Persidangan Umum
Pengawasan Duniawi Kita
Persidangan umum Oktober 2022


12:17

Pengawasan Duniawi Kita

Berkat-berkat rohani besar dijanjikan kepada mereka yang sayangi dan jaga bumi serta sesama mereka.

Semasa melawat negara asal kami di Perancis, isteri dan saya berseronok membawa cucu-cucu kami ke sebuah taman indah yang terletak di kota kecil Giverny. Kami suka berjalan di mana adanya bunga yang indah, termasuk bunga teratai di kolam dan cahaya yang dipantul atas kolam.

Taman Giverny

Tempat yang menakjubkan ini adalah hasil daripada karya kreatif seorang lelaki: pelukis hebat Claude Monet, yang, selama 40 tahun, dengan teliti menjaga tamannya untuk jadi tempat kerja lukisannya. Monet luangkan banyak masa dalam keindahan alam semula jadi; kemudian, lukiskan perasaannya dengan warna dan cahaya. Selama bertahun-tahun, dia telah ciptakan koleksi ratusan lukisan yang luar biasa, dari inspirasi langsung oleh tamannya.

Lukisan taman Monet

Water Lilies and Japanese Bridge, 1899, oleh Claude Monet

Saudara dan saudari, interaksi kita dengan keindahan alam di sekeliling kita boleh hasilkan pengalaman yang paling mengilhamkan dan menyenangkan dalam kehidupan. Emosi dari diri kita memberi kesyukuran kepada Bapa Syurgawi dan Putera-Nya, Yesus Kristus, yang cipta bumi yang indah ini—dengan gunung dan sungai, tumbuh-tumbuhan dan haiwan—serta ibu bapa pertama kita, Adam dan Hawa.1

Pekerjaan penciptaan bukan untuk tujuan ciptaan saja. Ia adalah sebahagian daripada rancangan Tuhan untuk anak-anak-Nya. Tujuannya adalah untuk menyediakan tempat di mana lelaki dan wanita boleh diuji, gunakan hak pilihan mereka, cari kebahagiaan, belajar serta maju, supaya boleh kembali ke hadirat Pencipta dan warisi kehidupan abadi.

Ciptaan-ciptaan yang menakjubkan ini disediakan sepenuhnya demi manfaat kita dan merupakan bukti hidup kasih Pencipta untuk anak-anak-Nya. Tuhan firmankan, “Ya, segala sesuatu yang datang dari bumi … Diciptakan untuk manfaat dan kegunaan manusia, baik untuk menyenangkan mata mahupun untuk menggembirakan hati.”2

Walau bagaimanapun, kurnia penciptaan ilahi tidak datang tanpa tugas dan tanggungjawab. Tugasan ini digambarkan dengan paling baik oleh konsep pengawasan. Dalam istilah injil, perkataan pengawasan bererti tanggungjawab rohani atau duniawi yang kudus untuk jaga sesuatu milik Tuhan, di mana kita bertanggungjawab untuknya.3

Seperti yang diajar dalam tulisan suci, pengawasan duniawi kita termasuk asas-asas berikut:

Asas pertama: Seluruh bumi, termasuklah seluruh kehidupan di atasnya, adalah milik Tuhan.

Pencipta telah amanahkan sumber bumi dan segala bentuk kehidupan ke dalam penjagaan kita, tetapi Dia kekalkan pemilikan penuh. Dia berkata, “Aku, Tuhan, merentangkan langit, dan membangunkan bumi, bahkan hasil kerja tangan-Ku; dan segala yang ada di dalamnya adalah milik-Ku.”4 Semua yang berada di bumi adalah milik Tuhan, termasuk keluarga, tubuh jasmani, dan kehidupan kita.5

Asas kedua: Sebagai pengawas ciptaan Tuhan, kita berkewajipan untuk hormati dan jaganya.

Sebagai anak-anak Tuhan, kita telah terima perintah untuk jadi pengawas, penjaga, dan pelindung ciptaan ilahi-Nya. Tuhan berfirman bahawa Dia jadikan “setiap orang bertanggungjawab, sebagai seorang pengawas terhadap berkat-berkat duniawi, yang telah Aku jadikan dan sediakan bagi para makhluk-Ku.”6

Bapa Syurgawi benarkan kita guna sumber duniawi menurut kehendak kita sendiri. Namun hak pilihan kita tidak harus ditafsirkan sebagai lesen guna atau makan kekayaan dunia ini tanpa kebijaksanaan atau batas. Tuhan berikan peringatan ini: “Dan ia menyenangkan Tuhan bahawa Dia telah memberikan segala sesuatu ini kepada manusia; kerana untuk tujuan inilah ia diciptakan untuk digunakan, dengan pertimbangan, bukan secara berlebihan, tidak juga dengan pemerasan.”7

Presiden Russell M. Nelson pernah berkata: “Sebagai penerima manfaat Ciptaan ilahi, apakah yang kita harus lakukan? Kita harus jaga bumi, jadi penjaga yang bijaksana di atas bumi ini dan pelihara bumi ini untuk generasi akan datang.”8

Selain sekadar keperluan saintifik atau politik, penjagaan bumi dan alam sekitar adalah tanggungjawab kudus yang diamanahkan kepada kita oleh Tuhan. Ini seharusnya beri kita rasa tanggungjawab dan kerendahan hati mendalam. Ia juga satu komponen penting dalam penganutan kita. Bagaimanakah kita boleh hormati dan kasihi Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus tanpa hormati dan sayangi ciptaan Mereka?

Ada banyak hal yang kita boleh lakukan—secara kolektif dan individu—untuk jadi pengawas yang baik. Pertimbangkan keadaan individu kita, setiap kita boleh guna sumber bumi yang banyak dengan lebih takzim dan bijaksana. Kita boleh sokong usaha komuniti untuk jaga bumi. Kita boleh amalkan gaya hidup dan kelakuan peribadi yang hormati ciptaan Tuhan dan jadikan kediaman kita lebih kemas, indah dan berinspirasi.9

Tugas pengawasan kita terhadap ciptaan Tuhan juga termasuk, keutamaannya, ditugaskan untuk kasihi, hormati dan jaga semua manusia yang berkongsi bumi ini. Mereka adalah anak lelaki dan perempuan Tuhan, saudari dan saudara kita, dan kegembiraan abadi mereka adalah tujuan utama penciptaan.

Penulis Antoine de Saint-Exupéry ceritakan yang berikut: Suatu hari, semasa menaiki kereta api, dia dapati dirinya duduk di tengah-tengah sekumpulan pelarian. Tersentuh oleh rasa putus asa daripada wajah seorang anak kecil, dia berseru: “Apabila melalui mutasi bunga mawar baru lahir di taman, semua tukang kebun bersukacita. Mereka asingkan bunga mawar, jaga dan peliharanya. Tetapi tiada tukang kebun untuk manusia.”10

Saudara-saudara, tidakkah kita harus jadi tukang kebun bagi sesama kita? Haruskah kita menjaga saudara-saudara kita? Yesus perintahkan kita untuk kasihi sesama kita seperti diri kita sendiri.11 Dari mulut-Nya, perkataan sesama manusia bukan semata-mata bermaksud kedekatan geografi; ia bererti kedekatan hati. Ia merangkumi semua penduduk planet ini—sama ada mereka tinggal berdekatan kita atau di negara jauh, tidak kira asal usul, latar belakang peribadi atau keadaan mereka.

Sebagai pengikut Kristus, kita bertanggungjawab untuk berusaha tanpa henti demi kedamaian dan keharmonian di kalangan semua bangsa di bumi. Kita mesti lakukan terbaik untuk lindungi dan bawa ketenangan dan kelegaan kepada yang lemah, memerlukan, dan semua yang menderita atau ditindas. Paling penting sekali, kurnia kasih yang terbesar yang kita boleh tawarkan kepada sesama kita adalah untuk berkongsi dengan mereka kebahagiaan injil dan jemput mereka untuk datang kepada Juruselamat melalui perjanjian dan tatacara kudus.

Asas ketiga: Kita dijemput untuk ambil bahagian dalam pekerjaan penciptaan.

Proses penciptaan ilahi belum selesai. Setiap hari, ciptaan Tuhan terus berkembang, membesar dan bertambah. Satu perkara yang paling menakjubkan ialah Bapa Syurgawi kita berikan kita satu jemputan untuk ambil bahagian dalam pekerjaan kreatif-Nya.

Kita ambil bahagian dalam pekerjaan penciptaan apabila kita menjaga bumi atau tambah binaan kita ke dunia ini—selama kita tunjukkan hormat terhadap ciptaan Tuhan. Kita boleh ambil bahagian melalui karya seni, seni bina, muzik, kesusasteraan dan budaya yang menghiasi planet, rangsangkan deria kita dan terangi kehidupan kita. Kami juga ambil bahagian melalui penemuan saintifik dan perubatan yang memelihara bumi dan kehidupan di atasnya. Presiden Thomas S. Monson meringkaskan konsep ini dengan kata-kata yang indah ini: “Tuhan meninggalkan dunia yang telah siap untuk manusia kerjakan kemahiran-Nya … Dengan demikian manusia dapat tahu kebahagiaan dan kemuliaan penciptaan.”12

Dalam perumpamaan Yesus tentang kepingan wang emas [bakat], tuan itu kembali dari perjalanannya, dia puji dan beri ganjaran kepada dua orang suruhan yang membesar dan mengembangkan [bakat] mereka. Sebaliknya, dia memanggil orang suruhan yang sembunyikan [bakat] uniknya di bumi “tidak berguna,” dan dia bahkan ambil apa yang dia telah terima.13

Begitu juga, peranan kita sebagai pengawas ciptaan duniawi bukan hanya untuk pelihara atau jaganya. Tuhan harapkan kita bekerja dengan tekun, seperti didorong oleh Roh Kudus-Nya, untuk berkembang, meningkat, dan memperbaiki sumber yang telah amanahkan kepada kita—bukan hanya manfaat kita tetapi untuk berkati orang lain.

Di antara semua pencapaian manusia, tiada yang dapat menyamai pengalaman menjadi pencipta bersama dengan Tuhan dalam berikan kehidupan atau bantu kanak-kanak belajar, berkembang dan maju—sama ada sebagai ibu bapa, guru, pemimpin atau dalam peranan lain. Walaupun ia perlu usaha besar, tiada pengawasan yang lebih kudus atau bermakna, daripada bekerjasama dengan Pencipta dalam menyediakan badan jasmani untuk anak-anak roh-Nya dan kemudian bantu mereka capai potensi ilahi mereka.

Tanggungjawab pencipta bersama adalah suatu peringatan bahawa kehidupan dan badan setiap orang adalah kudus, ia milik Tuhan, dan Dia telah jadikan kita penjaga untuk hormati, lindungi dan jaganya. Perintah-perintah Tuhan, yang atur kuasa prokreasi dan penubuhan keluarga abadi, bimbing kita dalam pengawasan kudus ini, yang penting bagi rancangan-Nya.

Saudara dan saudari, kita harus sedar yang semua adalah rohani kepada Tuhan—termasuk aspek-aspek duniawi dalam kehidupan kita. Saya bersaksi berkat-berkat rohani besar dijanjikan kepada mereka yang sayangi dan jaga bumi serta sesama mereka. Apabila anda kekal setia dalam pengawasan kudus ini dan patuhi perjanjian abadi anda, anda akan lebih berpengetahuan tentang Tuhan dan Putera-Nya, Yesus Kristus dan anda akan rasakan kasih dan pengaruh Mereka dengan lebih berlimpahan dalam hidup anda. Semua ini akan sediakan anda untuk tinggal bersama Mereka dan terima kuasa kreatif tambahan14 dalam hidup akan datang.

Pada penghujung kewujudan fana ini, Guru akan minta kita untuk beri laporan tugas pengawasan kudus kita, termasuk cara kita telah jaga ciptaan-Nya. Saya berdoa agar kita akan dengar kata-kata penyayang-Nya yang berbisik kepada hati kita: “Bagus, kamu hamba yang baik dan setia. Oleh sebab kamu dapat dipercayakan dengan yang sedikit, aku akan mempercayakan yang lebih banyak kepadamu. Masuklah dan bersukacitalah bersama-sama tuanmu!”15 Dalam nama Yesus Kristus, amin.

Nota

  1. Bumi dan segala sesuatu di atasnya (kecuali Adam dan Hawa) diciptakan oleh Yesus Kristus di bawah arahan Bapa; Adam dan Hawa, ibu bapa pertama kita, diciptakan oleh Tuhan Bapa (lihat Yohanes 1:1–3; Musa 2:1, 26–27).

  2. Ajaran dan Perjanjian 59:18.

  3. Lihat Spencer W. Kimball, “Welfare Services: The Gospel in Action,” Ensign, Nov. 1977, 76–79.

  4. Ajaran dan Perjanjian 104:14.

  5. Lihat Spencer W. Kimball, “Welfare Services,” 76–79.

  6. Ajaran dan Perjanjian 104:13.

  7. Ajaran dan Perjanjian 59:20.

  8. Russell M. Nelson, “The Creation,” Liahona, July 2000, 104.

  9. Lihat Gospel Topics, “Environmental Stewardship and Conservation,” topics.ChurchofJesusChrist.org.

  10. Antoine de Saint-Exupéry, Terre des Hommes (1939), 214; lihat juga Wind, Sand and Stars (1939) in Airman’s Odyssey (1984), 206.

  11. Lihat Markus 12:31.

  12. Thomas S. Monson, “In Quest of the Abundant Life,” Tambuli, Mac 1988, 3.

  13. Lihat Matius 25:14–30.

  14. Lihat David A. Bednar and Susan K. Bednar, “Moral Purity” (pertemuan rohani Brigham Young University–Idaho, 7 Jan. 2003), byui.edu.

  15. Matius 25:21.