Bahagian 4
Wahyu yang diberikan melalui Nabi Joseph Smith kepada ayahnya, Joseph Smith Sr., di Harmony, Pennsylvania, Februari 1829.
1–4, Pelayanan yang gagah berani menyelamatkan para pelayan rohani Tuhan; 5–6, Sifat ketuhanan melayakkan mereka memenuhi syarat untuk pelayanan tersebut; 7, Hal-hal daripada Tuhan mestilah dicari.
1 Sekarang, lihatlah, sebuah pekerjaan yang menakjubkan hampir tiba di kalangan anak-anak manusia.
2 Oleh itu, Wahai kamu yang bermula dalam pelayanan Tuhan, pastikanlah kamu melayani-Nya dengan sepenuh hati, daya, fikiran dan kekuatanmu, agar kamu boleh berdiri tanpa salah di hadapan Tuhan pada hari terakhir.
3 Oleh itu, jika kamu memiliki hasrat untuk melayani Tuhan kamu dipanggil pada pekerjaan itu;
4 Kerana lihatlah ladang telah memutih sedia untuk dituai; dan lihatlah, dia yang menghayunkan sabitnya dengan dayanya, orang yang sama menyimpan dalam persediaan agar dia tidak binasa, tetapi membawa keselamatan pada jiwanya;
5 Dan iman, harapan, kasih ihsan dan kasih sayang, dengan tumpuan matamu satu-satunya pada kemuliaan Tuhan, melayakkan dia untuk pekerjaan itu.
6 Ingatlah iman, kehemahan, pengetahuan, kesederhanaan, kesabaran, kebaikan dalam persaudaraan, ketuhanan, kasih ihsan, kerendahan hati, ketekunan.
7 Mintalah, dan kamu akan menerima; ketuklah, dan akan dibukakan bagimu. Amin.