Kitab Suci
Ajaran dan Perjanjian 95


Bahagian 95

Wahyu yang diberikan melalui Nabi Joseph Smith, di Kirtland, Ohio, 1 Jun 1833. Wahyu ini adalah sambungan dari arahan ilahi untuk membina sebuah rumah untuk penyembahan dan bimbingan, rumah Tuhan (lihat bahagian 88:119–136).

1–6, Para Orang Suci ditegur kerana kelalaian mereka untuk membina rumah Tuhan; 7–10, Tuhan berhasrat menggunakan rumah-Nya untuk menganugerahi umat-Nya dengan kuasa dari syurga; 11–17, Rumah itu harus didedikasikan sebagai sebuah tempat penyembahan dan untuk sekolah para Rasul.

1 Sesungguhnya, demikianlah firman Tuhan kepada kamu yang Aku kasihi, dan kamu yang Aku kasihi juga Aku teguri agar dosa-dosa mereka dapat diampunkan, kerana dengan teguran Aku menyediakan sebuah jalan bagi pembebasan mereka dalam segala hal keluar dari godaan, dan Aku telah mengasihimu—

2 Kerana itu, kamu mestilah perlu ditegur dan berdiri diherdik di hadapan muka-Ku;

3 Kerana kamu telah berdosa terhadap-Ku suatu dosa yang sangat menyedihkan, dimana kamu belum menimbangkan perintah yang besar dalam semua hal, yang telah Aku berikan kepadamu tentang pembinaan rumah-Ku;

4 Bagi persiapan yang telah Aku rancangkan untuk menyediakan para rasul-Ku memangkas kebun anggur-Ku untuk kali terakhir, agar Aku boleh melaksanakan tindakan-Ku yang ajaib, agar Aku boleh mencurahkan Roh-Ku ke atas semua manusia—

5 Tetapi lihatlah, sesungguhnya Aku berfirman kepadamu, bahawa ada banyak orang yang telah ditahbiskan di kalangan kamu, yang telah Aku panggil tetapi sedikit daripada mereka yang terpilih.

6 Mereka yang tidak terpilih telah berdosa suatu dosa yang sangat menyedihkan, dimana mereka berjalan dalam kegelapan pada siang hari.

7 Dan untuk tujuan ini Aku memberi kepadamu sebuah perintah bahawa kamu harus mengadakan perhimpunan khusyukmu, agar puasa dan duka nestapamu dapat naik ke dalam telinga Tuhan Sabaot, yang menurut penafsiran, pencipta hari pertama, yang awal dan yang akhir.

8 Ya, sesungguhnya Aku berfirman kepadamu, Aku memberi kepadamu sebuah perintah agar kamu harus membangunkan sebuah rumah, yang di dalam rumah itu Aku merancang untuk menganugerahi mereka yang telah Aku pilih dengan kuasa dari syurga;

9 Kerana inilah janji Bapa kepadamu; oleh kerana itu Aku memerintahkanmu untuk tinggal, bahkan seperti para rasul-Ku di Yerusalem.

10 Walaupun demikian, para hamba-Ku berdosa suatu dosa yang sangat menyedihkan; dan pertikaian timbul di dalam sekolah para nabi; yang adalah sangat menyedihkan bagi-Ku, firman Tuhanmu; oleh kerana itu Aku mengutuskan mereka untuk dihukum.

11 Sesungguhnya Aku berfirman kepadamu, adalah merupakan kehendak-Ku bahawa kamu harus membina sebuah rumah. Jika kamu mentaati perintah-perintah-Ku kamu akan memiliki kuasa untuk membinanya.

12 Jika kamu tidak mentaati perintah-perintah-Ku, kasih Bapa tidak akan terus bersamamu, oleh kerana itu kamu akan berjalan dalam kegelapan.

13 Sekarang, inilah kebijaksanaan, dan fikiran Tuhan—biarlah rumah itu dibina, bukan menurut cara duniawi, kerana Aku tidak memberi kepadamu bahawa kamu harus hidup menurut cara duniawi;

14 Oleh kerana itu, biarlah ia dibina menurut cara yang akan Aku tunjukkan kepada tiga orang daripada kamu, mereka yang akan kamu tetapkan dan tahbiskan pada kuasa ini.

15 Dan saiznya seharusnya lima puluh lima kaki lebar, dan biarlah panjangnya enam puluh lima kaki, di bahagian ruangan dalamnya.

16 Dan biarlah tingkat bawah bahagian ruangan dalam didedikasikan kepada-Ku untuk persembahan sakramenmu, dan untuk pengkhutbahanmu, dan puasamu, dan doamu, dan untuk persembahan hasratmu yang paling kudus kepada-Ku, firman Tuhanmu.

17 Dan biarlah tingkat atas bahagian ruangan dalam didedikasikan kepada-Ku untuk sekolah para rasul-Ku, firman Putera Ahman; atau, dengan perkataan lain, Alfus; atau, dengan perkataan lain, Omegus; bahkan Yesus Kristus Tuhanmu. Amin.