dan menjadi aktif di dalam Gereja. Detik masa kehidupan dia ini ditandakan dengan pengalaman kejayaan yang indah.

Selepas beberapa tahun dia kembali ke kampung halamannya. Bagaimanapun, orang ramai enggan mengakui pertumbuhan dan peningkatannya. Kepada mereka, dia masih “orang itu” yang lama, dan mereka melayan dia dalam cara itu. Akhirnya, lelaki baik ini pudar kepada bayang-bayang dirinya yang berjaya tanpa dapat menggunakan bakatnya yang menakjubkan untuk memberkati mereka yang mempersendakan dan menolaknya sekali lagi.10 Apa kerugian, kedua-dua untuk dirinya dan masyarakat itu!

Rasul Petrus mengajar, “Inilah perkara yang terpenting: Kamu harus saling mengasihi dengan sepenuh hati, kerana jika kamu saling mengasihi, kamu juga bersedia untuk saling mengampuni.”11 Kasih ihsan bersungguh-sungguh bermakna “sepenuh hati” ditunjukkan dengan melupakan kesilapan dan sandungan orang lain bukannya menyimpan dendam atau mengingatkan diri kita dan orang lain ketidaksempurnaan pada masa yang lalu.

Tanggungjawab kita adalah untuk menyokong peningkatan dalam setiap orang apabila kita berusaha untuk menjadi lebih seperti Juruselamat kita, Yesus Kristus. Ia amat menggembirakan untuk melihat cahaya dalam mata seseorang yang telah memahami Korban Tebusan Yesus Kristus dan sedang membuat perubahan yang benar dalam kehidupan mereka! Para mubaligh yang telah merasai kegembiraan melihat penganut baru memasuki air pembaptisan dan kemudian memasuki pintu bait suci adalah saksi-saksi kepada berkat membolehkan—dan menggalakkan —orang lain untuk berubah. Para ahli Gereja yang mengalu-alukan penganut baru yang dianggap sebagai calon tidak mungkin untuk kerajaan mendapati kepuasan besar dalam membantu mereka merasai kasih sayang Tuhan. Keindahan Injil Yesus Kristus adalah realiti perkembangan yang kekal—kita bukan sahaja dibenarkan untuk berubah menjadi lebih baik tetapi juga digalakkan, dan juga diperintahkan, untuk menerus dalam usaha bertambah baik dan, akhirnya, kesempurnaan.

Presiden Thomas S. Monson menasihatkan: “Dalam seratus cara yang kecil, anda semua memakai mantel kasih ihsan. … Dengan tidak menghakimi [atau] mengkritik [satu] sama lain, marilah kita mempunyai kasih suci Kristus untuk para pengembara dalam perjalanan kehidupan ini. Marilah kita mengenali bahawa kita masing-masing sedang melakukan yang terbaik dalam menghadapi cabaran yang datang kepada [mereka], dan marilah kita berusaha untuk membuat yang terbaik dalam memberi bantuan.”12

Kasih ihsan, adalah sabar, baik hati, dan berpuas hati. Kasih ihsan meletakkan orang lain pertama, adalah rendah hati, mempunyai kawalan diri, melihat yang baik dalam orang lain, dan bersukacita apabila seseorang berjaya.13

Sebagai saudari (dan saudara) di Sion, adakah kita akan membuat komitmen untuk “semua bekerja bersama … membuat apa-apa yang lembut dan bersifat manusia, untuk menghiburkan dan memberkati dalam nama [Juruselamat]”?14 Bolehkah kita, dengan kasih sayang dan harapan yang tinggi, cari dan memeluk keindahan dalam orang lain, memberi masa dan menggalakkan kemajuan? Bolehkah kita bersukacita dalam pencapaian orang lain sambil terus bekerja terhadap kemajuan diri sendiri?

Ya, kita boleh membawa cahaya Injil ke dalam rumah kita, sekolah, dan tempat kerja jika kita cari dan berkongsi perkara positif mengenai orang lain dan biarkan yang kurang sempurna pudar. Kesyukuran mengisi hati saya apabila saya berfikir tentang pertaubatan yang Juruselamat, Yesus Kristus kita, telah dibuat mungkin untuk kita semua yang telah berdosa di dalam dunia yang tidak sempurna dan kadangkala sukar!

Saya memberi kesaksian bahawa apabila kita mengikuti contoh-Nya, kita boleh menerima kurnia kasih ihsan, yang akan membawa kegembiraan yang besar dalam kehidupan ini dan berkat kehidupan abadi bersama Bapa kita yang dijanjikan. Dalam nama Yesus Kristus, amin.

Nota

  1. Lihat Linda K. Burton, “Ketika Aku Orang Asing,” Liahona, Mei 2016, 13–15.

  2. Moroni 10:21.

  3. Matius 22:37–39.

  4. Sandra Rogers, “Hearts Knit Together,” dalam Hearts Knit Together: Ucapan-ucapan dari Persidangan Wanita 1995, (1996), 7.

  5. James E. Faust, in Dallin H. Oaks, “‘Judge Not’ and Judging,” Ensign, Ogos. 1999, 13.

  6. 1 Korintus 13:11–12.

  7. Thomas S. Monson, “Living the Abundant Life,” Liahona, Jan. 2012, 4.

  8. Diadaptasikan daripada Laura E. Richards, The Golden Windows: A Book of Fables for Young and Old (1903), 1–6.

  9. “Count Your Blessings,” Hymns, no. 241.

  10. Lihat Jeffrey R. Holland, “The Best Is Yet to Be,” Liahona, Jan. 2010, 18–19.

  11. 1 Petrus 4:8.

  12. Thomas S. Monson, “Charity Never Faileth,” Liahona, Nov. 2010, 125.

  13. Lihat 1 Korintus 13:4–6.

  14. “As Sisters in Zion,” Hymns, no. 309; penekanan ditambah.