Penganutan Berkekalan
Kita boleh cari keyakinan rohani dan kedamaian apabila kita bangunkan tabiat kudus dan rutin soleh yang boleh sokong dan kuatkan api iman kita.
Pada musim panas yang lalu ini, lebih dari 200,000 orang belia kita di seluruh dunia berkembang dalam iman pada salah satu sesi satu minggu untuk Kekuatan Remaja, atau persidangan FSY. Untuk keluar dari pengasingan pandemik, bagi kebanyakan orang, kehadiran itu adalah tindakan iman kepada Tuhan. Ramai peserta muda nampaknya menunjukkan penukaran hati yang lebih mendalam. Pada akhir minggu mereka, saya suka bertanya, “Bagaimana dengan persidangan?”
Mereka kadangkala berkata seperti ini: “Hari Isnin saya marah dengan ibu saya kerana dia buat saya datang. Dan saya tidak kenal sesiapa. Dan saya rasa ia tidak sesuai untuk saya. Dan saya tidak akan mempunyai kawan. … Tetapi sekarang sudah hari Jumaat, dan saya mahu tinggal di sini. Saya ingin merasai Roh dalam hidup saya. Saya ingin hidup seperti ini.”
Setiap belia mempunyai cerita sendiri untuk ceritakan tentang saat kejelasan dan kurnia rohani menyumbang kepada pertumbuhan rohani mereka yang lebih mendalam. Saya juga telah diubah pada musim panas FSY ini kerana saya telah lihat Roh Tuhan tidak henti-henti menjawab hasrat soleh hati individu kumpulan muda ini yang temui keberanian untuk percayai Dia dalam jagaan-Nya selama seminggu.
Seperti kapal keluli yang bersinar di atas laut, kita hidup dalam persekitaran yang sedang mereput secara rohani di mana keyakinan yang paling kuat mesti dijaga dengan teliti atau ia boleh pudar, terhakis dan hancur.
Apakah Perkara yang Kita Boleh Lakukan Untuk Jaga Api Kepercayaan kita?
Pengalaman seperti persidangan FSY, kem, pertemuan sakramen dan misi boleh bantu kuatkan kesaksian kita, bawa kita melalui perkembangan dan penemuan rohani ke tempat kedamaian yang relatif. Tetapi apakah yang kita harus lakukan untuk kekal di sana dan kekal “maju terus dengan ketabahan di dalam Kristus” (2 Nefi 31:20) dan tidaklah melangkah ke belakang? Kita mesti terus lakukan hal-hal yang memajukan kita sejak permulaan, seperti sentiasa berdoa , baca tulisan suci dan melayani dengan ikhlas.
Bagi sesetengah daripada kita, kita perlu cuba mempercayai Tuhan seperti menghadiri pertemuan sakramen. Tetapi apabila di sana, pengaruh penyembuhan sakramen Tuhan, penyerapan asas injil dan memelihara komuniti Gereja boleh menguatkan kita.
Dari Manakah Datangnya Kuasa untuk Berkumpul Bersama Secara Bersemuka?
Di FSY, beberapa ratus ribu dan lebih remaja kita mengenali Juruselamat dengan gunakan formula mudah untuk berkumpul di mana dua atau lebih orang berkumpul dalam nama-Nya (lihat Matius 18:20), libatkan injil dan tulisan suci, nyanyi bersama, berdoa bersama dan temui kedamaian dalam Kristus. Ini adalah preskripsi yang kuat untuk kesedaran rohani.
Kumpulan saudara dan saudari dari serata tempat kini telah pulang ke rumah untuk tentukan apa ertinya untuk “percayalah kepada Tuhan” (Amsal 3:5; tema remaja 2022) apabila dikelilingi oleh pengaruh dunia yang tidak terbatas. Adalah mudah untuk “dengarkanlah Dia” (Joseph Smith—History 1:17) di tempat tenang merenung kitab suci yang terbuka luas. Tetapi adalah suatu perkara untuk mengamalkan penganutan dikalangan gangguan dunia fana, di mana kita mesti berusaha untuk “dengarkanlah Dia” walaupun melalui kebimbangan diri dan keyakinan yang goyah. Janganlah kita ragu-ragu: itulah ciri-ciri dijunjung oleh remaja kita setelah mereka tetapkan hati dan fikiran mereka untuk berdiri teguh terhadap perubahan moral pada zaman kita.
Apakah yang Keluarga Boleh Lakukan Di Rumah untuk Bina pada Momentum yang Dicipta Dalam Aktiviti Gereja?
Saya pernah melayani sebagai suami kepada presiden Remaja Puteri pancang. Pada satu malam saya ditugaskan untuk menyusun biskut di ruang tetamu semasa isteri saya sedang mengacarakan pertemuan rohani di dalam gereja bagi ibu bapa dan anak perempuan yang bersedia untuk menghadiri kem Remaja Puteri minggu depan. Selepas membuat penjelasan di mana untuk berkumpul dan barang untuk dibawa, isteri saya berkata, “Baiklah, Semasa kamu menghantar anak perempuan kamu di depan bas, kamu peluk mereka dengan erat. Dan kamu mencium mereka—kerana mereka tidak akan kembali.”
Saya terdengar seseorang terkejut, kemudian sedar itu adalah saya. “Tidak akan kembali?”
Tetapi kemudian dia teruskan, “Apabila kamu hantar anak-anak pada pagi Selasa itu, mereka akan tinggalkan gangguan yang kurang penting dan meluangkan masa seminggu bersama untuk belajar, berkembang dan percaya kepada Tuhan. Kami akan berdoa, nyanyi, masak dan melayani serta berkongsi kesaksian bersama dan lakukan hal-hal yang membolehkan kami rasakan Roh Bapa Syurgawi, sepanjang minggu, sehingga ia penuhi mereka. Dan pada hari Sabtu, anak-anak yang kamu lihat keluar dari bas itu tidak akan menjadi orang yang kamu hantar pada pagi Selasa itu. Mereka akan menjadi orang baharu. Dan jika kamu bantu mereka teruskan dari pengalaman hebat itu, mereka akan kagumkan kamu. Mereka akan terus berubah dan berkembang. Begitu juga dengan keluarga kamu.”
Pada hari Sabtu itu, ia berlaku seperti diharapkan. Semasa saya memuatkan barangan khemah, saya terdengar suara isteri saya dari amfiteater kecil, di mana semua orang berkumpul sebelum pulang. Saya dengar dia berkata, “Oh, di sana kamu. Kami telah perhatikan kamu sepanjang minggu. Gadis-gadis Hari Sabtu kita.”
Remaja Zion yang teguh sedang maju melalui masa yang menakjubkan. Mencari kebahagiaan dalam dunia penuh gangguan ini tanpa menjadi sebahagian dari dunia itu, yang tidak peduli akan hal-hal kekudusan, adalah tanggungjawab khas mereka. Seratus tahun yang lalu, G. K. Chesterton bercakap seolah-olah dia nampak usaha ini sebahagian daripada berpusat di rumah dan disokong Gereja apabila dia berkata, “Kita harus menjadi seperti sebuah istana yang kukuh, dibina untuk menahan serangan, tetapi juga menjadi rumah yang selesa untuk kembali pada waktu senja” (Orthodoxy [1909], 130).
Syukurnya, anak-anak kita tidak perlu pergi bertahan bersendirian. Mereka ada satu sama lain. Dan mereka ada anda. Dan mereka ikuti seorang nabi yang hidup, Presiden Russell M. Nelson, yang pimpin dengan optimisme sebagai seorang pelihat yang mengisytiharkan bahawa usaha besar pada masa ini—pengumpulan Israel—akan jadi besar dan agung. (lihat “Harapan Israel” [pertemuan rohani remaja sedunia, 3 Jun 2018], HopeofIsrael.ChurchofJesusChrist.org).
Pada musim panas ini, isteri saya, Kalleen, dan saya menukar kapal pesawat di Amsterdam, di mana, bertahun-tahun sebelumnya, saya seorang misionari baru. Selepas berbulan-bulan bersusah payah mempelajari bahasa Belanda, penerbangan KLM kami sedang mendarat, dan kapten buat pengumuman tidak difahami dalam sistem PA. Selepas beberapa saat yang sunyi, teman saya berkata, “Saya rasa itu bahasa Belanda.” Kami cuba baca fikiran satu sama lain: Usaha mempelajari bahasa sudah sia-sia.
Tetapi semuanya tidak sia-sia. Ketika saya terkagum dengan tindakan iman yang kami lalui sejak melalui lapangan terbang ini, saya mengenang banyak mukjizat berlaku semasa saya seorang misionari dahulu. Saya terserempak dengan seorang misionari yang sedang menunggu pesawatnya. Dia memperkenalkan dirinya dan bertanya, “Presiden Lund, apakah harus saya buat sekarang? Bagaimana saya dapat kekal kuat seperti sekarang?”
Inilah soalan yang turut di minda remaja kita apabila mereka berangkat dari persidangan FSY, kem remaja, perjalanan bait suci, dan bila-bila masa mereka rasakan kuasa syurga: “Bagaimanakah mengasihi Tuhan menjadi penganutan yang berkekalan?”
Saya merasakan kasih sayang untuk misionari ini masih melayani pada saat terakhir misinya, dan dalam ketenangan Roh seketika itu saya menjawab dengan ringkas, “Kamu tidak perlu pakai lencana untuk mewakili nama-Nya.”
Saya mahu letakkan tangan saya ke atas bahunya dan berkata, “Inilah apa yang kamu lakukan. Pulanglah ke rumah dan kamu kekal begini. Kamu sudah baik sekarang seakan-akan bersinar dalam gelap. Disiplin dan pengorbanan misi anda telah menjadikan kamu anak Tuhan yang hebat. Terus lakukan di rumah apa yang telah amalkan di sini. Kamu telah belajar untuk berdoa, kepada siapa kamu berdoa dan cara doa. Kamu telah kaji firman-Nya dan telah mula mengasihi Juruselamat dengan cuba menjadi seperti Dia. Kamu telah kasihi Bapa Syurgawi seperti Dia kasihi Bapa Syurgawi, melayani orang lain seperti Dia melayani orang lain, dan patuhi perintah-perintah seperti Dia patuhinya—dan apabila kamu tidak, kamu telah bertaubat. Penganutan kamu bukan hanya satu slogan di atas kemeja T—ia telah menjadi sebahagian kehidupan kamu dengan tujuan hidup bagi orang lain. Pulanglah ke rumah dan lakukannya. Jadilah itu. Bawa momentum rohani ini ke dalam kehidupan kamu.”
Saya tahu bahawa melalui kepercayaan kepada Tuhan Yesus Kristus dan jalan perjanjian-Nya, kita boleh temui keyakinan rohani dan kedamaian apabila kita bangunkan tabiat kudus dan rutin soleh yang boleh sokong dan menguatkan api iman kita. Semoga kita semua bergerak lebih dekat kepada api yang bersemarak itu, tidak kira apa terjadi, kekal kuat. Dalam nama Yesus Kristus, amin.