Asas Abadi Kasih
Kasih Bapa Syurgawi bagi setiap anak-Nya adalah benar. Dia berada di sisi setiap anaknya.
Asas abadi kasih dinyatakan dengan mematuhi dua perintah besar: kasihi Tuhan dengan sepenuh hati, jiwa, minda dan kekuatan dan kasihi sesama manusia seperti diri anda.1
Saya ingat musim sejuk pertama saya semasa tinggal di Utah—salji di merata-rata tempat. Datang dari Gurun Sonoran, saya menikmati saljinya pada mulanya, tetapi selepas beberapa hari, saya sedari bahawa saya perlu bangun lebih awal untuk alihkan salji dari halaman rumah.
Pada satu pagi, di tengah-tengah ribut salji, saya berpeluh daripada menyodok salji, dan saya nampak jiran saya membuka garaj dia di seberang jalan. Dia lebih tua daripada saya, jadi saya berfikir jika saya boleh selesai cepat dan pergi membantu dia. Saya memanggil dia sambil bertanya, “Brother, bolehkah saya bantu kamu?”
Dia tersenyum dan berkata, “Terima kasih, Elder Montoya.” Kemudian dia keluarkan mesin peniup salji dari garaj, mulakan enjin, dan dalam beberapa minit, dia alihkan semua salji di depan rumahnya. Kemudian dia menyeberangi jalan dengan mesinnya dan menanya saya, “Elder, bolehkah saya bantu kamu?”
Dengan senyuman saya berkata, “Ya, terima kasih.”
Kita sudi bantu satu sama lain kerana kita kasihi satu sama lain, dan keperluan saudara saya menjadi keperluan saya dan keperluan saya menjadi keperluan dia. Tidak kira apa bahasa yang saudara saya bertutur atau dari manakah negara dia berasal, kami kasihi satu sama lain kerana kami bersaudara, anak-anak Bapa yang sama.
Apabila pelayanan diumumkan, Presiden Russell M. Nelson berkata, “Kita akan melaksanakan sebuah kaedah baharu, lebih kudus untuk menjaga dan melayan orang lain.”2 Bagi saya, lebih kudus bermaksud lebih peribadi, lebih mendalam, lebih seperti cara Juruselamat: “Saling mengasihi,”3 satu demi satu.
Ia tidak cukup untuk elak daripada menjadi halangan bagi orang lain; ia tidak cukup untuk perhatikan orang yang memerlukan di jalan dan hanya teruskan berjalan. Marilah kita ambil kesempatan daripada setiap peluang untuk bantu jiran kita, walaupun kita bertemu dengan dia sekali dalam kehidupan ini.
Mengapakah kasih kepada Tuhan perintah terbesar pertama?
Saya rasa ini kerana kepentingan Dia bagi kita. Kita ialah anak-anak-Nya, Dia mengawasi kebajikan kita, kita bergantung kepada Dia, dan kasih-Nya melindungi kita. Rancangan-Nya termasuk hak pilihan; oleh kerana itu, kita mungkin akan buat beberapa kesilapan.
Dia juga benarkan kita diuji dan digoda. Tetapi sama ada kita buat beberapa kesilapan mahupun jatuh ke dalam godaan, rancangan itu menyediakan seorang Juruselamat supaya kita boleh ditebus dan kembali ke hadirat Tuhan.
Kesusahan dalam kehidupan kita boleh menyebabkan keraguan tentang pengenapan janji-janji yang telah dibuat kepada kita. Sila percaya kepada Bapa kita. Dia sentiasa menepati janji-janji-Nya, dan kita boleh belajar apa yang Dia ingin ajarkan kepada kita.
Dengan melakukan perkara yang baik, keadaan dalam hidup kita boleh berubah daripada kebaikan kepada yang buruk, daripada kegembiraan kepada kesedihan. Tuhan menjawab doa-doa kita mengikut waktu-Nya sendiri menurut belas kasihan dan kasih-Nya yang tidak terhingga.
-
Sungai di mana Elia minum air menjadi kering.4
-
Busur keluli Nefi yang halus telah patah.5
-
Seorang budak lelaki didiskriminasi dan diusir dari sekolah.
-
Cahaya mata yang dinantikan meninggal dunia hanya beberapa hari selepas dilahirkan.
Keadaan berubah.
Apabila keadaan berubah daripada yang baik dan positif kepada yang buruk dan negatif, kita masih boleh bergembira kerana kegembiraan tidak bergantung kepada keadaan tetapi sikap kita terhadap keadaan. Presiden Nelson berkata, “Kebahagiaan yang kita rasai tidak berkait dengan situasi hidup kita tetapi berkait dengan fokus hidup kita.”6
Kita boleh berehat dan menunggu keadaan berubah sahaja, atau kita boleh mencari dan mendatangkan keadaan baru.
-
Elia berjalan ke Sarfat, di mana seorang balu berinya makanan dan minuman.7
-
Nefi membuat busur kayu dan memburu haiwan untuk dimakan.8
-
Budak lelaki itu duduk mendengar dan mengambil nota di tepi tingkap, dan hari ini dia seorang guru sekolah rendah.
-
Pasangan itu telah mengembangkan iman yang besar kepada Juruselamat Yesus Kristus dan percaya kepada rancangan keselamatan. Kasih mereka bagi cahaya mata yang tiba-tiba mati adalah lebih besar daripada kesedihan mereka.
Apabila saya dengar soalan-soalan “Bapa, benarkah Engkau di Syurga? Mendengar dan menjawab setiap doa?,”9 Saya mahu menjawab; “Dia bersama anda dan saya sejak masa lalu, sekarang dan masa depan. Saya ialah anak-Nya, Dialah Bapa saya, dan saya belajar sedang belajar menjadi bapa yang baik seperti Dia.”
Isteri dan saya sentiasa cuba berada di sana untuk anak-anak kami pada bila-bila masa, tidak kira apa jua keadaan, dan dengan apa jua cara. Setiap anak adalah unik; nilai jiwa mereka kepada Tuhan adalah besar, dan tidak kira apa cabaran, dosa dan kelemahan yang mereka ada, Tuhan kasihi mereka, dan begitu juga kita kasihi mereka.
Apabila saya terima panggilan sebagai Penguasa Umum, pada hari terakhir sebelum perjalanan kami ke Salt Lake, semua anak saya dan keluarga mereka berada bersama di rumah kami untuk malam keluarga, di mana kami menyatakan kasih dan kesyukuran kami. Selepas pelajarannya, saya berikan berkat imamat kepada setiap anak saya. Semua orang menangis. Selepas berkat-berkat itu, anak lelaki sulung saya menyatakan kata-kata kesyukuran bagi pihak semua orang kerana kasih besar yang telah kami berikan sejak hari kelahiran mereka sehingga sekarang.
Berkatilah anak-anak anda sama ada mereka berumur 5 mahupun 50 tahun. Berada bersama dengan mereka dan menyokong mereka. Walaupun mencari nafkah ialah tanggungjawab yang ditubuhkan oleh rancangan ilahi, kita tidak harus lupa untuk berkongsi masa yang gembira dengan anak-anak kita.
Kasih Bapa Syurgawi kita bagi setiap anak-Nya adalah benar. Dia berada di sisi setiap anaknya. Saya tidak tahu bagaimana Dia melakukannya, tetapi Dia melakukannya. Dia dan Putera Sulung-Nya adalah satu dalam melakukan pekerjaan dan kemuliaan Bapa “untuk mendatangkan kebaqaan dan kehidupan abadi bagi manusia.”10 Mereka telah hantar Roh Kudus untuk bimbing kita, untuk beri amaran dan untuk menyenangkan kita jika perlu.
Dia arahkan Putera-Nya yang Dikasihi untuk cipta bumi yang indah ini. Dia arahkan Adam dan Hawa dan beri kepada mereka hak pilihan mereka. Dia telah hantar utusan untuk bertahun-tahun supaya kita boleh terima kasih-Nya dan perintah-perintah-Nya.
Dia berada di Sacred Grove, menjawab soalan Joseph yang ikhlas dan memanggil dia dengan namanya. Dia berfirman: “Inilah Putera-Ku yang Kukasihi. Dengarkanlah Dia!”11
Saya percaya pernyataan kasih Tuhan kepada kita dinyatakan di Getsemani, di mana Putera Tuhan yang hidup berdoa, “Ya Bapa, jika boleh, jauhkanlah cawan penderitaan ini daripada-Ku! Tetapi janganlah turut kehendak-Ku, melainkan kehendak Bapa sahaja.”12
Saya sedar bahawa bahagian kecil yang saya boleh faham tentang Korban Tebusan Yesus Kristus meningkatkan kasih saya bagi Bapa dan Putera-Nya, mengurangkan keinginan saya untuk berdosa dan tidak patuh, dan meningkatkan kerelaan saya untuk jadi lebih baik dan lakukan lebih baik.
Yesus berjalan tanpa ketakutan dan tanpa keraguan ke Getsemani, mempercayai Bapa-Nya, mengetahui bahawa Dia mesti mengalami korban tebusan sendiri. Dia menanggung segala kesakitan dan segala penghinaan. Dia dituduh, dihakimi dan disalibkan. Semasa penderitaan-Nya di atas salib, Yesus berfokus pada keperluan ibu-Nya dan pengikut terkasih-Nya. Dia menawarkan nyawa-Nya.
Pada hari ketiga Dia dibangkitkan. Kubur itu kosong; Dia berdiri di sebelah tangan kanan Bapa-Nya. Mereka berharap kita akan pilih untuk taati perjanjian kita dan kembali ke hadirat Mereka. Keadaan kedua ini bukanlah keadaan terakhir kita; kita tidak tergolong di rumah duniawi ini, tetapi kita ialah makhluk abadi yang jalani pengalaman sementara.
Yesus ialah Kristus, Putera Tuhan yang hidup. Dia hidup. Kerana Dia hidup, semua anak-anak Tuhan akan hidup selama-lamanya. Oleh sebab korban tebusan-Nya, kita semua boleh tinggal bersama Mereka. Dalam nama Yesus Kristus, amin.