Persidangan Umum
Perintah-Nya Mudah dan Beban-Nya Ringan
Persidangan umum Oktober 2022


10:39

Perintah-Nya Mudah dan Beban-Nya Ringan

Marilah kita ingat bahawa setiap orang di bumi ini ialah anak Tuhan dan Dia kasihi setiap orang.

Sebuah kisah ceritakan tentang seorang lelaki bernama Jack. Dia ada seekor anjing pemburu burung yang bernama Cassie. Jack berbangga dengan Cassie dan sering bercakap besar tentang kemahiran anjingnya. Sebagai bukti, Jack jemput beberapa kawan untuk lihat kemahiran Cassie. Selepas tiba di kelab pemburu, Jack benarkan Cassie untuk berlari-lari semasa dia masuk untuk mendaftar masuk.

Apabila tiba masanya untuk bermula, Jack bersemangat untuk menunjukkan kemahiran Cassie yang hebat. Tetapi kelakuan Cassie berubah. Dia tidak ikut arahan Jack yang selama ini amat patuh. Anjing itu hanya ingin kekal di sebelah Jack.

Jack rasa kecewa dan marah terhadap Cassie; tidak lama kemudian dia cadangkan mereka pergi. Cassie tidak lompat ke belakang lori pun, jadi Jack segera mengangkat dan menolaknya ke dalam rumah anjing. Dia sangat marah kerana orang yang datang dengan dia ketawakan kelakuan anjingnya sepanjang perjalanan pulang. Jack tidak dapat faham mengapa Cassie berkelakuan begini. Anjing itu telah dilatih dengan baik, dan hanya mahu menyenang hati dan melayan dia.

Selepas tiba di rumah, Jack mula memeriksa Cassie untuk sebarang kecederaan, serpihan tajam atau kutu, seperti ditemui lama dahulu. Semasa dia letakkan tangannya ke atas dada anjing, dia terasa sesuatu yang basah dan dapati tangannya dipenuhi dengan darah. Terkejut dan dalam ketakutan, dia dapati Cassie mempunyai luka yang panjang dan besar di sebelah kanan tulang dadanya. Dia temui satu lagi luka pada kaki depan kanannya hingga ke tulang.

Jack peluk Cassie dan mula menangis. Dia berasa kecewa terhadap dirinya kerana salah anggap dan marah. Kelakuan Cassie tadi disebabkan kecederaan. Kelakuannya telah dipengaruhi oleh kesakitannya, penderitaannya dan lukanya. Kelakuannya langsung tidak berkaitan dengan kekurangan keinginan untuk mematuhi Jack atau kekurangan kasih baginya.1

Saya dengar cerita ini bertahun-tahun lalu dan tidak pernah lupakannya. Berapa banyak individu yang terluka ada di antara kita? Berapa sering kita menghakimi orang lain berdasarkan penampilan dan perlakuan mereka atau kurang bertindak jika kita memahaminya, kita akan bertindak dengan rasa kasihan dan keinginan untuk bantu dan tidak tambah beban mereka dengan penghakiman kita?

Saya telah menghakimi orang dengan salah banyak kali, tetapi Tuhan telah mengajar saya dengan sabar melalui pengalaman peribadi dan semasa saya dengar pengalaman hidup ramai orang lain. Saya lebih hargai teladan Juruselamat terkasih kita apabila Dia meluangkan banyak masa-Nya melayani orang lain dengan kasih.

Pengalaman hidup anak perempuan bongsu saya termasuk cabaran kesihatan emosi sejak dia seorang gadis kecil. Terdapat banyak kali sepanjang hidupnya apabila dia rasa dia tidak boleh tahan. Selama-lamanya kami bersyukur kepada para malaikat duniawi yang berada di sana pada masa itu: duduk bersama dia, dengar dia, menangis dengan dia, dan juga berkongsi kurnia unik, pemahaman rohani dan perhubungan kasih bersama. Dalam keadaan yang penuh kasih, beban sering diangkat di kedua-dua belah tirai.

Elder Joseph B. Wirthlin, memetik 1 Korintus, berkata, “Meskipun aku dapat bercakap dalam pelbagai bahasa manusia, bahkan dalam bahasa malaikat sekalipun, tetapi jika aku tidak mengasihi orang lain, maka kata-kataku hanya seperti bunyi bising yang tidak bermakna.”2

Dia sambung

“Pesanan Paulus kepada kumpulan baru Orang Suci ini adalah sederhana dan jelas: Jika anda tiada kasih ihsan, tindakan anda tidak membuat perbezaan. Anda boleh berbicara dengan bahasa-bahasa, mempunyai kurnia nubuat, memahami segala misteri, dan memiliki segala pengetahuan. Jika anda beriman untuk mengalih gunung pun tidak berfaedah bagi anda tanpa kasih ihsan.

“‘Kasih ihsan adalah kasih suci Kristus’ [Moroni 7:47]. Juruselamat mencontohi kasih itu.”3

Dalam kitab Yohannes kita membaca, “Jika kamu saling mengasihi, semua orang akan tahu bahawa kamu pengikut-pengikut-Ku.”4

Banyak ucapan telah diberikan oleh para pemimpin Gereja kita tentang kasih ihsan, kesatuan, kasih, kebaikan hati, rasa kasihan, keampunan dan belas kasihan. Saya percaya Juruselamat menjemput kita untuk hidup dengan cara yang lebih tinggi dan lebih kudus4—Cara kasih-Nya di mana semua orang dapat berasa seperti mereka benar-benar tergolong dan diperlukan.

Kita diperintahkan untuk mengasihi orang lain,6 dan tidak menghakimi mereka.7 Marilah kita lepaskan beban penghakiman; ia bukan beban kita.8 Tetapi kita boleh mengikut perintah kasih dan rasa kasihan Juruselamat.

“Marilah kepada-Ku, hai kamu semua yang lelah kerana memikul beban yang berat; Aku akan membebaskan kamu daripada beban kamu.

“Ikutlah perintah-Ku dan terimalah ajaran-Ku,

“Perintah yang Aku berikan kepada kamu mudah diturut, dan beban yang Aku berikan mudah dipikul.”9

Juruselamat tidak membenarkan dosa tetapi menawarkan kasih-Nya dan mengampuni apabila kita bertaubat. Kepada wanita yang berzina, Dia berkata, “Aku pun tidak menghukum kamu. Pergilah dan janganlah berdosa lagi.”10 Orang yang Dia sentuh merasa kasih-Nya, dan kasih itu menyembuhkan dan mengubah mereka. Kasih-Nya mengilhami mereka untuk ingin mengubah kehidupan mereka. Menjalani cara-Nya membawa kegembiraan dan kedamaian, dan Dia menjemput orang lain untuk menjalani hidup dengan kelembutan, kebaikan hati, dan kasih.

Elder Gary E. Stevenson berkata: “Ketika kita hadapi kesukaran hidup, penyakit dan kecederaan, Tuhan—Gembala kita, Pengasuh kita—akan beri kita kasih dan kebaikan. Dia akan sembuhkan hati dan pulihkan jiwa kita.”11 Sebagai pengikut Yesus Kristus, bukankah kita harus melakukan demikian?

Juruselamat meminta kita untuk belajar tentang Dia12 dan lakukan hal-hal yang kita lihat Dia lakukan.13 Dia ialah teladan kasih ihsan dan kasih suci. Semasa kita secara bertahap belajar untuk melakukan apa yang Dia minta daripada kita—bukan kerana tugas atau pun berkat yang mungkin kita terima tetapi semata-mata kerana kasih kepada-Nya dan Bapa Syurgawi kita.14—Kasih-Nya akan dirasakan orang lain melalui kita, dan menjadikan semua hal yang Dia minta tidak hanya mungkin, tetapi akhirnya menjadi lebih mudah dan lebih ringan15 dan lebih menggembirakan daripada apa yang kita dapat bayangkan. Ia memerlukan latihan; dan memerlukan waktu bertahun-tahun, seperti adanya bagi saya. Tetapi semasa kita inginkan kasih sebagai kuasa pendorong kita, Dia boleh ambil keinginan itu,16 benih itu, dan akhirnya jadikannya pokok yang indah, penuh dengan buah yang paling manis.17

Kita menyanyi dalam salah satu lagu rohani terkasih kita: “Siapakah saya untuk menghakimi orang kerana saya berjalan dengan salah? Di dalam hati tenang ada kesedihan tersembunyi yang mata tak dapat nampak.”18 Siapakah di antara kita yang mungkin ada kesedihan tersembunyi? Remaja yang memberontak, anak-anak daripada perceraian, ibu atau bapa tunggal, orang yang hadapi cabaran kesihatan jasmani atau minda, orang yang persoalkan iman mereka, orang yang mengalami prasangka perkauman atau budaya, orang yang berasa keseorangan, mereka yang ingin berkahwin, mereka yang ada ketagihan yang tidak diingini dan ramai orang lain yang hadapi pelbagai pengalaman kehidupan yang mencabar—sering kali bahkan mereka yang hidupnya kelihatan sempurna di permukaan.

Tiada seorang pun di antara kita yang memiliki kehidupan atau keluarga yang sempurna. Saya memang tiadanya. Apabila kita berusaha untuk berempati dengan orang lain yang juga mengalami cabaran dan ketidaksempurnaan, ia boleh bantu mereka rasakan bahawa mereka tidak bersendirian dalam perjuangan mereka. Semua orang perlu berasa bahawa mereka benar-benar tergolong dan diperlukan dalam tubuh Kristus.19 Keinginan hebat Setan adalah untuk pisahkan anak-anak Tuhan, dan dia telah sangat berjaya, tetapi terdapat kuasa besar dalam perpaduan.20 Dan kita perlu berjalan bersama-sama dalam perjalanan kefanaan yang mencabar ini!

Nabi kita, Presiden Russell M. Nelson, berkata: “Sebarang penderaan atau prasangka terhadap orang lain kerana kewarganegaraan, bangsa, orientasi seksual, jantina, ijazah pendidikan, budaya atau pengenalan lain yang penting menyinggung Pencipta kita! Penganiayaan sedemikian menyebabkan kita tidak mengikut standard kita sebagai putera dan puteri perjanjian-Nya!”21

Apabila Presiden Nelson jemput semua orang untuk terus masuk dan kekal pada jalan perjanjian yang bawa kita kembali kepada Bapa Syurgawi, dia juga berikan nasihat berikut: “Jika kawan dan keluarga … jauhkan diri dari Gereja, teruskan mengasihi mereka. Ia bukan hak anda untuk menilai pilihan orang lain lebih daripada anda layak untuk dikritik kerana tetap setia.”22

Kawan-kawan, marilah kita ingat bahawa setiap orang di bumi ini ialah anak Tuhan23 dan Dia kasihi setiap orang.24 Adakah terdapat orang di jalan anda yang anda hakimi? Jika ya, ingatlah bahawa ini adalah peluang yang berharga bagi kita untuk cuba mengasihi seperti Juruselamat mengasihi.25 Apabila kita ikuti teladan-Nya, kita boleh memikul bersama-Nya dan bantu pelihara perasaan kasih dan tergolong dalam hati semua anak Bapa kita.

“Kita mengasihi-Nya, kerana Dia mengasihi kita terlebih dahulu.”26 Apabila kita dipenuhi dengan kasih Juruselamat, kuk-Nya benar-benar boleh jadi mudah, dan beban-Nya boleh rasa ringan.27 Semua ini saya bersaksi dalam nama Yesus Kristus, amin.