Persidangan Umum
Keyakinan Perjanjian melalui Yesus Kristus
persidangan umum April 2024


14:29

Keyakinan Perjanjian melalui Yesus Kristus

Apabila kita memasuki rumah Tuhan, kita memulakan perjalanan pembelajaran untuk menjadi pengikut Kristus yang lebih tinggi dan lebih kudus.

Saudara dan saudari, saya berdoa agar kita diperbaharui secara rohani dengan pesanan diilhami daripada para pemimpin di hujung minggu ini dan bersukacita dalam “keyakinan perjanjian melalui Yesus Kristus.” Keyakinan ini adalah jaminan tenang tetapi pasti untuk menerima berkat yang dijanjikan Tuhan bagi mereka yang menjaga perjanjian dan sangat diperlukan di tengah keadaan yang mencabar hari kita.

Pembinaan rumah baharu Tuhan di seluruh dunia, di bawah kepimpinan Presiden Russell M. Nelson yang diilhamkan, telah menyebabkan kegembiraan besar di kalangan ahli Gereja dan berfungsi sebagai simbol penting pengembangan kerajaan Tuhan.

Merenung kembali pengalaman mengagumkan semasa pembaktian Bait Suci Feather River California Oktober lalu, saya tertanya jika kadang-kala kita tersesat dalam keseronokan mempunyai bait suci baharu di bandar dan komuniti kita dan mengabaikan tujuan suci perjanjian kudus yang dibuat dalam bait suci.

Ditulis di depan setiap bait suci ialah satu pernyataan yang khusyuk: “Ditahbiskan untuk Tuhan.”1 Kata-kata yang diilhamkan ini adalah jemputan jelas bahawa apabila kita memasuki rumah Tuhan, kita memulakan perjalanan pembelajaran yang kudus untuk menjadi pengikut Kristus yang lebih tinggi dan lebih kudus. Apabila kita membuat perjanjian dalam kekudusan di hadapan Tuhan dan berjanji untuk mengikuti Juruselamat, kita menerima kuasa untuk ubah hati kita, memperbaharui roh kita, dan memperdalamkan hubungan kita dengan Dia. Usaha ini membawa pengudusan kepada jiwa dan membentuk ikatan kudus dengan Tuhan dan Yesus Kristus, yang berjanji kita boleh mewarisi kurnia kehidupan abadi.2 Hasil perjalanan kudus ini adalah kita memperoleh keyakinan yang lebih kudus dan lebih tinggi untuk kehidupan harian kita dalam perjanjian kita melalui Yesus Kristus.

Keyakinan ini adalah puncak hubungan ilahi dengan Tuhan dan membantu kita meningkatkan kesabaran, dan kesyukuran untuk, Yesus Kristus dan korban tebusan-Nya. Ia kukuhkan keupayaan kita untuk mengasihi dan melayani orang lain serta ia menguatkan jiwa kita untuk hidup di dunia yang gelap dan mengecewakan. Ia memberi kuasa kepada kita untuk mengatasi benih keraguan dan putus asa, ketakutan dan kekecewaan, perasaan di mana musuh cuba untuk memacu ke dalam hati kita terutamanya apabila hidup sukar, cabaran berterusan, atau keadaan sukar. Satu ayat alkitab beri nasihat jelas kepada setiap daripada kita semasa kita bersandar kepada angin kencang cabaran duniawi hari ini: “Janganlah putus harapan.”3

Saudara dan saudari yang dikasihi, mereka yang memperoleh keyakinan asli terhadap perjanjian yang dibuat di rumah Tuhan melalui Yesus Kristus memiliki salah satu kuasa paling kuat yang kita boleh capai dalam kehidupan ini.

Semasa kita mengkaji Kitab Mormon dalam Ikutlah Aku tahun ini, kita menyaksikan bagaimana Nefi menekankan dengan indah kuasa keyakinan perjanjian melalui kesetiaannya ketika menghadapi halangan dan cabaran mendapatkan kepingan-kepingan seperti diperintahkan oleh Tuhan. Nefi, walaupun sangat sedih kerana ketakutan dan kekurangan iman Laman dan Lemuel, tetap yakin bahawa Tuhan akan menyampaikan kepingan-kepingan kepada mereka. Tetapi lihatlah, aku berkata kepada mereka: “Sebagaimana Tuhan hidup, dan sebagaimana kita hidup, kita tidak akan pergi kepada bapa kita di padang belantara sehingga kita telah menyempurnakan hal itu yang Tuhan telah perintahkan kepada kita”4 Kerana keyakinan Nefi terhadap janji-janji Tuhan, dia dapat capai apa yang dia telah diperintahkan untuk lakukan.5 Kemudian, dalam penglihatannya, Nefi nampak pengaruh keyakinan jenis ini, dan menulis, “Aku, Nefi, nampak kuasa Anak Domba Tuhan, bahawa ia turun ke atas orang suci gereja Anak Domba, dan ke atas umat perjanjian Tuhan, … dan mereka disenjatai dengan kesolehan dan dengan kuasa Tuhan dalam kemuliaan yang agung.”6

Saya lihat sendiri janji dan kuasa Tuhan mengalir ke dalam kehidupan anak-anak Tuhan, menguatkan mereka untuk hadapi keadaan kehidupan. Pada suatu hari isteri saya pulang ke rumah selepas penyembahannya di bait suci dan memberitahu saya betapa terharunya dia dengan apa yang dia telah alami di sana. Semasa dia memasuki rumah Tuhan, dia lihat seorang lelaki berkerusi roda bergerak perlahan-lahan dan seorang wanita berjalan dengan kesukaran menggunakan sebatang tongkat, kedua-dua dengan berani datang untuk menyembah Tuhan di rumah-Nya. Semasa isteri saya berjalan ke kawasan tatacara permulaan, dia lihat seorang saudari manis, yang kehilangan satu lengan—dan hanya ada sebahagian lengan lain—dengan indah dan selestial melakukan tugasan yang dia diberikan.

Semasa isteri dan saya bercakap tentang pengalaman itu, kami berkesimpulan bahawa keyakinan yang murni dan tulus dalam janji abadi yang Tuhan sediakan melalui perjanjian kudus yang dibuat dengan-Nya di rumah-Nya menyebabkan para pengikut Kristus meninggalkan rumah mereka pada hari yang menyejukkan itu, tanpa peduli keadaan hidup peribadi mereka.

Rakan yang dikasihi, jika ada satu perkara yang boleh kita miliki—dan boleh kita wariskan kepada anak-anak dan cucu-cucu kita yang akan membantu dalam ujian dan cabaran di masa hadapan—ia adalah keyakinan terhadap perjanjian yang dibuat melalui Yesus Kristus. Memperoleh milikan ilahi seperti itu bantu mereka hidup seperti yang Tuhan janjikan kepada para pengikut-Nya yang setia: “Para pengikut-Ku akan berdiri di tempat-tempat kudus, dan tidak akan digerakkan.”7

Bagaimanakah kita memperoleh keyakinan itu melalui Yesus Kristus? Ia datang melalui kerendahan hati, memusatkan kehidupan kepada Juruselamat, menjalani asas injil Yesus Kristus, menerima tatacara keselamatan dan permuliaan, dan menghormati perjanjian yang kita buat dengan Tuhan di rumah kudus-Nya.

Dalam ucapan penutupnya pada persidangan umum Oktober 2019, nabi kita mengingatkan kita langkah penting memperolehi keyakinan perjanjian, mengatakan: “Kelayakan individu untuk memasuki rumah Tuhan memerlukan persediaan rohani individu. … Kelayakan individu memerlukan penukaran minda dan hati untuk menjadi lebih seperti Tuhan, untuk menjadi rakyat yang jujur, untuk menjadi teladan yang lebih baik, dan untuk menjadi orang yang lebih suci.”8 Oleh itu, jika kita ubah persiapan kita untuk memasuki bait suci, kita akan ubah pengalaman bait suci kita, yang akan ubah kehidupan kita di luar bait suci. “Maka keyakinanmu akan menjadi kuat di dalam hadirat Tuhan; dan ajaran keimamatan akan meresap ke dalam jiwamu bagaikan embun dari langit.”9

Seorang uskup yang saya kenal merujuk kepada kelas tertua di Sekolah Primer bukan sebagai kelas “Sekolah Primer” tetapi sebagai kelas “persediaan bait suci”. Pada bulan Januari, uskup memanggil ahli kelas dan pengajar datang ke pejabatnya untuk bercakap tentang bagaimana mereka akan meluangkan sepanjang tahun bersedia untuk memasuki bait suci. Uskup mengambil masa meneliti soalan-soalan temu duga kad rekomen bait suci, yang akan dimasukkan dalam pelajaran Sekolah Primer mereka. Dia jemput kanak-kanak untuk bersedia supaya apabila mereka datang ke pejabat uskup dalam satu tahun, mereka lebih yakin, untuk membuat perjanjian, bersedia untuk menerima kad rekomen bait suci dan memasuki rumah Tuhan. Tahun ini uskup ada empat gadis muda yang sangat teruja, bersedia, dan yakin untuk pergi ke bait dan mereka mahu uskup mencetak rekomen mereka pada Hari Tahun Baru pada 12:01 pagi.

Persediaan bukan hanya untuk mereka yang pergi ke bait suci buat kali pertama. Kita semua harus sentiasa bersedia untuk pergi ke rumah Tuhan. Satu pancang yang saya tahu telah mengangkat moto “Berpusat di rumah, disokong oleh Gereja, dan terikat dengan bait suci.” Terikat10 adalah perkataan menarik yang bermaksud berfokus pada arahan, tetapi ia juga bermaksud diikatkan kepada atau dijamin oleh, diselesaikan, dan ditentukan, pasti. Jadi terikat dengan bait suci menjamin kita kepada Juruselamat, berikan kita arahan dan kestabilan yang betul sambil memastikan kita ada keyakinan perjanjian melalui Yesus Kristus. Oleh kerana itu, kita semua harus mempertingkatkan ikatan seperti itu dengan menetapkan temu janji dengan Tuhan di rumah kudus-Nya, sama ada bait suci dekat atau jauh.11

Nabi kita yang dikasihi, Presiden Russell M. Nelson, mengingatkan kita tentang asas penting ini dengan mengatakan: “Bait suci berada di pusat pengukuhan iman dan kekuatan rohani kita kerana Juruselamat dan ajaran-Nya adalah di pusat bait suci. Semua yang diajar di bait suci, melalui arahan dan melalui Roh, meningkatkan pemahaman kita tentang Yesus Kristus. Tatacara-tatacara penting-Nya mengikat kita kepada-Nya melalui perjanjian-perjanjian imamat yang kudus. semasa kita taati perjanjian kita, Dia menganugerahi kita dengan kuasa penyembuhan dan pengukuhan Dia . Dan betapa perlunya kita kuasa-Nya pada hari-hari yang akan datang.”12

Juruselamat berhasrat agar kita bersedia untuk memahami, dengan jelas, bagaimana untuk bertindak apabila kita membuat perjanjian dengan Bapa Syurgawi dalam nama-Nya. Dia mahu kita bersedia mengalami keistimewaan, janji-janji, dan tanggungjawab; untuk bersedia memperolehi pandangan rohani dan kesedaran yang diperlukan di kehidupan ini. Saya tahu apabila Tuhan melihat bahkan hasrat kecil atau kelipan usaha soleh dalam kerelaan memusatkan kehidupan kepada Dia, dan pada tatacara dan perjanjian dibuat di rumah-Nya, Dia akan memberkati, dengan cara sempurna-Nya, dengan mukjizat dan belas kasihan yang kita perlukan.

Rumah Tuhan adalah tempat kita boleh diubah dengan cara yang lebih tinggi dan lebih kudus. Jadi, apabila kita keluar dari bait suci, diubah melalui harapan kita dalam janji-janji perjanjian, disenjatai dengan kuasa dari syurga, kita membawa bait suci bersama kita ke dalam rumah dan kehidupan kita. Saya meyakinkan anda bahawa mempunyai roh rumah Tuhan dalam diri mengubah kita sepenuhnya.

Kita juga tahu dari bait suci bahawa jika kita mahu Roh Tuhan dengan bebas dalam hidup kita, kita tidak boleh dan mesti tidak mempunyai perasaan buruk terhadap sesiapa pun. Memberi tempat dalam hati atau minda kita untuk perasaan atau fikiran yang tidak baik menghasilkan kata-kata dan tindakan yang tidak baik, sama ada di media sosial atau di rumah, menjadikan Roh Tuhan menjauhkan diri dari hati kita. Oleh kerana itu, janganlah putus harapan, tetapi sebaliknya, biarlah keyakinan anda menjadi kuat.

Pembinaan bait suci yang berterusan akan terus menguja, mengilhami, dan memberkati kita. Namun yang paling penting, apabila kita ubah persediaan memasuki bait suci, kita akan ubah pengalaman di bait suci, yang ubah kehidupan kita di luar bait suci. Semoga perubahan ini memenuhi kita dengan keyakinan terhadap perjanjian kudus kita dengan Tuhan melalui Yesus Kristus. Tuhan hidup, Yesus ialah Juruselamat kita, dan ini adalah Gereja-Nya yang dipulihkan di bumi. Saya dengan rendah hatinya mengatakan semua ini dalam nama kudus Juruselamat kita, Yesus Kristus, amin.