Persidangan Umum
Luapan Api di Kalbu
persidangan umum April 2024


13:28

Luapan Api di Kalbu

Tuhan mendengar setiap doa yang kita berikan dan menjawab setiap doa mengikut jalan yang Dia telah gariskan untuk penyempurnaan kita.

Saudara dan saudari, saya pelajari satu pelajaran pedih sejak kali terakhir berdiri di mimbar ini pada Oktober 2022. Pelajaran itu adalah:jika anda tidak beri ucapan yang baik, anda boleh dilarang untuk persidangan yang akan datang. Anda lihat saya ditugaskan pada awal sesi pertama pagi ini. Apa yang anda tidak tahu, saya seperti berdiri di atas pintu perangkap yang bahaya. Jika ucapan ini tidak berjalan lancar, saya tidak akan berjumpa anda untuk beberapa persidangan lagi.

Dalam semangat lagu rohani indah dengan koir yang indah ini, saya telah pelajari beberapa pelajaran baru-baru ini bahawa, dengan bantuan Tuhan, saya ingin berkongsi dengan anda hari ini. Itu menjadikan ucapan ini sangat peribadi.

Pengalaman yang paling peribadi dan pedih ini ialah pemergian isteri terkasih saya, Pat. Dia adalah wanita terhebat yang pernah saya kenali—seorang isteri dan ibu yang sempurna, belum termasuk kesucian, kurnia ungkapan, kerohanian dia. Dia pernah memberi ucapan bertajuk “Memenuhi Ukuran Penciptaan Anda.” Nampaknya kepada saya, dia memenuhi ukuran penciptaan dia dengan lebih berjaya daripada yang diimpikan. Dia adalah anak perempuan Tuhan yang sempurna, seorang wanita teladan dalam Kristus Saya adalah lelaki yang paling bernasib baik untuk menghabiskan 60 tahun hidup saya dengannya. Jika saya layak, pemeteraian kami bererti saya boleh menghabiskan keabadian dengan dia.

Satu lagi pengalaman bermula 48 jam selepas pengebumian isteri saya. Pada masa itu, saya dimasukkan ke hospital dengan keadaan perubatan yang serius. Saya kemudian habiskan empat minggu pertama daripada enam minggu di rawatan rapi dan separa sedar.

Hampir semua pengalaman saya dalam hospital sepanjang tempoh pertama itu saya tidak dapat ingat. Apa yang tidak hilang adalah ingatan perjalanan saya di luar hospital, pada apa yang seperti hujung keabadian. Saya tidak dapat sepenuhnya bercakap tentang pengalaman itu di sini, tetapi saya boleh katakan sebahagian dari apa yang saya terima adalah arahan—galakan untuk kembali pada pelayanan saya dengan lebih mendesak, lebih berbakti, lebih fokus kepada Juruselamat, lebih iman kepada firman-Nya.

Saya merasakan saya menerima wahyu versi peribadi saya yang diberikan kepada Dua Belas hampir 200 tahun yang lalu:

“Engkau harus memberi kesaksian tentang nama-Ku … [dan] mengutuskan firman-Ku ke hujung-hujung bumi. …

“… Dari pagi ke pagi; dan hari demi hari biarlah suara peringatanmu disebarkan; dan apabila malam tiba janganlah biarkan penduduk bumi terlelap, kerana pembicaraanmu. …

“Bangunlah[,] … pikullah salibmu, [dan] ikutlah Aku.”1

Saudara dan saudari terkasih, sejak pengalaman itu, saya semakin tekun untuk memikul salib saya, untuk mencari di mana saya boleh mengangkat suara kerasulan untuk menggalakkan dan memberi amaran pada waktu pagi, dari siang ke malam.

Itu membawa saya kepada fahaman ketiga yang datang pada bulan-bulan kehilangan, kesakitan, dan kesusahan itu. Iaitu kesaksian yang diperbaharui dan rasa kesyukuran yang mendalam untuk doa yang teguh dari Gereja ini—doa anda—yang mana saya telah menerimanya. Saya akan bersyukur selamanya atas doa ribuan orang yang, seperti balu yang mendesak,2 berulang kali meminta campur tangan syurga bagi pihak saya. Saya menerima berkat imamat, dan saya melihat kelas sekolah menengah saya berpuasa untuk saya, termasuk beberapa bahagian di seluruh Gereja. Dan nama saya pasti ada di gulungan doa hampir di setiap bait sucidi Gereja.

Dalam kesyukuran mendalam untuk semua ini, saya petik kata-kata G. K. Chesterton, “berterima kasih adalah pemikiran tertinggi; dan… kesyukuran adalah kebahagiaan digandakan dengan keajaiban.”3 Dari lubuk hati saya dan “kebahagiaan digandakan dengan keajaiban,” saya berterima kasih kepada anda semua dan kepada Bapa Syurgawi saya, yang mendengar doa-doa anda dan memberkati hidup saya.

Saudara dan saudari, saya bersaksi Tuhan mendengar setiap doa yang kita berikan dan menjawab setiap doa mengikut jalan yang Dia telah gariskan untuk penyempurnaan kita. Saya sedar pada masa sama semua orang berdoa untuk kesembuhan saya, begitu ramai juga—termasuk saya—yang berdoa untuk kesembuhan isteri saya. Saya bersaksi bahawa kedua-dua doa itu telah didengari dan dijawab oleh Bapa Syurgawi yang berbelas kasihan, walaupun doa untuk Pat tidak dijawab seperti yang saya mahu. Hanya Tuhan tahu mengapa doa-doa dijawab berbeza daripada yang kita harapkan—tetapi saya berjanji kepada anda, doa-doa itu didengar , dan ia dijawab menurut kasih dan masa-Nya.

Jika kita “memohon secara tidak salah,”4 tidak ada batas untuk bila, di mana, atau tentang apa yang kita harus berdoa. Menurut wahyu, kita harus “berdoa selalu.”5 Kita harus berdoa, kata Amulek, untuk “mereka yang berada di sekitarmu,”6 dengan kepercayaan bahawa “doa orang yang melakukan kehendak Tuhan mempunyai kuasa besar.”7 Doa-doa kita harus bersuara apabila di tempat tertutup.8 Jika itu tidak praktikal, doa-doa boleh diucap senyap dalam hati kita.9 Kita menyanyikan bahawa doa adalah “luapan api di kalbu,”10 selalu ditawarkan, menurut Juruselamat sendiri, kepada Tuhan Bapa Abadi atas nama Anak Tunggal-Nya.11

Kawan yang dikasihi, doa kita adalah saat paling manis,12 “doa cetusan hati,”13 penyembahan kita yang paling mudah dan paling murni.14 Kita harus berdoa secara individu, dalam keluarga kita, dan dalam jemaah dari semua saiz.15 Kita harus menggunakan doa sebagai perisai terhadap godaan,16 dan jika kita merasa untuk tidak berdoa, kita boleh yakin bahawa keraguan tidak datang daripada Tuhan, yang ingin berkomunikasi dengan anak-anak-Nya pada bila-bila masa. Sesungguhnya, beberapa usaha untuk menjauhkan kita dari berdoa datang terus dari musuh.17 Apabila kita tidak tahu bagaimana atau apa yang harus didoakan, kita harus bermula, dan teruskan, sehingga Roh Kudus membimbing kita tentang doa yang kita harus tawarkan.18 Kita mungkin perlu gunakan cara ini ketika berdoa untuk musuh kita dan mereka yang menganiaya kita.19

Akhirnya, kita boleh melihat teladan Juruselamat, yang sangat kerap berdoa. Amat menarik bagi saya bahawa Yesus sentiasa merasakan keperluan untuk berdoa. Bukankah Dia sempurna? Untuk apa Dia perlu berdoa? Saya telah menyedari bahawa Dia juga, dengan kita, ingin “mencari wajah [Bapa], percaya firman-Nya, dan mempercayai rahmat-Nya.”20 Masa demi masa, Dia berundur dari masyarakat untuk bersendirian sebelum masuk ke syurga dengan doa-Nya.21 Pada masa lain, Dia berdoa bersama beberapa yang lain. Kemudian Dia akan mencari syurga bagi pihak orang ramai yang berada di lereng bukit. Kadang-kadang doa memuliakan pakaian-Nya.22 Kadang-kadang ia memuliakan wajah-Nya.23 Kadang-kadang Dia berdiri untuk berdoa, kadang-kadang Dia berlutut untuk berdoa, dan sekurang-kurangnya sekali Dia meniarap dalam doa.24

Lukas menggambarkan penderitaan Yesus memerlukan-Nya untuk “semakin tekun” berdoa.25 Bagaimanakah seseorang yang sempurna semakin tekun berdoa? Kita menganggap semua doa-Nya adalah tekun, namun dalam memenuhi korban tebusan-Nya dan melalui kesakitan yang merangkumi sejagat, Dia terdorong untuk lebih tekun berdoa, sehingga beban kesakitan-Nya menyebabkan darah keluar dari setiap liang roma.

Dengan kemenangan Kristus atas kematian dan kurnia terbaru-Nya kepada saya untuk [hidup] beberapa hari atau minggu atau bulan lagi dalam kefanaan, saya khusyuk bersaksi tentang realiti kehidupan abadi dan keperluan untuk kita menjadi serius dalam perancangan kita untuknya.

Saya menjadi saksi bahawa apabila Kristus datang, Dia perlu mengenali kita—bukan sebagai ahli nominal yang disenaraikan dalam rekod pembaptisan yang pudar tetapi sebagai ahli yang komited, setia percaya, pengikut yang menjaga perjanjian. Ini adalah hal yang mendesak untuk kita semua, supaya kita tidak akan mendengar dengan penyesalan yang dahsyat: “‘Aku tidak mengenal kamu,”26 atau, sebagaimana Joseph Smith terjemahkan “[Kamu] tidak pernah mengenali Aku.”27

Nasib baik, kita ada bantuan untuk tugas kita—banyak bantuan. Kita perlu percaya kepada malaikat, mukjizat dan janji-janji imamat kudus. Kita perlu percaya pada kurnia Roh Kudus, pengaruh keluarga dan kawan yang baik, dan kuasa kasih murni Kristus. Kita perlu percaya kepada wahyu dan nabi, pelihat, dan pewahyu dan Presiden Russell M. Nelson. Kita perlu percaya bahawa melalui doa dan rayuan dan kesolehan peribadi kita, kita boleh ke “Gunung Sion, … kota Tuhan yang hidup, tempat syurgawi, yang paling kudus dari semuanya.”28

Saudara dan saudari, ketika kita bertaubat dari dosa-dosa kita dan datang dengan berani ke “takhta [rahmat],”29 meninggalkan di hadapan-Nya di sana sedekah kita doa yang tulus, kita akan temui belas kasihan dan pengampunan di tangan baik hati Bapa abadi kita dan Putera-Nya. Kemudian, dengan Ayub dan yang setia, kita akan melihat dunia “terlalu ajaib”30 untuk difahami. Dalam nama Yesus Kristus, amin.