Mengikut Yesus Kristus dengan Langkah Iman
Kristus boleh mengangkat kita hari ini melalui masa-masa kesusahan. Dia melakukannya untuk perintis awal dan Dia melakukannya sekarang untuk setiap kita.
Terima kasih, koir, kerana menyanyi “Faith in Every Footstep.” Muzik dan kata-kata lagu itu ditulis pada tahun 1996 oleh Brother Newell Dayley1 dalam persediaan untuk perayaan ulang tahun ke-150 ketibaan para perintis awal ke Lembah Salt Lake pada tahun 1847.
Walaupun lagu ini ditulis dalam persediaan untuk perayaan itu, pesanannya berkaitan dengan seluruh dunia.
Saya suka korusnya:
Dengan iman dalam setiap langkah, kita mengikut Kristus, Tuhan;
Dan dipenuhi dengan harapan melalui kasih suci-Nya, kami bernyanyi dengan seragam.2
Saudara dan saudari, saya bersaksi bahawa semasa kita mengikuti Yesus Kristus dengan langkah iman, adanya harapan. Adanya harapan kepada Tuhan Yesus Kristus. Adanya harapan untuk semua dalam hidup ini. Adanya harapan untuk mengatasi kesilapan, kesedihan, kesusahan, percubaan dan masalah kita. Adanya harapan dalam pertaubatan, keampunan dan dalam mengampuni orang lain. Saya bersaksi bahawa adanya harapan dan kedamaian dalam Kristus. Dia boleh mengangkat kita hari ini melalui masa-masa yang susah. Dia melakukannya untuk perintis awal, dan Dia akan melakukannya sekarang untuk setiap kita.
Tahun ini menandakan ulang tahun ke-175 ketibaan para perintis awal ke Lembah Salt Lake, yang membuat saya merenungkan beberapa nenek moyang saya, yang berjalan dari Nauvoo ke Lembah Salt Lake. Saya ada datuk nenek moyang yang berjalan di dataran pada masa muda mereka. Henry Ballard berumur 20 tahun;3 Margaret McNeil berumur 13;4 dan Joseph F. Smith, yang kemudian menjadi Presiden Gereja yang keenam, hanya berumur 9 tahun apabila dia tiba di Lembah Salt Lake.5
Mereka menghadapi pelbagai kekurangan di sepanjang jalan, seperti musim sejuk, kesakitan, kekurangan makanan dan pakaian. Contohnya, ketika Henry Ballard masuki Lembah Salt Lake, dia bersukacita melihat “Tanah Yang Dijanjikan” tetapi takut dilihat oleh orang lain kerana pakaiannya sangat buruk sehingga tidak menutupi seluruh badannya. Dia sembunyi di semak samun sehingga malam tiba. Dia akan pergi ke setiap rumah merayu untuk pakaian agar dia boleh teruskan perjalanan dan mencari ibu bapanya. Dia bersyukur kepada Tuhan setelah tiba di tempat kediamannya dengan selamat.6
Nenek moyang saya telah ikuti Yesus Kristus dengan langkah iman sepanjang percubaan mereka. Saya bersyukur kepada mereka kerana tidak pernah berputus asa. Langkah iman mereka telah memberkati saya dan generasi-generasi seterusnya, seperti langkah iman anda hari ini akan memberkati keturunan anda.
Perkataan perintis ialah kata nama dan kata kerja. Sebagai kata nama ia boleh bermaksud seseorang yang pertama meneroka atau menetap wilayah baru. Sebagai kata kerja, ia boleh bermaksud untuk membuka atau menyediakan jalan bagi orang lain untuk diikuti.7
Semasa saya berfikir tentang perintis yang sudah menyediakan jalan untuk orang lain, saya pertama memikirkan nabi Joseph Smith. Joseph ialah seorang perintis kerana langkah imannya membawa dia ke sebuah hutan di mana dia berlutut dalam doa dan membuka jalan untuk kita miliki kegenapan injil Yesus Kristus. Iman Joseph untuk “bertanya kepada Tuhan”8 pada pagi musim bunga di tahun 1820 membuka jalan untuk Pemulihan kegenapan injil Yesus Kristus yang termasuk pemanggilan para nabi dan rasul untuk melayani di bumi sekali lagi.9 Saya tahu Joseph Smith ialah Nabi Tuhan. Saya tahu langkah imannya membawa dia untuk berlutut di hadirat Tuhan Bapa dan Putera Terkasih-Nya, Yesus Kristus.
Langkah iman Nabi Joseph membolehkan dia menjadi alat Tuhan dalam mendatangkan Kitab Mormon, yang merupakan satu lagi kesaksian tentang Yesus Kristus dan rahmat korban tebusan-Nya.
Melalui iman dan ketabahan, Joseph Smith menghadapi kesusahan dan pertentangan yang luar biasa, dia dapat menjadi alat dalam tangan Tuhan dalam menubuhkan Gereja Yesus Kristus sekali lagi di bumi.
Semasa persidangan umum lepas, saya berucap tentang pengalaman pelayanan misionari sepenuh masa saya telah memberkati saya. Saya diberkati semasa saya mengajar tentang rancangan keselamatan Bapa Syurgawi kita yang mulia, Penglihatan Pertama Joseph Smith dan terjemahan Kitab Mormon. Ajaran yang dipulihkan ini membimbing langkah iman saya kepada mereka yang bersedia untuk mendengar pesanan Pemulihan injil.
Para misionari kita hari ini bagaikan perintis zaman moden kerana mereka kongsi pesanan mulia ini dengan orang di seluruh dunia. Oleh itu, ia membuka jalan bagi anak-anak Bapa Syurgawi untuk mengenali Dia dan Putera-Nya, Yesus Kristus. Menerima injil Yesus Kristus membuka jalan bagi semua orang untuk bersedia dan menerima tatacara serta berkat Gereja dan bait suci.
Persidangan umum lepas, Presiden Russell M. Nelson menegaskan “bahawa Tuhan telah meminta setiap lelaki muda yang layak dan sihat untuk bersedia dan melayani misi” dan bahawa “misi merupakan peluang yang hebat tetapi tidak wajib” untuk “wanita muda dan sihat.”10
Remaja putera dan remaja puteri yang dikasihi, langkah iman anda akan membantu anda mengikuti jemputan Tuhan untuk melayani misi—untuk menjadi perintis zaman moden—dengan membuka jalan untuk anak-anak Tuhan mencari dan kekal pada jalan perjanjian yang membawa kembali ke hadirat-Nya yang mulia.
Presiden Nelson ialah seorang perintis dalam Gereja. Sebagai Rasul dia telah melakukan perjalanan dan membuka banyak negeri untuk injil dikhutbahkan. Tidak lama selepas menjadi nabi dan Presiden Gereja, dia memohon kita untuk “meningkatkan kemampuan rohani [kita] untuk menerima wahyu.”11 Dia terus mengajar kita untuk memperkuatkan kesaksian kita. Dalam satu pertemuan rohani bagi pemuda dan pemudi, dia berkata:
“Saya memohon kepada anda untuk bertanggungjawab atas kesaksian anda. Berusahalah. Milikinya. Menjaganya. Memeliharanya supaya ia akan bertumbuh. …
“[Kemudian] lihat mukjizat-mukjizat yang akan berlaku dalam hidup anda.”12
Dia mengajar kita bagaimana untuk menjadi lebih berdikari secara rohani. Dia berkata bahawa “di hari-hari yang mendatang, ia akan menjadi mustahil untuk bertahan secara rohani tanpa bimbingan, arahan, galakan, dan pengaruh yang tetap dari Roh Kudus.”13
Saya bersaksi bahawa Presiden Russell M. Nelson ialah nabi Tuhan di bumi hari ini.
Juruselamat kita, Yesus Kristus, adalah perintis utama dalam menyediakan jalan. Sesungguhnya, Dia adalah “jalan”14 untuk rancangan keselamatan dicapai supaya kita dapat bertaubat dan, melalui iman kepada-Nya, kembali kepada Bapa Syurgawi kita.
Yesus berkata, “Akulah jalan untuk mengenal Tuhan dan untuk mendapat hidup. Tidak seorang pun dapat datang kepada Bapa kecuali melalui Aku.”15 Dia telah berjanji untuk tidak meninggalkan kita tanpa pertolongan; Dia akan datang kepada kita dalam percubaan kita.16 Dia telah menjemput kita untuk “datang kepada-[Nya] dengan niat hati yang sepenuhnya, dan [Dia] akan menyembuhkan [kita].”17
Saya bersaksi Yesus Kristus adalah Juruselamat dan Penebus kita, Pembela kita dengan Bapa. Bapa Syurgawi telah membuka jalan supaya kita kembali kepada-Nya dengan mengikuti Putera Terkasih-Nya, Yesus Kristus, dengan iman dalam setiap langkah.
Datuk nenek moyang saya dan perintis awal yang lain menghadapi banyak halangan semasa mereka datang dengan kereta gerabak, gerabak tolak dan berjalan kaki ke Lembah Salt Lake. Kita juga akan menghadapi cabaran dalam perjalanan individu kehidupan kita. Kita tidak tolak kereta gerabak atau memandu gerabak ke atas gunung-ganang curam ataupun melalui timbunan salji yang tinggi; kita berusaha seperti mereka untuk mengatasi godaan dan cabaran zaman kita secara rohani. Kita menghadapi laluan pejalan kaki; kita menghadapi bukit—dan kadangkala gunung-ganang—untuk didaki. Walaupun percubaan hari ini berbeza daripada perintis awal, ia masih mencabar bagi kita.
Adalah penting untuk mengikuti nabi dan memastikan kaki kita berlangkah teguh di jalan perjanjian dengan penuh iman, sama seperti perintis awal.
Marilah kita mengikuti Yesus Kristus dengan iman dalam setiap langkah. Kita perlu melayani Tuhan dan melayani satu sama lain. Kita perlu memperkuatkan diri secara rohani dengan mematuhi perjanjian kita. Kita tidak seharusnya kehilangan rasa kesegaran untuk mematuhi perintah-perintah. Setan cuba mengurangkan komitmen kita dan kasih kita kepada Tuhan dan Tuhan Yesus Kristus. Ingatlah jika sesiapa hilang dari jalan itu, kita tidak akan hilang bagi Juruselamat kita. Dengan berkat pertaubatan, kita boleh berpaling kepada-Nya. Dia akan membantu kita belajar, berkembang dan berubah apabila semua berusaha untuk kekal pada jalan perjanjian.
Semoga kita sentiasa mengikuti langkah Yesus Kristus dan dengan iman dalam setiap langkah kita, tertumpu pada-Nya, memastikan kaki berlangkah teguh teguh pada jalan perjanjian. Inilah doa saya dalam nama Yesus Kristus, amin.