Persidangan Umum
Kebahagiaan dan Selamanya
Persidangan umum Oktober 2022


13:21

Kebahagiaan dan Selamanya

Kebahagiaan dan keabadian yang berkekalan dengan orang yang kita kasihi adalah inti pati rancangan kegembiraan Tuhan.

Sahabat, saudara, dan saudari yang dikasihi, ingatkah pada suatu masa anda mempercayai atau ingin percaya dalam bahagia selama-lamanya?

Kemudian kehidupan berlaku. Kita “membesar.” Hubungan menjadi rumit. Dunia ini bising, sesak dan mendesak dengan kepura-puraan. Namun, dalam “hasrat hati yang dalam,”1 kita percaya, atau ingin percaya, di suatu tempat, kebahagiaan dan selamanya adalah benar dan mungkin.

“Bahagia dan selamanya” bukanlah khayalan cerita dongeng. Kebahagiaan dan keabadian yang berkekalan dengan orang yang kita kasihi adalah inti pati rancangan kegembiraan Tuhan. Jalan-Nya yang penuh kasih boleh menjadikan perjalanan abadi kita bahagia dan selamanya.

Kita ada banyak untuk diraikan dan untuk disyukuri. Namun, tidak seorang pun daripada kita adalah sempurna, tidak juga mana-mana keluarga. Hubungan kita termasuk kasih, persaudaraan dan personaliti tetapi juga termasuk perselisihan, kelukaan, kadangkala kesakitan yang mendalam.

“Sebagaimana semua orang mati kerana tergolong satu dengan Adam, begitu juga semua orang akan dihidupkan semula kerana tergolong satu dengan Kristus.”2 Hidup dengan Yesus Kristus termasuk kebaqaan—kurnia-Nya dalam kebangkitan jasmani kita. Apabila kita hidup dengan iman dan kepatuhan, hidup dalam Kristus juga boleh termasuk kehidupan abadi yang berlimpah dengan Tuhan dan orang yang kita kasihi.

Dalam cara yang luar biasa, nabi Tuhan mendekatkan kita kepada Juruselamat kita, termasuk melalui tatacara dan perjanjian bait suci yang mendekati kita di lebih banyak tempat. Kita ada peluang dan kurnia yang mendalam untuk menemukan pemahaman rohani, kasih, pertaubatan, dan pengampunan dengan satu sama lain dan keluarga kita, dalam masa dan keabadian.

Dengan kebenaran, saya berkongsi dua pengalaman rohani luar biasa yang kawan-kawan ceritakan tentang Yesus Kristus menyatukan keluarga dengan menyembuhkan bahkan konflik intergenerasi.3 “Tidak terhingga dan abadi,”4 “lebih kuat daripada tali kematian,”5 Korban Tebusan Yesus Kristus boleh membantu kita membawa kedamaian ke masa lalu dan harapan ke masa depan kita.

Apabila mereka menyertai Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir, kawan saya dan suaminya senang pelajari bahawa hubungan keluarga tidak perlu “sehingga maut memisahkan kamu.” Dalam rumah Tuhan, keluarga boleh disatukan secara abadi (dimeteraikan).

Tetapi kawan saya tidak mahu dimeteraikan dengan ayahnya. “Dia bukan suami yang baik kepada ibu saya. Dia bukan ayah yang baik kepada anak-anaknya,” dia berkata. “Ayah saya perlu tunggu. Saya tidak berhasrat untuk melakukan pekerjaan bait sucinya dan dimeteraikan dengan dia di keabadian.”

Selama setahun, dia berpuasa, berdoa, bercakap banyak dengan Tuhan tentang bapanya. Akhirnya, dia bersedia. Pekerjaan bait suci ayahnya telah lengkap. Kemudian, dia berkata, “Dalam tidur, ayah saya muncul kepada saya dalam mimpi, berpakaian putih. Dia telah berubah. Dia berkata ,‘Lihatlah saya. Saya sudah bersih. Terima kasih kerana melakukan pekerjaan untuk saya di bait suci.’” Ayahnya menambah, “Bangunlah dan kembali ke bait suci; saudaramu sedang menunggu untuk dibaptiskan.”

Kawan saya berkata, “Nenek moyang saya dan mereka yang sudah meninggal sedang menunggu pekerjaan mereka dilakukan.”

“Bagi saya,” dia berkata, “bait suci adalah tempat penyembuhan, pembelajaran dan pengakuan Korban Tebusan Yesus Kristus.”

Pengalaman kedua. Seorang kawan lain menyelidiki sejarah keluarganya dengan tekun. Dia ingin mengenal pasti datuk moyangnya.

Satu pagi, kawan saya berkata dia merasakan kehadiran rohani seorang lelaki di biliknya. Lelaki itu ingin dicari dan dikenali dalam keluarganya. Lelaki itu bertaubat atas kesalahan yang dia telah buat Lelaki itu membantu kawan saya sedar bahawa kawan saya tidak ada kaitan DNA dengan orang yang dia sangka adalah datuk moyangnya. “Dalam kata lain,” kawan saya berkata, “Saya telah menemui datuk moyang saya dan mendapati dia bukan orang yang tercatat dalam rekod keluarga kami sebagai datuk moyang kami.”

Hubungan keluarganya diperjelaskan, kawan saya berkata, “Saya berasa bebas, dalam kedamaian. Ada perbezaan besar untuk tahu siapa keluarga saya.” Kawan saya merenung, “Dahan yang bengkok tidak bererti sebatang pokok yang tidak baik. Bagaimana kita datang ke dunia ini adalah kurang penting daripada siapa kita ketika kita meninggalkannya.”

Tulisan suci dan pengalaman kudus tentang penyembuhan dan kedamaian peribadi, termasuk dengan mereka yang hidup di dunia roh, menekankan lima asas ajaran.

Pertama: Pada pusat rancangan penebusan dan kebahagiaan Tuhan, Yesus Kristus, melalui Korban Tebusan-Nya, berjanji untuk menyatukan roh dan tubuh kita, “tidak akan dipisahkan lagi, agar kita boleh menerima suatu kegenapan kebahagiaan.”6

Kedua: Korban Tebusan—bersatu dengan Kristus—datang semasa kita menjalankan iman dan menghasilkan buah pertaubatan.7 Seperti dalam kefanaan, begitu juga dalam kebaqaan. Tatacara bait suci tidak mengubah kita atau mereka di dunia roh. Tetapi tatacara ilahi ini membolehkan perjanjian kudus dengan Tuhan, yang boleh membawa harmoni bersama-Nya dan satu sama lain.

Kebahagiaan menjadi penuh apabila kita merasakan rahmat dan pengampunan Yesus Kristus bagi kita. Dan, semasa kita menawarkan mukjizat rahmat dan keampunan-Nya kepada satu sama lain, belas kasihan yang kita terima dan belas kasihan yang kita tawarkan dapat membuat ketidakadilan kehidupan lebih adil.8

Ketiga: Tuhan mengenali dan mengasih kita dengan sempurna. “Tidak seorang pun dapat memperbodohkan Tuhan,”9 dan tidak juga menipu-Nya. Dengan belas kasihan dan keadilan yang sempurna, Dia mengelilingi dalam lengan-Nya keselamatan orang yang rendah hati dan menyesal.

Di Bait Suci Kirtland, Nabi Joseph Smith melihat dalam penglihatan abangnya, Alvin diselamatkan di kerajaan selestial. Nabi Joseph terpegun, kerana Alvin meninggal dunia sebelum menerima tatacara keselamatan pembaptisan.10 Dengan penuh penghiburan, Tuhan menjelaskan sebabnya: Tuhan “akan menghakimi [kita] menurut pekerjaan-pekerjaan [kita], menurut hasrat hati [kita].”11 Jiwa kita bersaksi tentang pekerjaan dan hasrat kita.

Syukur, kita tahu yang hidup dan “orang mati yang bertaubat akan ditebus, melalui kepatuhan kepada tatacara-tatacara rumah Tuhan”12 dan Korban Tebusan Kristus. Di dunia roh, mereka dalam dosa dan pelanggaran berpeluang untuk bertaubat.13

Sebaliknya, mereka yang dengan sengaja memilih kejahatan, yang menangguhkan pertaubatan, atau dengan sengaja melanggar perintah-perintah dengan rancangan untuk pertaubatan yang mudah akan dihakimi oleh Tuhan dan “memiliki ingatan kembali yang terang tentang segala kesalahan mereka.”14 Kita tidak boleh berdosa pada hari Sabtu, kemudian mengharapkan keampunan automatik dengan mengambil sakramen pada hari Ahad. Kepada para misionari atau orang lain yang berkata mengikuti Roh bermaksud tidak perlu mematuhi standard misi atau perintah, ingatlah bahawa mematuhi standard misi dan perintah menjemput Roh. Kita tidak harus melambatkan pertaubatan. Berkat-berkat pertaubatan bermula apabila kita mula bertaubat.

Keempat: Tuhan memberi kita peluang ilahi untuk menjadi lebih seperti-Nya semasa kita menawarkan tatacara bait suci secara wakil kepada orang lain yang perlukan tetapi tidak dapat melakukan untuk diri mereka. Kita menjadi lebih lengkap dan disempurnakan15 apabila kita menjadi “penyelamat … pada gunung Sion.”16 Apabila kita melayani orang lain, Roh Kudus Perjanjian boleh meratifikasikan tatacara dan menguduskan si pemberi dan si penerima. Si pemberi dan si penerima boleh membuat dan memperdalamkan perjanjian yang mengubah, pada waktunya menerima berkat-berkat yang dijanjikan kepada Abraham, Ishak dan Yakub.

Akhirnya, kelima: Seperti Ajaran Kristus17 ajarkan, satu simetri kudus dalam pertaubatan dan keampunan menjemput kita untuk menawarkan kepada orang lain apa yang kita sendiri perlukan dan hasratkan.

Kadangkala kesediaan kita untuk mengampuni orang lain membolehkan mereka dan kita percaya bahawa kita boleh bertaubat dan diampuni. Kadangkala kesediaan untuk bertaubat dan keupayaan untuk mengampuni datang pada masa yang berbeza. Juruselamat kita ialah Pengantara kita dengan Tuhan, tetapi Dia juga membantu membawa kita kepada diri kita dan satu sama lain semasa kita datang kepada-Nya. Terutamanya apabila luka dan kesakitan mendalam, memperbaiki hubungan kita dan menyembuhkan hati kita adalah susah, mungkin mustahil bagi kita sendiri. Tetapi syurga dapat memberi kita kekuatan dan kebijaksanaan yang melampaui kebijaksanaan kita sendiri untuk tahu waktu untuk bertahan, dan bagaimana untuk melepaskan.

Kita kurang bersendirian apabila kita sedar bahawa kita tidak bersendirian. Juruselamat kita selalu memahami.18 Dengan bantuan Juruselamat kita, kita boleh serahkan keangkuhan kita, kesakitan kita, dosa-dosa kita kepada Tuhan. Tidak kira bagaimanapun kita rasa apabila kita bermula, kita menjadi lebih lengkap apabila kita mempercayai-Nya untuk mengeratkan hubungan kita.

Tuhan, yang melihat dan memahami dengan sempurna, mengampuni orang yang Dia mahu; kita (tidak sempurna) perlu mengampuni semua. Apabila kita datang kepada Juruselamat, kita kurang tumpukan pada diri kita. Kita kurang menghakimi dan lebih banyak mengampuni. Mempercayai jasa, belas kasihan, dan rahmat-Nya19 boleh membebaskan kita daripada pertikaian, kemarahan, penganiayaan, penderaan, ketidaksetiaan, dan cabaran jasmani dan mental yang kadangkala datang dengan tubuh jasmani di dunia fana. Kebahagiaan dan selamanya tidak bermaksud setiap hubungan akan menjadi bahagia dan selamanya. Tetapi pada zaman Seribu Tahun apabila Setan diikat20 boleh memberi kita masa dan cara yang menakjubkan untuk mengasihi, memahami, dan mengerjakan hal-hal, semasa kita bersedia demi keabadian.

Kita menemui pergaulan syurga dalam satu sama lain.21 Pekerjaan dan kemuliaan Tuhan termasuk mendatangkan kebahagiaan dan selamanya.22 Kehidupan abadi dan kemuliaan adalah untuk mengenali Tuhan dan Yesus Kristus, melalui kuasa ketuhanan, kita ada di mana Mereka berada.23

Saudara dan saudari yang dikasihi, Tuhan Bapa Syurgawi kita dan Putera Terkasih-Nya hidup. Mereka menawarkan kedamaian, kebahagiaan, penyembuhan kepada setiap kaum dan bahasa, kepada setiap keluarga dan kepada setiap kita. Nabi Tuhan sedang memimpin jalan. Wahyu zaman akhir berterusan. Semoga kita mendekati Juruselamat kita di rumah Tuhan yang kudus, dan semoga Dia menarik kita kepada Bapa dan satu sama lain, apabila kita mengaitkan hati kita bersama dengan rasa kasihan, kebenaran, dan belas kasihan dalam Kristus dalam semua generasi kita—dalam masa dan keabadian, kegembiraan dan selamanya. Dalam Yesus Kristus, ia boleh terjadi; dalam Yesus Kristus, ia adalah benar. Saya bersaksi dalam nama-Nya yang suci, Yesus Kristus, amin.