Asas Saya: Menjadi Satu, Melayani Bersama—Masa Maksimum: 20 minit
Renung:Bagaimana menyerahkan diri saya dalam pelayanan kepada orang lain sebenarnya menyelamatkan saya?
Tonton:“Cara Tuhan,” terdapat di srs.lds.org/videos. (Tiada video? Baca muka surat 183.)
Bincang:Bagaimana melayani orang lain membuka tingkap-tingkap syurga dalam kehidupan anda?
Baca:Ada yang berpendapat bahawa mereka berhak mendapat apa yang orang lain sudah mempunyai, yang boleh menyebabkan ketidakpuasan hati. Yang lain merasakan mereka layak mendapat benda-benda yang mereka tidak usahakan. Kedua-dua perangkap membutakan orang ramai daripada melihat kebenaran penting: semua perkara milik Tuhan. Ketidakpuasan hati dan kelayakan boleh diatasi dengan memberi tumpuan kepada keperluan orang lain. Baca Mosia 2:17, Mosia 4:26, dan petikan oleh Presiden Gordon B. Hinckley (sebelah kanan).
Baca:Petikan oleh Elder Robert D. Hales dan Presiden Thomas S. Monson (sebelah kanan)
Membuat Komitmen:Buatlah komitmen kepada tindakan berikut dalam minggu. Tandakan kotak apabila anda selesaikan setiap tindakan.
Bertindak mengikut rancangan yang anda telah buat untuk melayani seseorang.
Kongsi apa yang anda belajar hari ini tentang pelayanan dengan keluarga atau kawan anda.