Semua Hal Demi Kebaikan Kita
Sekarang dan secara keabadian, tujuan penciptaan dan sifat Tuhan sendiri adalah untuk mendatangkan segala hal bersama demi kebaikan kita.
Hari ini, 6 April, ulang tahun Yesus Kristus memulihkan Gereja zaman akhir-Nya—dan sebahagian musim Easter apabila kita bersaksi dengan gembira tentang kehidupan sempurna Yesus Kristus, korban tebusan, dan Kebangkitan agung-Nya.
Sebuah cerita Cina bermula dengan anak seorang lelaki menemui seekor kuda yang cantik.
“Betapa bertuahnya,” kata jiran-jiran.
“Kita akan lihat,” kata lelaki itu.
Kemudian anak lelaki itu jatuh dari kuda dan cedera kekal.
“Betapa malangnya,” kata jiran-jiran.
“Kita akan lihat,” kata lelaki itu.
Satu askar kerahan datang tetapi tidak mengambil anak lelaki yang cedera itu.
“Betapa bertuahnya,” kata jiran-jiran.
“Kita akan lihat,” kata lelaki itu.
Dunia yang berubah ini sering diumbang-ambing, tidak menentu, kadang-kala bertuah, dan—kerap kali—malang. Namun, dalam dunia kesengsaraan ini,1 “kita tahu bahawa Tuhan mengendalikan segala hal sehingga menghasilkan yang baik bagi orang yang mengasihi Dia.”2 Sesungguhnya, apabila kita berjalan lurus dan mengingati perjanjian kita, “segala hal akan bekerja bersama demi kebaikanmu.”3
Semua hal demi kebaikan kita.
Satu janji yang hebat! Jaminan yang menghiburkan daripada Tuhan Sendiri! Dalam cara yang menakjubkan, tujuan Penciptaan dan sifat Tuhan adalah untuk mengetahui permulaan dan pengakhiran;4 untuk mendatangkan semua hal demi kebaikan kita; dan untuk membantu kita menjadi suci dan kudus melalui rahmat dan Korban Tebusan Yesus Kristus.
Korban Tebusan Yesus Kristus dapat membebaskan dan menebus kita dari dosa. Tetapi Yesus Kristus juga faham setiap kesakitan, kesengsaraan, penyakit,5 kesedihan, perpisahan. Sekarang dan secara abadi, kemenangan-Nya atas kematian dan neraka boleh membetulkan segala hal.6 Dia bantu menyembuhkan yang hancur dan diperkecilkan, mendamaikan yang marah dan terbahagi, menghiburkan yang kesunyian dan terasing, menggalakkan yang tidak yakin dan tidak sempurna, dan mendatangkan mukjizat yang hanya wujud melalui Tuhan.
Kami menyanyi hallelujah dan menjerit hosanna! Dengan kuasa abadi dan kebaikan yang tidak terhingga, dalam rancangan kebahagiaan Tuhan semua hal boleh bekerjasama untuk kebaikan kita. Kita boleh menghadapi kehidupan dengan yakin dan tidak takut.
Jika kita dibiarkan sendirian, kita mungkin tidak tahu kebaikan sendiri. Apabila “saya pilih saya,” saya juga memilih had, kelemahan, [dan] kekurangan diri sendiri. Akhirnya, untuk melakukan hal baik, kita mestilah baik.7 Oleh kerana tiada seorang pun kecuali Tuhan yang baik,8 kita harus mencari kesempurnaan dalam Yesus Kristus.9 Kita menjadi diri kita yang sebenar, yang terbaik hanya dengan kita menanggalkan manusia alamiah dan menjadi seorang anak kecil di hadapan Tuhan.
Dengan kepercayaan dan iman kita kepada Tuhan, cubaan dan kesengsaraan boleh dibaktikan demi kebaikan kita. Joseph, yang dijual menjadi hamba di Mesir, kemudian menyelamatkan keluarga dan bangsanya. Nabi Joseph Smith di Penjara Liberty mengajarnya bahawa semua hal “akan memberi engkau pengalaman, dan menjadi kebaikanmu.”10 Apabila kita hidup beriman, cubaan dan pengorbanan yang bukan pilihan kita boleh memberkati kita dan orang lain dalam cara yang tidak pernah dibayangkan.11
Kita tingkatkan iman dan kepercayaan kepada Tuhan bahawa segala hal dapat bekerja bersama demi kebaikan kita semasa kita memperoleh perspektif abadi;12 fahami cubaan kita hanya “untuk suatu saat yang kecil”;13 mengenali kesengsaraan boleh dibaktikan demi keuntungan kita;14 mengakui bahawa kemalangan, kematian, penyakit dan jangkitan adalah sebahagian daripada kefanaan: dan percaya Bapa Syurgawi yang penuh kasih tidak memberi cubaan untuk menghukum atau menghakimi. Dia tidak akan memberi batu kepada seseorang yang inginkan roti, atau ular kepada seseorang yang meminta ikan.15
Apabila percubaan datang, kita sering inginkan seseorang yang akan mendengar dan menemani kita.16 Pada masa itu, jawapan lapuk tidak membantu, walaupun ia bertujuan untuk menghibur. Kadang-kadang kita inginkan seseorang yang akan bersedih, berduka, dan menangis bersama kita; luahkanlah kesakitan, kekecewaan, kadang-kadang bahkan kemarahan; dan mengakui ada hal-hal yang kita tidak tahu.
Apabila kita mempercayai Tuhan dan kasih-Nya, bahkan kesedihan terbesar kita akhirnya boleh bekerja demi kebaikan kita.
Saya ingat hari saya menerima berita kemalangan kereta serius yang melibatkan orang tersayang. Pada masa sedemikian, dengan kepedihan dan iman, kami berkata seperti Ayub, “Tuhan yang memberikan dan sekarang Tuhan pula mengambil semula; Terpujilah nama-Nya.”17
Di Gereja sedunia, lebih kurang 3,500 pancang dan daerah dan 30,000 bahagian dan cabang menyediakan perlindungan dan keselamatan dari ribut.18 Tetapi di dalam pancang dan bahagian kita, banyak keluarga dan individu beriman yang menghadapi cabaran sukar, bahkan tahu bahawa (tanpa tahu bagaimana) hal-hal akan bekerja bersama demi kebaikan kita.
Di Huddersfield, England, Brother Samuel Bridgstock disahkan kanser tahap empat sebelum dipanggil sebagai presiden pancang yang baharu. Dengan diagnosis yang teruk, dia bertanya isterinya, Anna, apa gunanya dia pergi temu duga.
“Kerana,” kata Sister Bridgstock, “anda akan dipanggil sebagai presiden pancang.”
Mulanya dia hanya diberi satu atau dua tahun untuk hidup, Presiden Bridgstock (juga berada di sini hari ini) kini telah empat tahun melayani. Dia ada hari-hari yang baik dan susah. Pancangnya bersatu dengan iman, pelayanan, dan kebaikan yang lebih besar. Ia tidak mudah, tetapi isteri dan keluarganya hidup dengan iman, kesyukuran, dan kesedihan yang mereka percaya akan menjadi kebahagiaan abadi melalui Korban Tebusan Yesus Kristus.19
Apabila kita tenang, terbuka, dan takzim, kita boleh rasa keindahan, tujuan, dan ketenangan perjanjian tergolong yang Tuhan tawarkan. Pada saat-saat kudus, Dia mungkin membenarkan kita melihat realiti abadi yang lebih besar di mana kehidupan harian kita adalah sebahagiannya, di mana hal-hal yang kecil dan sederhana bekerja bersama demi kebaikan pemberi dan penerima.
Rebekah, anak perempuan presiden misi pertama saya, berkongsi bagaimana Tuhan menjawab doanya untuk penghiburan dengan peluang menjawab doa orang lain.
Lewat satu petang, Rebekah, bersedih atas kematian ibunya baru-baru ini, mendapat tanggapan jelas untuk pergi mengisi minyak keretanya. Apabila dia tiba di stesen itu, dia bertemu seorang wanita tua yang bergelut untuk bernafas dengan tangki oksigen yang besar. Kemudian, Rebekah dapat memberi wanita itu mesin oksigen mudah-alih ibunya. Saudari ini penuh syukur berkata, “Anda telah berikan semula kebebasan saya.” Hal-hal bekerja bersama demi kebaikan apabila kita melayani seperti Yesus Kristus.
Seorang bapa yang ditugaskan sebagai rakan pelayanan bersama anaknya yang berumur pengajar menjelaskan, “Melayani adalah apabila kita berubah dari jiran yang membawa biskut kepada kawan yang dipercayai, responden rohani pertama.” Perjanjian tergolong dalam Yesus Kristus menghibur, menghubungkan, [dan] membaktikan.
Walaupun dalam tragedi, persediaan rohani boleh mengingatkan kita bahawa Bapa Syurgawi tahu keadaan kita ketika kita rasa amat lemah dan bersendirian. Contohnya, sebuah keluarga yang anaknya dibawa oleh ambulans ke hospital kemudian mendapat penghiburan mengingati Roh Kudus telah berbisik terlebih dahulu apa untuk dijangkakan.
Kadangkala Tuhan biarkan kita rasa realiti abadi yang lebih besar termasuk keluarga di sebelah tirai. Seorang saudari memperoleh kebahagiaan dalam penukaran hati kepada injil Yesus Kristus yang dipulihkan. Namun dua trauma telah mempengaruhi hidupnya—melihat satu kemalangan bot dan kehilangan ibunya akibat membunuh diri.
Namun saudari ini mengatasi ketakutan terhadap air cukup untuk dibaptiskan melalui pencelupan. Dan pada hari yang sangat menggembirakan, dia menyaksikan seseorang mewakili ibunya dibaptiskan di bait suci. “Pembaptisan bait suci menyembuhkan ibu saya, dan ia membebaskan saya,” kata saudari itu. “Ini kali pertama saya merasa damai sejak kematian ibu saya.”
Muzik kudus kita menggemakan jaminan-Nya bahawa segala hal boleh bekerja bersama demi kebaikan kita.
Tenanglah, jiwaku: Tuhanmu berusaha
Untuk membimbing masa depan seperti masa lalu.
Harapanmu, keyakinanmu jangan goyah;
Segala misteri akan terang akhirnya.20
Mari, mari, Orang-orang Suci
Janganlah Kuatir;
Walau hatimu terasa pedih
Berkat-Nya’ kan hadir. …
Jika mati sebelum kau tiba
Bahagia sertamu! S’lamatlah!21
Kitab Mormon adalah bukti yang kita boleh pegang bahawa Yesus adalah Kristus dan Tuhan memenuhi nubuat-nubuat-Nya. Ditulis oleh para nabi terilham yang melihat zaman kita, Kitab Mormon bermula dengan drama mentah—sebuah keluarga dengan perbezaan yang mendalam. Namun, semasa kita mengkaji dan merenungkan 1 Nefi 1 sehingga Moroni 10, kita tertarik kepada Yesus Kristus dengan kesaksian yang teguh tentang apa yang berlaku di sana dan itu boleh memberkati kita di sini dan sekarang.
Apabila Tuhan melalui nabi-Nya yang hidup membina lebih banyak rumah Tuhan di banyak tempat, kita melihat berkat bait suci bekerja bersama demi kebaikan kita. Kita datang melalui perjanjian dan tatacara kepada Tuhan Bapa kita dan Yesus Kristus dan memperoleh perspektif abadi tentang kefanaan. Satu demi satu, nama demi nama, tatacara bait suci secara perwakilan menyatukan keluarga—nenek moyang—tatacara kudus dan berkat perjanjian Yesus Kristus dalam pola juruselamat di Gunung Sion.22
Apabila bait suci mendekati kita di banyak tempat, satu korban bait suci yang kita boleh tawarkan adalah untuk lebih kerap mencari kekudusan di rumah Tuhan. Selama bertahun-tahun, kita telah menyimpan, merancang, dan berkorban untuk datang ke bait suci. Kini, jika keadaan mengizinkan, datanglah lebih kerap kepada Tuhan di rumah kudus-Nya. Biarlah penyembahan dan pelayanan bait suci yang tetap memberkati, melindungi, dan mengilhami anda dan keluarga anda—keluarga yang anda ada atau keluarga yang anda akan ada dan akan menjadi satu hari nanti.
Juga, di mana keadaan anda mengizinkan, pertimbangkan berkat memiliki pakaian bait suci anda sendiri.23 Seorang nenek dari keluarga yang rendah hati berkata apa yang dia paling inginkan di dunia adalah pakaian bait sucinya sendiri. Cucunya berkata, “Nenek berbisik ‘Saya akan melayani dengan pakaian bait suci sendiri, dan apabila saya meninggal, saya akan dikebumikan dengan pakaian itu.’” Apabila tiba masanya, hasratnya tercapai.
Seperti Presiden Russell M. Nelson ajarkan, “Segala yang kita percaya dan setiap janji yang Tuhan telah buat kepada umat perjanjian-Nya berlaku di bait suci.”24
Sekarang dan secara keabadian, tujuan penciptaan dan sifat Tuhan sendiri adalah untuk mendatangkan segala hal bersama demi kebaikan kita.
Ini adalah tujuan abadi Tuhan. Inilah perspektif abadi-Nya. Inilah janji abadi-Nya.
Apabila kehidupan kacau, tujuan tidak jelas, apabila anda ingin hidup dengan lebih baik tetapi tidak tahu bagaimana, sila datanglah kepada Tuhan Bapa kita dan Yesus Kristus. Percayalah bahawa Mereka hidup, mengasihi anda, dan mahukan segala hal demi kebaikan anda. Saya bersaksi Mereka tidak terhingga dan abadi, dalam nama kudus dan suci Yesus Kristus, amin.