Bahagian 13
Sebuah petikan daripada sejarah Joseph Smith menceritakan pentahbisan Nabi dan Oliver Cowdery pada Imamat Harun berdekatan Harmony, Pennsylvania, 15 Mei 1829. Pentahbisan dilakukan oleh tangan seorang malaikat yang memperkenalkan dirinya sebagai Yohanes, orang yang sama yang disebut Yohanes Pembaptis dalam Perjanjian Baru. Malaikat itu menjelaskan bahawa dia bertindak di bawah arahan Petrus, Yakobus, dan Yohanes, para Rasul zaman dahulu, yang memegang kunci-kunci imamat yang lebih tinggi, yang disebut Imamat Melkisedek. Janji diberikan kepada Joseph dan Oliver bahawa pada waktu yang tepat imamat yang lebih tinggi ini akan dianugerahkan ke atas diri mereka. (Lihat bahagian 27:7–8, 12.)
Kunci-kunci dan kuasa Imamat Harun dinyatakan.
1 Ke atas dirimu para hamba sesamaku, di dalam nama Mesias aku menganugerahkan Imamat Harun, yang memegang kunci-kunci pelayanan para malaikat, dan Injil pertaubatan, dan pembaptisan melalui pencelupan untuk pengampunan dosa-dosa; dan ini tidak akan pernah diambil lagi dari bumi, sehingga anak-anak lelaki Lewi mempersembahkan lagi suatu persembahan kepada Tuhan dalam kesolehan.