Menyambung Dua Perintah Terpenting
Kemampuan kita mengikuti Yesus Kristus bergantung pada kekuatan kita menjalankan perintah pertama dan kedua dengan keseimbangan dan kebaktian yang setara.
Pengenalan
Semasa isteri saya, Lesa dan saya bertugas di seluruh dunia, kami berkesempatan untuk temui anda dalam jemaah yang besar dan kecil. Kesetiaan anda kepada pekerjaan Tuhan telah menaikkan semangat kami dan menjadi kesaksian injil Yesus Kristus. Kami pulang dari setiap perjalanan tertanya-tanya jika kami telah memberi sebanyak yang kami terima daripada anda.
Sewaktu bertugas, kami tidak banyak masa untuk bersiar-siar. Walau bagaimanapun, apabila boleh, saya menghabiskan beberapa saat dalam hobi tertentu. Saya berminat dalam seni bina dan reka bentuk dan terutamanya jambatan. Jambatan gantung mengagumkan saya. Sama ada Jambatan Pelangi di Tokyo, Jambatan Tsing Ma di Hong Kong, Tower Bridge di London, atau yang lain, saya kagum dengan kepintaran kejuruteraan yang bina struktur rumit ini. Jambatan membolehkan kita ke tempat yang kita tidak akan dapat pergi tanpanya. (Sebelum saya meneruskan, saya perhatikan bahawa sejak mesej ini disediakan, kemalangan jambatan tragis berlaku di Baltimore. Kami meratapi kehilangan nyawa dan mengucapkan takziah kepada keluarga yang terjejas.)
Jambatan Gantung yang Mengagumkan
Baru-baru ini, tugasan persidangan membawa saya ke California, di mana saya sekali lagi menyeberangi Jambatan Golden Gate yang ikonik, dianggap sebagai keajaiban kejuruteraan dunia. Struktur ini mengabungkan bentuk yang indah, tujuan berfungsi, dan kejuruteraan yang mahir. Ia adalah jambatan gantung klasik dengan menara-menara di hujung, disokong oleh tiang-tiang yang besar. Menara berkembar yang besar dan kukuh adalah elemen pertama dibina yang kelihatan menonjol dari atas lautan. Menara itu memuatkan kabel-kabel gantung utama dan kabel gantung menegak, yang menampung jalan di bawah. Keupayaan penstabilan yang luar biasa—kuasa menara itu—ialah keajaiban bidang kejuruteraan jambatan.
Imej pembinaan awal jambatan itu bersaksi tentang prinsip kejuruteraan ini. Setiap elemen jambatan mendapat sokongan berat dari menara-menara simetri, kedua-dua saling menghubungkan satu sama lain.
Apabila jambatan itu siap, dengan dua menara yang kuat di tempatnya dan jeti berlabuh di asas batuan dasar, ia adalah imej kekuatan dan keindahan.
Hari ini saya menjemput anda untuk melihat jambatan yang megah ini—dengan menara berkembar yang menaik dibina di atas asas yang kukuh—melalui pandangan injil.
Di akhir pelayanan Yesus Kristus, dikenali Minggu Kudus, seorang Farisi yang adalah seorang guru Taurat1 bertanya kepada Juruselamat satu soalan yang dia tahu adalah hampir mustahil untuk dijawab:2 “Guru, perintah manakah yang paling utama dalam Taurat?”3 Guru Taurat itu, “cuba memerangkap [Dia]”4 dan mencari jawapan, dengan niat yang tidak soleh, [namun] menerima jawapan ilahi, kudus [dan] suci daripada Yesus Kristus.
“Yesus menjawab, Kasihilah Tuhan Rajamu dengan sepenuh hatimu, dengan segenap jiwamu dan dengan seluruh akalmu.
Inilah perintah yang terutama dan yang terpenting! Mendengar analogi jambatan kita, itu menara pertama!
“Perintah kedua sama pentingnya dengan yang pertama.” Ini menara kedua!
“Seluruh Taurat Musa dan ajaran nabi-nabi berasaskan kedua-dua perintah ini.”3 Elemen-elemen jambatan yang selebihnya!
Mari kaji dua perintah terpenting, yang Yesus Kristus ungkapkan dan petik dalam jawapan Kristus. Semasa kita lakukan ini, biarlah imej jambatan gantung yang mengagumkan, dengan menara-menaranya memuncak ke syurga, bergema dalam minda anda.
Mengasihi Tuhan
Yang pertama, untuk mengasihi Tuhan dengan sepenuh hati, jiwa, dan akal anda.
Dalam jawapan ini, Yesus Kristus mempersetujui intipati Hukum yang terkandung dalam ajaran-ajaran kudus Perjanjian Lama. Untuk mengasihi Tuhan adalah memusatkan hati dan sifat anda. Tuhan kemudian meminta anda untuk mengasihi dengan sepenuh jiwa anda—membaktikan diri sepenuhnya8—dan akhirnya, untuk mengasihi dengan semua akal anda—kecerdasan dan intelek anda. Kasih kepada Tuhan tidak terhad atau terbatas. Ia adalah tidak terhingga dan abadi.
Bagi saya, perintah pertama yang terpenting kadang-kadang terasa abstrak, bahkan menakutkan. Syukur, semasa saya mempertimbangkan kata-kata yang Yesus, perintah ini menjadi lebih mudah difahami: “Jika kamu mengasihi Aku, kamu akan mentaati perintah-perintah-Ku.”5 Ini saya boleh lakukan. Saya boleh kasihi Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus, yang membawa kepada doa, kajian tulisan suci, dan penyembahan bait suci. Kita mengasihi Bapa dan Putera melalui pembayaran persepuluhan, menguduskan hari Sabat, menjalani kehidupan yang berhemah dan murni, dan menjadi patuh.
Mengasihi Tuhan sering diukur dalam perbuatan kecil harian, berjalan di jalan perjanjian: bagi orang muda, gunakan media sosial untuk membina dan bukan meruntuhkan; tinggalkan pesta, wayang, atau aktiviti di mana standard mungkin dicabar; tunjukkan ketakziman terhadap hal-hal yang kudus.
Pertimbangkan contoh ini. Ia adalah hari Ahad puasa sebagai Vance6 dan saya mengetuk pintu rumah yang kecil dan rendah hati. Kami dan deacons lain dalam kuorum telah mengharapkan kata-kata, “Sila masuk,” dengan hangat dalam loghat Jerman tebal yang cukup kuat melalui pintu. Sister Muellar adalah salah seorang daripada beberapa balu imigran di bahagian. Dia tidak dapat menjawab pintu dengan mudah, kerana dia buta. Melangkah masuk ke dalam rumah yang bercahaya malap, dia menyambut kami dengan soalan: Siapa nama kamu? Apa khabar anda? Adakah kamu mengasihi Tuhan? Kami jawab dan berkongsi bahawa kami datang untuk menerima sumbangan puasa dia. Walaupun pada usia muda kami, keadaannya yang tidak seberapa jelas kelihatan, dan responsnya yang penuh dengan iman sangat menyentuh hati: “Saya meletakkan sepuluh sen di kaunter awal pagi tadi. Saya sangat bersyukur untuk mempersembahkan sumbangan puasa saya. Bolehkah kamu memasukkannya ke dalam sampul surat dan mengisi resit sumbangan puasa saya?” Cintanya kepada Tuhan mengangkat iman kita setiap kali kita meninggalkan rumahnya.
Raja Benyamin menjanjikan hasil yang luar biasa bagi mereka yang mengikuti perintah terutama yang terpenting. “Aku berhasrat agar kamu hendaknya mempertimbangkan keadaan diberkati dan bahagia orang yang mentaati perintah-perintah. … Mereka diberkati dalam segala hal, baik duniawi mahupun rohani dan jika mereka bertahan setia sampai akhir mereka diterima ke dalam syurga … dalam suatu keadaan kebahagiaan yang tak akan berakhir.”7
Mengasihi Tuhan membawa kepada kegembiraan abadi!
Kasihi Sesama Manusia
Yesus kemudian berfirman, “Perintah kedua sama pentingnya dengan yang pertama: Kasihilah sesama manusia seperti kamu mengasihi dirimu sendiri.”8 Ini menara kedua untuk jambatan itu.
Di sini Yesus menyambung hasrat syurgawi kita, untuk mengasihi Tuhan, dengan hasrat duniawi kita, untuk mengasihi sesama manusia. Keduanya saling bergantung pada yang lain. Kasih Tuhan tidak lengkap jika kita mengabaikan sesama manusia. Kasih luaran ini termasuk semua anak-anak Tuhan tanpa mengira jantina, kelas sosial, bangsa, seksualiti, pendapatan, umur, atau etnik. Kita mencari mereka yang terluka dan kecewa, yang terpinggir, kerana “semua adalah sama bagi Tuhan.”9 Kita “sokonglah yang lemah, angkatlah tangan yang terkulai, dan kuatkanlah lutut-lutut yang lemah.”10
Pertimbangkan contoh ini: Brother Evans11 terkejut apabila dia didorong untuk hentikan keretanya dan mengetuk pintu keluarga yang tidak dikenali. Apabila seorang balu kepada 10 anak menjawab pintu, keadaan sukar dan keperluan mereka menjadi jelas kepadanya. Keperluan pertama adalah cat rumah mereka dan diikuti dengan pelayanan duniawi dan rohani bertahun-tahun.
Ibu ini menulis tentang kawannya yang dikirim dari syurga: “Kamu telah habiskan hidup untuk menjangkau kepada kami yang kurang bernasib baik ini. Betapa saya ingin dengar pujian Tuhan kepada kamu semasa Dia menyatakan penghargaan-Nya untuk kebaikan yang kamu lakukan dari segi kewangan dan rohani, untuk orang-orang yang hanya kamu dan Dia sahaja tahu. Terima kasih kerana banyak memberkati kami, … untuk para misionari yang dihantar. … Saya sering tertanya jika Tuhan hanya memilih kamu, atau kamu sahaja yang mendengar.”
Untuk mengasihi sesama manusia termasuk perbuatan kebaikan dan pelayanan seperti Kristus. Adakah anda akan melepaskan dendam, mengampuni musuh, mengalu-alukan dan melayani sesama anda, dan membantu orang tua? Anda masing-masing akan diilhami semasa anda membina menara kasih sesama manusia.
Presiden Russell M. Nelson mengajar: “Memberi bantuan kepada orang lain—membuat usaha cermat untuk mengambil berat tentang orang lain sebanyak atau lebih daripada kita mengambil berat tentang diri kita—ialah kegembiraan kita. Terutamanya … apabila ia tidak [mudah] dan apabila ia di luar zon selesa kita. Mematuhi perintah utama kedua itu adalah penting untuk menjadi seorang pengikut Yesus Kristus yang benar.”12
Satu Kebergantungan
Yesus juga mengajar, “Seluruh Taurat Musa dan ajaran nabi-nabi berasaskan kedua-dua perintah ini.”13 Ini memberi pengajaran. Terdapat kebergantungan penting antara mengasihi Tuhan dan mengasihi sesama. Untuk Jambatan Golden Gate melaksanakan fungsi rekaannya, kedua-dua menara adalah sama kuat dan sama-sama menanggung beban kabel-kabel gantung, jalan raya, dan trafik yang menyeberangi jambatan. Tanpa simetri kejuruteraan ini, jambatan ini boleh terjejas, bahkan runtuh. Untuk mana-mana jambatan gantung melakukan tujuan ia dibina, menara-menaranya mesti berfungsi bersama dalam penuh harmoni. Begitu juga, kemampuan kita mengikuti Yesus Kristus bergantung pada kekuatan kita menjalankan perintah pertama dan kedua dengan keseimbangan dan kebaktian yang setara.
Pertikaian yang semakin meningkat di dunia mencadangkan bahawa kadangkala kita gagal melihat atau mengingati ini. Ada yang terlalu fokus mentaati perintah-perintah sehingga mereka kurang bertoleransi terhadap mereka yang kelihatan kurang soleh. Ada yang rasa sukar untuk mengasihi mereka yang pilih untuk menjalani hidup di luar perjanjian atau bahkan jauh dari agama.
Sebaliknya, ada yang menekankan kepentingan mengasihi orang lain tanpa mengakui bahawa kita semua bertanggungjawab kepada Tuhan. Ada yang menolak sepenuhnya tanggapan bahawa adanya kebenaran mutlak, atau benar dan salah, dan percaya bahawa satu-satunya hal yang kita perlukan adalah toleransi dan menerima pilihan orang lain. Salah satu ketidakseimbangan ini boleh menyebabkan jambatan rohani peribadi anda condong atau runtuh.
Presiden Dallin H. Oaks gambarkan ini ketika berkata: “Kita diperintahkan untuk mengasihi semua, kerana perumpamaan Yesus tentang orang Samaria yang baik mengajarkan bahawa semua orang adalah jiran kita. Namun kesungguhan kita untuk mematuhi perintah kedua ini tidak harus menyebabkan kita lupa perintah pertama, iaitu untuk mengasihi Tuhan dengan segenap jiwa dan segenap akal budi kita.”14
Kesimpulan
Soalan untuk kita adalah, bagaimanakah kita membina jambatan iman dan kebaktian sendiri—mendirikan menara jambatan untuk kasihi Tuhan dan sesama kita? Kita baru sahaja bermula. Usaha awal kita mungkin kelihatan seperti pelan atas kertas atau cetakan biru awal jambatan yang kita ingin bina. Ia mungkin mengandungi beberapa matlamat realistik untuk berusaha memahami injil Tuhan atau berikrar untuk kurang menghakimi orang lain. Tiada siapa yang terlalu muda atau terlalu tua untuk bermula.
Dengan perancangan yang penuh doa dan teliti, idea-idea kasar dapat diperbaikkan. Tindakan baharu menjadi tabiat. Draf awal menjadi cetakan biru yang gemilang. Kita membina jambatan rohani peribadi dengan hati dan minda berbakti kepada Bapa Syurgawi dan Putera Tunggal-Nya serta saudara dan saudari yang kita kerja, main, dan hidup bersama.
Kelak, apabila anda menyeberangi jambatan gantung yang megah atau melihat gambar menara menakjubkan itu, saya jemput anda untuk ingati dua perintah terpenting, yang Yesus Kristus gambarkan dalam Perjanjian Baru. Semoga arahan Tuhan mengilhami kita. Semoga hati dan minda kita diangkat, untuk mengasihi Tuhan dan berpaling ke luar untuk mengasihi jiran kita.
Semoga ini menguatkan iman kita kepada Yesus Kristus dan Korban Tebusan-Nya, saya bersaksi dalam nama Yesus Kristus, amin.