Keberdikarian
Belajar—Masa Maksimum: 45 Minit


Belajar—Masa Maksimum: 45 Minit

1. Menjadi Pengawas yang Bijak dan Beriman

Renung:Luangkan sedikit masa dengan senyap untuk merenungkan soalan berikut dan tuliskan fikiran anda.

  • Adakah saya yakin tentang masa depan kewangan saya?

Baca:Dalam perumpamaan kepingan emas, Kristus mengajar kita bahawa kita perlu menjaga apa yang kita telah diberikan. Tuhan membenarkan kita untuk menjadi penjaga—atau pengawas—terhadap kurniaan-Nya kepada kita. Kepada mereka yang setia dengan kurniaan-Nya, Kristus janji, “Bagus, kamu hamba yang baik dan setia: oleh sebab kamu dapat dipercayakan dengan yang sedikit, aku akan mempercayakan yang lebih banyak kepadamu: masuklah dan bersukacitalah bersama-sama tuanmu” (Matius 25:21).

Bincang:Apakah maksudnya kepada anda bahawa segala sesuatu kepunyaan Tuhan?

Baca:Sebagai sebahagian dari pengawasan kita, kita digalakkan untuk menjadi bijak dengan kewangan kita. Presiden Gordon B. Hinckley mengajarkan:

“Saya menggesa anda … untuk melihat keadaan kewangan anda. Saya menggesa anda untuk berhemat dalam perbelanjaan anda; mendisiplinkan diri anda dalam pembelian anda untuk mengelakkan hutang setakat mana yang boleh. Membayar balik hutang secepat mungkin, dan membebaskan diri anda dari perhambaan.

“Ini adalah sebahagian dari injil duniawi yang kita percaya. Semoga Tuhan memberkati anda untuk menetapkan rumah anda. Jika anda telah membayar hutang anda, jika anda mempunyai satu simpanan, walaupun ia kecil, apabila ribut datang, anda akan mempunyai tempat tinggal untuk [keluarga] anda dan kedamaian di dalam hati anda” (“To the Boys and to the Men,” Ensign, Nov. 1998, 54).

Apabila anda berusaha untuk menggunakan wang anda dengan bijak, iman anda dalam Kristus boleh meningkatkan, membuka jalan untuk berkat masa depan.

Bincang:Bagaimana menguruskan kewangan anda membuat anda pengawas yang lebih baik?

Kita Boleh Mengurus Kewangan Kita Dengan Bijak

Baca:Gambar rajah pada muka surat 8—Peta Kejayaan Pengawasan Kewangan—mengilustrasi prinsip-prinsip untuk pengurusan kewangan yang bijak dan beriman. Anda akan belajar dan menggunakan prinsip-prinsip ini dalam tempoh 12 minggu akan datang. Sepanjang kursus ini, anda akan bekerja untuk meningkatkan iman anda dalam Yesus Kristus, membina kesatuan dengan pasangan anda, dan mengukuhkan komitmen anda untuk keberdikarian. Setiap pelajaran akan memberi tumpuan kepada bahagian spesifik pada Peta Kejayaan Pengawasan Kewangan.

Bincang:Bergilir-gilir membaca perkara pada Peta Kejayaan Pengawasan Kewangan(muka surat 8). Bagaimana setiap perkara tersebut boleh membantu anda dalam perjalanan anda ke pengawasan kewangan yang berjaya?

2. Berunding bersama Tuhan tentang Kewangan Anda

Baca:Cabaran memang akan timbul apabila anda mengaplikasikan prinsip pengawasan kewangan yang berjaya. Apabila anda mendapatkan bantuan daripada para ahli kumpulan, dan terus mendapatkan pertolongan Tuhan, anda akan diperkuatkan untuk mengatasi kesukaran tersebut. Ingatlah, Tuhan sentiasa menyediakan satu cara untuk memenuhi perintah-Nya (lihat 1 Nefi 3:7).

Amulek mengajar yang miskin di kalangan bangsa Zoram untuk “berserulah kepada-Nya berkenaan tanaman ladangmu, agar kamu boleh makmur kerananya. Berserulah berkenaan kawanan ternak di ladangmu, agar boleh bertambah” (Alma 34:24–25). Apabila anda berunding dengan Tuhan tentang keperluan dan cabaran duniawi anda dan bekerja ke arah keberdikarian kewangan, Dia akan memberkati dan memperkuatkan anda.

Berunding dengan Tuhan tentang kewangan anda bermaksud berdoa kepada Bapa Syurgawi dan meminta panduan mengenai hal kewangan. Salah satu komitmen anda minggu ini adalah untuk berunding dengan Tuhan tentang kewangan anda.

Peta Kejayaan Pengawasan Kewangan

grafik peta kejayaan kewangan

3. Menjejak Pendapatan dan Perbelanjaan anda

Baca:Langkah pertama untuk pengawasan kewangan yang berjaya adalah memahami keadaan terkini kewangan anda. Apabila anda mendapatkan pemahaman yang lebih baik di mana wang anda dibelanjakan, anda boleh merancang dengan lebih baik di mana anda mahu ia pergi. Anda akan mula dengan menjejaki pendapatan dan perbelanjaan anda untuk empat minggu pertama kursus ini.

Renung:Ambil masa beberapa minit dan secara senyap fikirkan soalan berikut:

  • Adakah saya tahu di mana saya membelanjakan wang saya setiap bulan?

  • Adakah saya berasa dalam kawalan di mana wang saya pergi?

Bincang:Apakah cabaran anda mungkin ada dengan menjejaki perbelanjaan anda?

Renung:Tulis beberapa cara anda untuk mengatasi cabaran ini.