Keberdikarian
Asas Saya: Mendapatkan Pembelajaran


Asas Saya: Mendapatkan Pembelajaran—Masa Maksimum: 20 Minit

Renung:Bagaimanakah pembelajaran menciptakan peluang?

Tonton:“Pendidikan untuk Kehidupan yang Lebih Baik,” terdapat di srs.lds.org/videos. (Tiada video? Baca muka surat 165.)

Pendidikan untuk Kehidupan yang Lebih Baik

Jika anda tidak dapat menonton video, baca skrip ini,

masih dari Pendidikan untuk Kehidupan yang Lebih Baik

Elder Joseph W. Sitati: Pada umur 13 saya tinggal di bahagian pedalaman di Kenya. Ramai orang yang miskin. Tetapi orang yang kelihatan mampu mendapat benda yang orang lain mengagumi adalah orang yang mempunyai pendidikan yang baik. Saya mula melihat pendidikan adalah kunci kepada kehidupan yang lebih baik.

Pemikiran terus datang kepada saya untuk pergi dan bercakap dengan pengetua salah sebuah sekolah yang saya ini bersekolah. Saya memerlukan basikal ayah saya untuk membuat perjalanan ini yang mengambil masa setengah hari. Saya tidak pernah keluar dari kampung saya. Saya tidak tahu bagaimana untuk bercakap Bahasa Inggeris dengan baik, dan pengetua ini seorang lelaki orang putih. Saya belum pernah bertemu atau bercakap bersama orang putih, jadi fikiran ini menakutkan saya.

Sesuatu di dalam saya terus menolak saya dan memberitahu bahawa saya perlu melakukan ini, jadi saya bertolak untuk melawat pengetua. Apabila melihat dia, saya mendapati bahawa dia terkejut melihat anak muda ini berdiri seperti seorang askar di hadapannya. Dia mempunyai mata yang baik hati, ini memberikan saya keberanian. Saya memberitahu dia bahawa saya benar-benar mahu menyertai sekolahnya dan saya akan menjadi sangat gembira jika dia boleh mengambil saya. Kemudian dia berkata, “Baiklah, kita akan lihat nanti apabila keputusan ujian keluar.” Saya berkata, “Terima kasih, tuan.” Dalam masa kurang daripada empat minit saya keluar dari pejabat itu.

Dalam masa empat minit saya habiskan di pejabat itu adalah detik bermakna dalam hidup saya. Saya adalah satu-satunya pelajar dari sekolah rendah saya yang telah dipilih untuk salah sebuah sekolah terbaik di kawasan kami. Hakikat bahawa lelaki yang baik ini telah memberikan saya peluang ini membuatkan saya bersyukur, dan ia memberi inspirasi kepada saya untuk berusaha untuk menjadi pelajar terbaik di dalam kelas saya.

Ini membuka banyak peluang baru untuk saya pergi ke sekolah lain yang baik dan kemudian bersedia untuk universiti. Pendidikan saya membolehkan saya untuk mencari isteri saya di universiti. Ia membolehkan saya untuk mencari pekerjaan di bandar. Ketika kami tinggal di Nairobi, kami terserempak dengan pasangan penginjil yang telah menjemput kami ke rumah mereka, di mana mereka telah mengadakan pertemuan dengan orang-orang ahli Gereja. Jika saya tidak berada di Nairobi pada masa itu, saya tidak akan menjumpai Injil. Hakikat bahawa saya mempunyai pekerjaan yang stabil membolehkan saya untuk melayani di Gereja.

Saya bersaksi bahawa pendidikan adalah kunci untuk keberdikarian. Ia akan membuka banyak jalan untuk anda dapat menyediakan untuk diri sendiri secara duniawi dan menjadi berdikari secara rohani juga.

Kembali ke muka surat 162.

Bincang:Apakah yang Elder Joseph W. Sitati mahu ketika dia berusia 13 tahun? Apakah yang dia lakukan?

Baca:Ajaran dan Perjanjian 88:118–19 dan petikan oleh Presiden Gordon B. Hinckley (sebelah kanan)

Renung:Apakah fikiran dan tanggapan yang anda dapati daripada Roh Kudus tentang memperbaiki kehidupan anda?

Membuat Komitmen:Buatlah komitmen untuk melakukan tindakan berikut dalam minggu ini. Tandakan kotak apabila anda selesaikan setiap tindakan.

  • Selesai matlamat dan aktiviti mentor berikut.

  • Selesai menulis rancangan “misi kehidupan” anda dan berbincang dengan keluarga anda.

  • Bertanya seseorang untuk menjadi mentor anda dan menetapkan masa untuk bertemu.